CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1486|Reply: 35

[Dunia] Dapur gas didakwa berbahaya kepada kesihatan, menyumbang pemanasan iklim

[Copy link]
Post time 28-1-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode

KAJIAN mendapati dapur-dapur gas dan ketuhar mengeluarkan jumlah bahan yang boleh menyumbang kepada pemanasan global berbanding yang diketahui sebelum ini. – CNN

Dapur gas didakwa berbahaya kepada kesihatan, menyumbang pemanasan iklim

WASHINGTON – Satu kajian baharu menunjukkan gas yang keluar daripada dapur dan ketuhar bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan manusia, malah mempunyai kesan ketara terhadap perubahan iklim, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Standford itu mendapati pelepasan gas oleh dapur-dapur gas di kebanyakan rumah di Amerika Syarikat (AS) menyumbang kepada pemanasan iklim sama seperti kesap asap daripada setengah juta kereta berkuasa petrol.

Jumlah itu jauh lebih besar berbanding anggaran saintis-saintis sebelum ini.

“Kajian terbaharu ini mengesahkan bahawa tiada istilah seperti gas bersih untuk rumah, komuniti dan iklim,’’ jelas koordinator perhubungan komuniti, Lee Ziesche daripada Sane Energy iaitu kumpulan pembela iklim bukan bermotifkan keuntungan yang terlibat dalam penyelidikan itu.

“Gas daripada aktiviti penggerudian dinding dan dapur gas membahayakan kesihatan kita dan memanaskan planet ini,’’ tambahnya.

Metana yang merupakan komponen utama gas asli menyumbang kepada pemanasan Bumi. Ia adalah 80 kali lebih kuat daripada gas karbon dioksida dalam tempoh jangka masa pendek, kata beberapa saintis.

Kajian itu turut mendapati bahawa rumah tanpa penyedut asap atau mempunyai sistem pengudaraan yang lemah, mempunyai kepekatan gas nitrogen oksida yang berbahaya. Ia boleh melepasi had kandungan gas yang sihat hanya selepas beberapa minit terutamanya di rumah dengan ruang dapur yang kecil. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ng-pemanasan-iklim/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis nanti nak masak kena pakai apa pula.  Ni semua agenda nwo.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nak masak pakai kayu(api)...potong kayu..kang ngamuk plak pak belang....xde tmpt tggl....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh orang beralih pakai induction cooker lah tu. Takkan nak pakai kayu api, karang dikatanya asap dapur menyebabkan climate change global pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Induction cooker plak pakai electric. Nak memenuhi permintaan power yg tinggi kena plak buat lagi hydropower dams dan coal fired power plant.  Kena tebang juga hutan lepas tu pencemaran environment lepas tu rimau ngan orang utan mengamuk sebab hilang habitat dan sumber makanan lepas tu manusia pindah je lah ke Mars tak pun makan daun2  swgar je macam zirafah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-1-2022 06:46 PM
Abis nanti nak masak kena pakai apa pula.  Ni semua agenda nwo.

Guna induction cooker dik....
Tak sepanas dapur gas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 la diarg ni. Nak suruh balik makan raw food je ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pergi ke point pertama..kurangkan orang,baru kurang memasak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak apa x perlukan pemanasan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cure kan ikan daging. Perah air asam.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bis nk pakai dapur apo
Arang batu
Arang tempurung
Aranghey
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-1-2022 07:40 PM
Guna induction cooker dik....
Tak sepanas dapur gas

Tak puas sistooo i is kenot
Pernah guna beli single pnya
Kita ni jenis masak tung tang tung tang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:06 PM | Show all posts
In future entah manusia masak dengan apa agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:43 PM | Show all posts
Samerosie replied at 28-1-2022 06:46 PM
Abis nanti nak masak kena pakai apa pula.  Ni semua agenda nwo.


pakai hat ni klasik..

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:48 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 28-1-2022 09:06 PM
In future entah manusia masak dengan apa agaknya.

Induction.. sementara nak pandai guna..kena ada masa nak sesuaikan diri berapa watt nak diperlukan..sebelum ni tgk pada marak api saja.. induction kena agak2 berapa watt = level kepanasan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun pakai induction kalau memasak. Biasanya tak lebih 20 min guna untuk sehari. Microwave pun tak pakai. Bahaya utk kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling xfeel kalau masak pakai dapo induction
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:01 PM | Show all posts
Belibis replied at 28-1-2022 08:21 PM
Kena pergi ke point pertama..kurangkan orang,baru kurang memasak.

yap ni lah kesimpulan dari artikel di atas. jumlah manusia yang terlalu ramai menyebabkan aktiviti memasak pun dah tak selamat ..  manusia perlahan-lahan membunuh diri sendiri disebabkan populasi yang banyak menyebabkan pencemaran sehingga manusia pun boleh mati akhirnya...apa ni belum kiamat dah terancam kehidupn manusia... .. tetapi baguslah elon musk dah mulai nak terokai angkasa lepas supaya species manusia ni bertebaran di planet2  lain

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:13 PM | Show all posts
sudah-sudahlah fikir nak selamatkan dunia

dulu elok ko semua jahanamkan dunia

bairlah dunia menuju ajalnya

dan engkau elok mati sekali ..hidup pun buat jahat tak henti-henti
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 28-1-2022 10:13 PM
sudah-sudahlah fikir nak selamatkan dunia

dulu elok ko semua jahanamkan dunia

Betul. Dah itu bahaya, ini bahaya. Apa je yg tak bahaya? Air fryer pun bahaya. Habis, takkan nak jadi hantu, makan daging mentah. Tu pun bahaya ada bakteria salmonella.

Hidup je lah mcm biasa. Selagi ajal belum menjemput
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071095 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list