CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 7

[Tempatan] Purata kos baiki kereta rosak akibat banjir RM90,000

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Purata kos baiki kereta rosak akibat banjir RM90,000

Jumlah kos baik pulih kereta terjejas akibat banjir berbeza mengikut jenama selain ditentukan bengkel - Foto Reuters


KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan purata kos pembaikan kenderaan terjejas sepenuhnya akibat banjir mungkin dianggarkan mencecah RM90,000 dan lebih tinggi jika membabitkan jenama premium.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata agak sukar untuk menentukan anggaran kos pembaikan kenderaan yang terjejas banjir di 50 daerah di seluruh negara baru-baru ini disebabkan kerosakan yang dialami kenderaan adalah berbeza.

"Setiap kenderaan mengalami kerosakan berlainan dan jumlah kos baik pulih juga berbeza mengikut jenama, selain anggaran itu akan ditentukan bengkel yang membaikpulih kenderaan sama ada pusat servis sah atau bengkel pihak ketiga.

"Ia mungkin kurang RM10,000 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan tidak ketara, manakala jumlahnya boleh mencecah RM80,000 hingga RM90,000 jika rosak sepenuhnya.

"Kosnya bergantung kepada kereta berkenaan. Jika ia jenis mampu milik mungkin kosnya lebih rendah, manakala bagi jenama premium pula mungkin lebih tinggi," katanya pada sidang media pengumuman prestasi industri automotif bagi 2021 secara maya hari ini.

Isnin lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan menganggarkan kerugian awal akibat banjir di 50 daerah di seluruh negara Disember lalu mencecah RM6.5 bilion.

Aishah berkata, setakat ini ahli MAA sudah menerima sekitar 5,000 kenderaan yang terjejas akibat banjir dan jumlah itu dijangka terus meningkat, selain ada pemilik turut menghantar kenderaan ke bengkel pihak ketiga.

"Berhubung sama ada pemilik kenderaan mencarum perlindungan banjir, MAA tidak memiliki data. Namun, setakat pengetahuan kami, tidak banyak kenderaan yang terjejas akibat bah ini dilindungi bencana alam," katanya.

Beliau berkata, ahli MAA sudah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Selain Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang diumumkan kerajaan, ahli MAA juga menawarkan pelbagai insentif termasuk diskaun alat ganti 25 peratus dan perkhidmatan tunda percuma, malah Proton (Proton Holdings Bhd) dan PERODUA (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus," katanya.

Baru-baru ini, kerajaan memperkenalkan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia kepada rakyat terjejas akibat bah.

Menerusi baucar bernilai sehingga RM1,000 itu, warganegara yang layak boleh memanfaatkannya pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Malah, kerajaan turut menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Berhubung dengan alat ganti dan komponen, Aishah berkata, ia bergantung kepada kesediaan bekalan di pusat servis dan bengkel.

"Jika alat ganti tidak boleh didapati di Malaysia, ia perlu ditempah dari luar negara. Justeru, ia akan mengambil masa. Di peringkat tempatan pula, jika ada stok, ahli MAA dapat membaiki kenderaan terjejas dengan cepat.

"Tempoh pembaikan bergantung kepada bengkel yang akan tentukan berdasarkan kapasiti," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ibat-banjir-rm90000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mentua adek aku kene RM20k banjir Klang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 20-1-2022 10:14 PM
Dulu mentua adek aku kene RM20k banjir Klang..

Keta apa tu sis?  BMW ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik beli baru je klu 90k
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:58 AM | Show all posts
ada terbaca kat fb,
kereta saga rege 40k, kos repair 30k,
macam nak keluar kereta baru.

yang total loss, loan bank nak kena bayar jugak.
kesian. moga di permudahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:25 AM | Show all posts
banyak ke proton x50 atau x70 tenggelam? Dah la dengar citer spare part susah nak dapat. Dah tenggelam mcm ni sure berpuluh2 riban repair
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2022 10:16 PM | Show all posts
Edited by mshaiful at 30-1-2022 10:17 PM

Toyota Vios 2019 tenggelam tiga suku, hantar UMW Toyota dapat quotation RM53k harga selepas diskaun yg kononnya 25% tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mshaiful replied at 30-1-2022 10:16 PM
Toyota Vios 2019 tenggelam tiga suku, hantar UMW Toyota dapat quotation RM53k harga selepas diskaun  ...

Keta mcm brand new lg tu kalo 2019, sbb tak gerak MCO dah 2 tahun... huhuhu.. semoga urusan dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061440 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list