BAPPI Lahiri ketika kempen kesedaran alam sekitar di Mumbai pada June 2021. FOTO AFP
New Delhi: Komposer muzik dan penyanyi Bollywood Bappi Lahiri meninggal dunia pada usia 69 tahun di hospital Mumbai.
Lahiri sebelum ini menjalani rawatan dikenali OSA (obstructive sleep apnea) dan jangkitan pada paru-paru.
Beliau dibenarkan pulang dari hospital pada Isnin selepas sebulan dirawat namun dimasukkan semula ke hospital pada Selasa.
Lahiri pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu.
Penyanyi itu, yang mempopularkan muzik disko pada 1980-an dan 90-an, sering tampil memakai rantai emas yang terlalu sarat.
Dilahirkan di Bengal Barat, Lahiri pernah bertanding di kerusi parlimen di negeri kelahirannya sebagai calon Parti Bharatiya Janata (BJP) pada pilihan raya umum 2014 tetapi tewas.
iols terus teringat mithun chakrabooty dalam filem disco dancer. lepas google rupanya mmg mendiang ni yg cipta lagu tu... iols kecik2 dulu popular giler filem ni sbb lagu sedap2..