CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bot rosak, empat nelayan berjaya diselamatkan

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Bot rosak, empat nelayan berjaya diselamatkan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 16 Februari 2022


Nelayan hanyut bersama bot yang rosak berjaya diselamatkan Maritim Pulau Pinang pada awal pagi Rabu.


GEORGETOWN - Empat nelayan termasuk seorang tekong berjaya diselamatkan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang selepas bot mereka mengalami kerosakan pada awal pagi Rabu.


Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 29 hingga 61 tahun itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.50 pagi selepas bot mereka ditemui di 1.5 batu nautika barat daya Pulau Rimau di sini.


"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung sebuah bot nelayan dari Tanjung Piandang, Perak mengalami kerosakan berhampiran Pulau Rimau pada jam 2.45 pagi tadi (Rabu). Sebuah bot ronda KILAT 26 terus bergegas ke lokasi untuk operasi pencarian.


"Sejam kemudian, kita berjaya menemui bot yang berpangkalan di Tanjung Piandang, Perak itu. Ia dinaiki empat kru termasuk tekong," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Katanya lagi, kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia.


"Bot fiber yang rosak itu ditunda ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Sementara itu, salah seorang mangsa, Nur Azhar Jiffre, 29 berkata, mereka telah cuba membaiki kerosakan namun gagal dan terus menghubungi Maritim Malaysia untuk meminta bantuan.

"Bot kami mengalami kerosakan kira-kira jam 7 malam semalam (Selasa) dan hanyut memasuki perairan Pulau Pinang pada awal pagi tadi (Rabu).


"Syukur kami semua selamat dan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada Maritim Malaysia Pulau Pinang kerana menyelamatkan kami," katanya.


Dalam pada itu, Abd Razak mengingatkan warga komuniti nelayan untuk mengutamakan keselamatan di laut selain memastikan peralatan ke laut terutamanya bot berada dalam keadaan baik sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.


Tambahnya, sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang awam boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erjaya-diselamatkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.376804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list