|
GISELLE
Giselle beli tiga bentuk cincin lebih RM60,000
DALAM perkongsian terkini Giselle dalam platform Bubble, penyanyi itu memberitahu peminat bahawa dia membeli sesuatu sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Penyanyi itu menyatakan, dia membeli tiga bentuk cincin yang berbeza dengan harga yang mampu membuatkan ramai ternganga.
Peminat yang teruja dengan perkongsian tersebut kemudian menggali harga sebenar jualan cincin yang dibeli anggota kumpulan Aespa itu.
Hasil siasatan, peminat mendapati setiap satu cincin tersebut berharga 12.7 juta won (RM44,787), 1.9 juta won (RM6,700) dan empat juta won (RM14,106).
Selepas ditambah kesemua nilainya, ketiga-tiga bentuk cincin dibeli penyanyi muda itu berharga lebih RM60,000.
Dia membeli cincin keluaran Chrome Hearts iaitu jenama yang merupakan kesukaannya.
Giselle sudah mula mengumpul koleksi keluaran produk tersebut sejak sekian lama.
“Dia ada semua aksesori Chrome Hearts seperti topi dan baju. Giselle nampaknya memang suka jenama tersebut,” ujar seorang peminat.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... ncin-lebih-rm60000/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|