|
Chris Brown didakwa merogol dan beri dadah kepada seorang wanita.
PENYANYI rap terkenal, Chris Brown didakwa memberi dadah dan merogol seorang wanita di atas kapal layar peribadi yang berlabuh di sebuah hartanah milik rakan artis, P Diddy.
Menurut laporan BBC, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jane Doe mengambil tindakan undang-undang dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak AS$20 juta (RM83.8 juta) daripada Chris Brown.
Dalam laporan saman itu, Brown didakwa menjemput wanita sebaik kapal layar mewah itu tiba di Miami, Amerika Syarikat pada 30 Disember 2020.
Wanita itu memberitahu dia diberikan minuman yang menyebabkan dia berasa khayal dan hilang kestabilan pada tubuh.
Brown kemudiannya didakwa membawa mangsa ke bilik tidur dan merogol meskipun wanita itu menolak.
Chris Brown didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu pada Disember 2020.
Selepas kecoh mengenai kes berkenaan di media sosial, pemenang Anugerah Grammy ini memuat naik satu hantaran di Instagram.
"Saya harap anda melihat corak [emoji topi biru] ini.
"Setiap kali saya mengeluarkan muzik atau projek ‘mereka’ cuba melakukan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya tanpa menyatakan siapakah individu yang dimaksudkan.
Kebiasaannya emoji topi biru digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang tidak benar.
Pada tahun 2009, Brown disabitkan bersalah memukul rakan penyanyi Rihanna, yang juga teman wanitanya sekaligus menyebabkan Rihanna terlepas Anugerah Grammy kerana kecederaan yang dialaminya.
Brown juga sebelum ini dituduh merogol seorang wanita di sebuah hotel mewah di Paris pada tahun 2019.
Dia bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan tidak didakwa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|