CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 14

[Tempatan] Caj Pengeluaran RM1.00 ATM antara bank akan kembali dikenakan mulai esok, 1hb Feb 2022

  [Copy link]
Post time 14-12-2021 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 31-1-2022 03:13 PM

Caj Pengeluaran ATM Antarabank Sebanyak RM1 Akan Kembali Pada Februari 2022?
December 14, 2021
Aman


Disebabkan oleh Covid-19, pihak bank telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj pengeluaran ATM antarabank – sekaligus mengelak orang ramai bergerak jauh, dan mengeluarkan duit daripada mesin ATM berdekatan tanpa sebarang caj tambahan.

Apa pun, kini ia dilihat caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan kembali pada Februari 2022 kelak. Perkara ini telah pun diumumkan oleh pihak Citibank dan juga KFH buat masa ini. Bank-bank lain masih belum mengumumkannya secara rasmi, termasuk pihak Paynet yang belum keluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Kita mungkin akan mendengar pengumuman lanjut dan perkongsian pihak-pihak bank lain dalam masa terdekat ini berkenaan dengan perubahan inii.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 12:04 PM | Show all posts

Tak Heran

Pakatan Harapan yang kasi kensel pehtu Ameno caj balek..

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkai ewallet or cc je sekarang..
Cash rm50 withdraw dr bulan 10 kot xpkai lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 09:58 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 09:59 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 03:46 PM | Show all posts
Caj transaksi RM1 dikenakan pengeluaran ATM bukan CIMB
    Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
    15 Disember 2021, 2:50 pm

PETALING JAYA : Bermula 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic.

Perkara itu dimaklumkan  menerusi satu hantaran akaun Facebook CIMB Malaysia hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, para pengguna boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM atau mesin layan diri milik CIMB.

“Berkuatkuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic.

“Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/mesin layan diri kami. Terima kasih,” kata hantaran tersebut.

Sebelum ini, para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Pengecualian itu diteruskan sehingga kini apabila kerajaan memaklumkan sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Jika sebelum ini, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan mereka akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.-UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2021 08:16 PM | Show all posts
Transaksi ATM RM1: Bukan masa sesuai kenakan caj
    Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
    15 Disember 2021, 7:18 pm

PETALING JAYA: Kini bukan masanya untuk bank mengenakan semula caj RM1 bagi transaksi antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) bermula 1 Februari 2022.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan, langkah itu yang sangat salah dan kini tidak disenangi rakyat di samping ramai netizen tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Jelas beliau, seluruh negara daripada segi teknikalnya mengetahui sektor perbankan antara sektor melaporkan keuntungan sihat meskipun pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai contoh, Maybank melaporkan keuntungan bersih bagi suku kedua 2021 berjumlah RM1.96 bilion, iaitu hampir RM1 bilion lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“CIMB pula menyaksikan peningkatan RM1.835 bilion keuntungan bersih ke RM2.62 bilion (2Q2021) berbanding RM785 juta (2Q2020). Ini bermaksud kebanyakan jika bukan kesemua bank komersial menyaksikan keuntungan sihat tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, semua menyedari bahawa bank-bank sering kali meletakkan pelbagai caj ke atas hampir semua transaksi yang lain.

“Saya juga berpandangan terdapat cara-cara bagi memastikan pihak bank masih dapat menampung kos dalam hal transaksi ATM yang dimaksudkan ini, yang juga sudah pasti dalam pengetahuan Menteri Kewangan yang dahulunya juga seorang pegawai atasan bank komersial,” jelas beliau.

Saifuddin menjelaskan, pada 3 November lalu, kerajaan mengumumkan 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat pandemik Covid-19.

Malah katanya lagi, setakat Oktober lalu, dianggarkan 13.9 peratus anak muda antara 15-24 tahun menganggur, manakala secara amnya terdapat 705,000 orang yang sedang menganggur.

“Dikira bersama peningkatan harga barang yang mendadak dan belum lagi dapat dikawal, jelas rakyat sekarang berada dalam keadaan sangat tertekan.

“Oleh itu, saya menggesa kerajaan dan khususnya Menteri Kewangan untuk segera masuk campur dan mengarahkan bank-bank membatalkan rancangan kenaan bayaran RM1 bagi transaksi ATM ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pimpinan PKR akan terus meneliti perkembangan isu berkenaan dan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan mahupun wakil bank-bank berkenaan demi menyampaikan suara rakyat.- UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2022 03:13 PM | Show all posts
Caj transaksi RM1 ATM berkuat kuasa semula esok
RAJA NUR FAZNIE AIDA | | 31 Januari 2022


SHAH ALAM - Caj RM1 bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikuatkuasakan semula kepada pelanggan mulai esok.

Sebelum ini beberapa bank tempatan termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad telah pun memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing pada pertengahan Disember tahun lepas.

Dalam kenyataan ringkas, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

"Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” kata Maybank.

Sementara itu, terdapat segelintir warganet mengkritik notis tersebut dengan menyatakan bahawa caj RM1 itu akan menyebabkan orang ramai kembali beratur panjang di ATM terbabit.

Sebelum ini, kerajaan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) berkuat kuasa pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu membayar caj RM1.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 03:18 PM | Show all posts


Inilah kebaikannya lantik CEO banker Maybank & CIMB yg pernah bergaji RM8.5 juta setahun dilantik Menteri Kewangan PN-BN.

Kebajikan bank² dlm negara mesti diutamakan berbanding rakyat yang dah makin sengkek & susah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk duit jangan tak cucuk duit!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 14-12-2021 04:07 AM
Pkai ewallet or cc je sekarang..
Cash rm50 withdraw dr bulan 10 kot xpkai lg..

kalau pakai ewallet
tak boleh kawal wang keluar
melainkan ada byk ewallet
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nk duit kami marhaien ni ckpnjerlah bank...kayangan ko bg pinjam tnpa interest, kamk ni sgala caj ko intro
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni aman2 je keluar duit di atm bank tak popular. Sibuk je nak kenakan balik. Untung la pihak bank.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Caj balik rm1 sebab genting HK dah lesapkan duit ke..cari balik modal tu encik bank sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:34 PM | Show all posts
Knp nak susahkan rakyat...kata nak jadi negara maju...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.097118 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list