CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Dunia] Rusia tuntut penghormatan daripada AS

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:08 PM | Show all posts |Read mode

Putin (kanan) mahu satu perikatan yang mendapat penghormatan dari pentadbiran Presiden AS, Joe Biden (kanan) yang menuduh Rusia sengaja mahu mewujudkan peperangan. - AFP

Rusia tuntut penghormatan daripada AS

MOSCOW – Kerajaan Rusia menegaskan negara itu mahukan satu perikatan yang terhormat dengan Amerika Syarikat(AS) dan menafikan membuat sebarang ancaman peperangan ke atas Ukraine.

Menurut laporan akhbar Bangkok Post semalam, kenyataan itu dibuat selepas Britain mengumumkan sedang melakukan persediaan untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia.

Ketegangan meningkat antara Moscow dan Washington selepas kerajaan-kerajaan Barat menuduh Rusia mengumpulkan ratusan ribu tentera di sempadannya dengan Ukraine.

Peningkatan mendadak jumlah tentera itu mencetuskan kebimbangan bahawa Rusia sedang merancang pencerobohan sekali gus membimbangkan negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Kami mahukan hubungan yang baik, sama rata, saling menghormati dengan AS, seperti dengan setiap negara lain di dunia,” kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov kepada TV Rusia.

Tambah beliau, dalam masa sama, Rusia tidak mahu kekal dalam kedudukan yang menyebabkan situasi keselamatan negara itu diancam setiap hari.

Memetik pencerobohan NATO berhampiran sempadan timurnya, Rusia telah mengemukakan tuntutan keselamatan kepada Washington dan pakatan tentera yang diketuai AS itu.

Ini termasuk jaminan bahawa NATO tidak akan menerima ahli baru, khususnya Ukraine dan AS tidak akan menubuhkan pangkalan tentera baru di negara-negara bekas Kesatuan Soviet.

Rusia juga menuntut penarikan balik pasukan NATO yang dikerahkan ke negara-negara Eropah timur.

Lavrov berkata, barisan pertahanan NATO terus bergerak ke arah timur dan menghampiri Ukraine sedangkan negara itu katanya, tidak bersedia untuk bersama NATO.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah menyeru negara-negara Barat untuk mengelak daripada menimbulkan situasi panik mengenai pertambahan tentera Rusia.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba pula berkata, ini adalah penting untuk kekal tegas dalam perbincangan dengan Moscow.

Pada Jumaat lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan panggilan telefon bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron manakala Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka berbincang dengan pemimpin Rusia itu minggu ini.

Rusia telah berulang kali menafikan merancang serangan dan berkata ia tidak mahu memulakan perang.

“Kami tidak mahu perang. Kami tidak memerlukannya sama sekali.

“Rusia juga tidak mengancam Ukraine dalam apa bentuk cara sekalipun dan ia diakui oleh pegawai serta penduduk Ukraine sendiri,” kata Ketua Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... rmatan-daripada-as/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list