CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 10

[Jenayah] ..MB: salahkah saya rasmi program Adun DAP?

[Copy link]
Post time 26-1-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Taiping: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad membidas kritikan segelintir pihak yang mempertikai kedatangannya sebagai tetamu terhormat dalam majlis bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Saarani berkata, amalan politik matang perlu diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri demi menjaga kebajikan rakyat termasuk di kawasan pembangkang atas dasar dan prinsip keadilan kepada semua.


"Saya sebut sekali lagi, bahawa sesiapa saja yang menjadi Menteri Besar (MB), dia adalah MB kepada seluruh rakyat dan penting bagi kita untuk berlaku adil.

"Ini bukan soal politik. (Tambahan pula) jemputan untuk hadir ke majlis sedemikian atas kedudukan saya sebagai MB dan yang menjemput selaku Adun, bukan atas nama jemputan selaku ahli atau pemimpin parti tertentu.

"Jadi jangan salah faham atau salah membuat tafsiran mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arena Sukan Aulong dekat sini, hari ini.

Saarani berkata demikian mengulas mengenai kehadirannya di program dan sepentas dengan Adun Aulong yang juga Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming.

Tindakan itu kemudiannya dipertikaikan oleh Ketua Pemuda MCA Perak, Daniel Wa Wai How.

Dalam kenyataannya, Wai How berkata, perkara itu dilihat sebagai tidak menjaga perasaan dan hubungan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC.

Saarani berkata, terdapat juga kehadiran wakil dari MCA dan MIC dalam program yang dihadirinya bersama Kor Ming terbabit.

Beliau yang juga Pengerusi Umno serta BN Perak berkata, sudah sampai masanya budaya politik matang diterapkan terutamanya apabila dasar Undi 18 iaitu pendaftaran automatik untuk pengundi berusia 18 tahun bermula tahun ini.

"Kita kena latih golongan Undi 18 ini untuk jangkamasa panjang, jadi kita kena tonjolkan budaya politik matang supaya mereka faham bahawa tidak boleh undi mengikut 'trending' (aliran semasa).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 12:42 PM | Show all posts
bagilah can dap perintah perak pulak..baru boleh maju cam penang..tgk bandar ipoh tu sedehh giler level2 kota baru jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-1-2022 12:42 PM
bagilah can dap perintah perak pulak..baru boleh maju cam penang..tgk bandar ipoh tu sedehh giler le ...

Bila malam jadi sunyi sendu. Tengok.Seremban, dah mula meriah balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-1-2022 12:46 PM
Bila malam jadi sunyi sendu. Tengok.Seremban, dah mula meriah balik

Bukan mlm je sendu...xtvt ekonomi pun kurang...tahu nak menarah bukit je...sedih tgh byk gunung batu kapor yg cantik2  tepi hiway plus tu dah hancur dek kuari
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:06 PM | Show all posts
pyropura replied at 26-1-2022 12:46 PM
Bila malam jadi sunyi sendu. Tengok.Seremban, dah mula meriah balik

keh keh keh

dah mula meriah balik?
sejak bila seremban meriah malam?
yang meriah malam cuma ast sahaja maaaaa....
ke lu geng ast sana?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah DAP..mb perak sudah membelakangi kerajaan melayu islam-..lobai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dengan kenyataan MB Perak bahawa beliau adalah MB semua rakyat. Ini baru betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-1-2022 01:11 PM
Bukan mlm je sendu...xtvt ekonomi pun kurang...tahu nak menarah bukit je...sedih tgh byk gunung ba ...

Baru ni tengok pasar Loken tu pun dah jauh brrkurang peniaga2 nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau BN ni bijak..tendang je MCA dan kautim sama DAP..MCA ni bukan ada apa pun..mau menang kerusi pun harap undi melayu..baik kau letak calon melayu je kat situ..serupa dokong biawak hidup je kawan dgn MCA ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 29-1-2022 11:41 AM
kalau BN ni bijak..tendang je MCA dan kautim sama DAP..MCA ni bukan ada apa pun..mau menang kerusi p ...

Mca tu lubuk duit Umno, golongan borjois cina. Sebab tu mati2 Umno sapot business judi Genting, judi ekor, arak, Rehda & tak ketinggalan kartel2 barang milik Cina Mca. Sebab tu rega barang & rega rumah mencanak2. Dap tu marhaen Cina Pprt, tak masyuukk dlm.poket umno
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 29-1-2022 11:48 AM
Mca tu lubuk duit Umno, golongan borjois cina. Sebab tu mati2 Umno sapot business judi Genting, ju ...

Mulut kata DAP nak rampas hak melayu..tapi tangan hulur hak melayu kepada MCA

tu pun masih ada bahalol yg percaya kepada umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067010 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list