CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 2

Gaya Rose BLACKPINK dan Zendaya Memakai Baju Yang Sama ‘Kembar’

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode




Penampilan Rose BLACKPINK di Met Gala 2021 cukup mencuri perhatian. Bahkan, Hailey Bieber dan model Anja Rubik juga memuji penampilannya. Dalam acara berprestij ini, Rose mengenakan gaun hitam pendek dengan simpulan riben putih besar di bahagian dada. Dia juga memakai rantai berbentuk bunga hitam. Gaun ini adalah koleksi YSL Fall / Winter 2021.



Sebelum itu, Rose juga pernah mengenakan pakaian yang hampir sama untuk cover majalah ELLE Korea edisi September 2021. Namun, masih tetap terdapat perbezaan dalam modelnya.

Pakaian YSL yang dipakainya untuk ELLE Korea adalah jenis romper baldu hitam. Manakala untuk Met Gala, dia memakai gaun hitam pendek yang menampakkan kakinya yang panjang.




Namun ternyata sekali bahawa gaun ini juga pernah dipakai oleh Zendaya untuk cover majalah VOGUE edisi Oktober 2021. Walaupun kedua-duanya mengenakan pakaian yang sama, namun mereka berdua berupaya memberikan aura yang berbeza.




Zendaya kelihatan lebih ‘hot’ dan ‘sexy’, ditambah pula dengan gaya solekan dan dandanan rambut yang menyerlahkan lagi penampilannya.

Rose pula kelihatan bergaya dan ‘chic’ dengan solekan yang lebih sederhana dan warna kuku yang terang serta diserlahkan lagi dengan aksesori tambahan seperti rantai dan subang.

Pada pendapat anda, yang mana satu menjadi pilihan hati? Rose atau Zendaya?

Sumber:https://murai.my/2021/127547/gay ... u-yang-sama-kembar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 01:03 PM | Show all posts
aku tim zendaya.walau kdg2 tgk dia mcm nak tumbang je bila berdiri.sekeping papan sgt badan dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ofcourse Zendaya. Baju paling huduh sheols pernah pakai aritu breastplate gold sumpah mcm penutup jamban, tp sheols yg pakai auto lawa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042662 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list