|
A ARULMERY (kiri) dan G Tevake dikehendaki polis bagi membantu perbicaraan kes senjata api dalam kejadian di Simpang Ampat. FOTO Ihsan PDRM
Nibong Tebal: Polis sedang mencari dua wanita warga tempatan bagi membantu perbicaraan kes senjata api dalam kejadian di Simpang Ampat, di sini, lima tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mereka adalah saksi diperlukan bagi kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Butterworth.
"Dua saksi terbabit adalah A Arulmery, 64, dan G Tevake, 38, yang kedua-dua mereka mengikut alamat terakhir menetap di Taman Idaman, Simpang Ampat.
"Kedua-dua mereka dikehendaki hadir ke mahkamah bagi prosiding perbicaraan kes ini pada 7 hingga 8 Mac depan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai dua saksi itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Asisten Superintendan Ng Chom Lam di talian 012-5166636.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|