CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Borneo] Tutup sekolah jalan terakhir - Khairy

[Copy link]
Post time 8-2-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode


Penutupan sekolah akibat COVID-19 akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek pelajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, Khairy berkata penutupan sekolah mungkin akan menjadi langkah terakhir sekiranya jangkitan COVID-19 dalam sektor pendidikan semakin teruk.

“Pandangan KKM (Kementerian Kesihatan) buat masa ini kita buat penilaian risiko di peringkat sekolah. Mereka yang positif COVID-19 jangan hadir ke sekolah dan sekiranya ada keperluan, kita minta hanya kelas yang tutup bukan satu sekolah kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek mereka,” katanya.

Menurut Khairy, sebahagian besar kes COVID-19 yang dilaporkan di peringkat sekolah adalah sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan dan buat masa ini tiada kes Kategori Empat dan Lima dilaporkan.

Katanya, peningkatan kluster pendidikan turut disumbangkan oleh pelajar sekolah berasrama dan KKM akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di asrama.

Data KKM pada Minggu Epidemiologi kelima menunjukkan sebanyak 52 kluster atau 58.4 peratus  daripada 89 kluster baharu merupakan kluster pendidikan.

Ketika ditanya mengenai SOP solat di masjid, Khairy berkata KKM buat masa ini menumpukan perhatian terhadap penularan varian Omicron dalam negara.

“Apa-apa pun perancangan KKM untuk ke arah keterbukaan yang lebih besar masih dalam perancangan, cuma kita nak dalam tempoh masa sebulan ini, kita nak selesai dulu bab Omicron ini dulu insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.235276 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list