CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

Adele terpaksa batal konsert akibat Covid-19

[Copy link]
Post time 22-1-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode
London: Penyanyi terkenal, Adele gagal menahan air mata dan menyembunyikan rasa kecewa apabila konsert Las Vegas Residency anjurannya yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa dibatalkan dalam tempoh 24 jam sebelum persembahan berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan kru dan kakitangannya.

Adele menerusi perkongsian video di Instagram berulang kali memohon maaf kepada peminat yang sudah membuat persiapan menghadiri konsert berkenaan.

"Saya betul-betul minta maaf. Persembahan saya belum sedia. Pihak kami sudah mencuba segala yang termampu untuk mengadakan persembahan seperti waktu dirancang.

"Bagaimanapun, semuanya dihancurkan oleh kelewatan penghantaran dan Covid-19. Separuh kru dan pasukan saya dijangkiti Covid-19.

"Mereka masih belum sembuh. Mustahil untuk mengadakan persembahan," katanya.

Menurut Adele, dia terkilan dengan apa yang berlaku namun berjanji akan berkongsi tarikh baharu untuk semua persembahan Las Vegas Residency anjurannya.

"Saya minta maaf perkara ini berlaku pada saat-saat akhir. Pihak kami tak boleh tidur sejak lapan jam lalu nak selesaikan masalah ini tapi memang tiada masa.

"Saya sangat terkilan dan sangat-sangat malu. Maaf buat mereka yang terpaksa datang semula. Pihak kami akan menjadualkan semula semua tarikh persembahan. Saya akan selesaikan persembahan dan akan buat apa yang sepatutnya," katanya.

Adele sepatutnya memulakan persembahan Las Vegas Residency di Caesars Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat esok, namun terpaksa membatalkan semuanya dan menangguhkannya pada tarikh baharu yang akan diumumkan dari semasa ke semasa disebabkan permasalahan berpunca wabak Covid-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.323001 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list