CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 7

Park Shin-hye, Choi Tae-joon berkahwin

[Copy link]
Post time 22-1-2022 10:20 PM | Show all posts |Read mode

SHIN-hye dan Tae-joon selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah gereja di Gangdong-gu Seoul, Korea Selatan hari ini.

Park Shin-hye, Choi Tae-joon berkahwin

PETALING JAYA – Pasangan pelakon Korea Selatan popular aktres Park Shin-hye dan aktor Choi Tae-joon selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah gereja di Gangdong-gu Seoul, Korea Selatan hari ini.

Sempena dengan majlis perkahwinannya, agensi pengurusan aktres itu, SALT Entertainment telah mengeluarkan gambar pra-perkahwinan pasangan tersebut.

Aktres yang popular dengan drama Prince Hour itu kelihatan cukup menawan dengan gaun perkahwinan serba putih, manakala Tae-joon cukup segak dengan tuksedo berwarna hitam.

“Hari ini aktres Park Shin-hye akan berkahwin dengan aktor Choi Tae-joon. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyayangi Park Shin-hye serta memberi ucapan tahniah kepadanya.

“Park Shin-hye akan bekerja keras untuk menunjukkan imej yang baik pada masa depan. Diharap anda akan memberi sokongan kepadanya. Terima kasih,” tulis kenyataan rasmi daripada agensi pengurusan aktres berkenaan.

Dalam pada itu, gambar-gambar majlis perkahwinan penuh glamor pasangan berkenaan mula berlegar di media sosial.

Aktor terkenal Lee Min-ho merupakan antara rakan artis yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Min-ho yang bergandingan dengan Shin-hye dalam drama Heirs telah memuat naik gambarnya memakai sut dan menulis ucapan tahniah secara berseloroh di Instagram: “Adakah saya akan mengucapkan tahniah kepada kamu?”.

Lebih melucukan Shin-hye menulis nama Kim Tan yang merupakan nama watak Min-ho dalam drama Heirs pada kad jemputan perkahwinannya.

Difahamkan, selain Min-ho ramai bintang terkenal Korea Selatan turut hadir sebagai tetamu majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu.

Antaranya, D.O (EXO), Lee Hong-ki (FT Island), IU, Nam Goong-min, Crush, Zico, Seolhyun, Lee Se-young, Yoo Yeon-seok, Ryu Jun-yeol, Kim Bum,  Lim Seul-ong (2AM), Chang Sung (2PM) dan beberapa rakan pasangan berkenaan daripada industri hiburan.

Terdahulu pada November lalu, Shin-hye mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia sedang hamil dan akan melangsungkan perkahwinan pada 22 Januari 2022.

Shin-hye dan suaminya Tae-joon yang popular menerusi drama So I Married an Anti-fan mula menjalinkan hubungan cinta pada penghujung 2017, bagaimanapun mereka hanya mendedahkan hubungan tersebut kepada umum pada Mac 2018. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... tae-joon-berkahwin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sama     
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 04:58 PM | Show all posts


Tahniah sepadan..
First Kdrama girl crush!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahnih myfirst kdrama girl crush.sepadan keduanya soon dapat baby
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:02 PM | Show all posts
terbukti subur 2-2 hahaha ok proceed kawin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 23-1-2022 10:44 PM

Lawa baju kawen dia yg 1 lagi tu, ada nampak gambar full kat 1 artikel ni. Berseri nampak muka PSH, tahun ni masuk 33 tahun dah PSH.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 01:26 PM | Show all posts
Selamat juga akhirnya berumahtangga.  Pakaian nampak cantik tapi dia agak pucat mungkin sebab tengah hamil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048182 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list