Fakta Menarik Dan Foto Transformasi Bae Suzy, Dia Sememangnya Cantik Dari Kecil!
Bagi pencinta drama Korea pasti sahaja amat mengenali selebriti yang bernama Bae Suzy. Satu nama yang sudah tidak asing lagi dengan pakej wajah yang cantik dengan bakat yang hebat. Suzy memulakan kerjayanya bersama kumpulan Miss A dibawah naungan JYP Entertainment namun kumpulan tersebut telah menamatkan kontrak mereka pada tahun 2017. Kini, Suzy berada di bawah Pengurusan SOOP dan fokus sebagai seorang pelakon.
Kali ini, kami di Murai.My ingin berkongsi dengan pembaca beberapa foto transformasi dan fakta menarik tentang Bae Suzy dari dulu hingga sekarang buat tatapan para peminatnya. Jom kita tengok!
1. Masa Kecil
Suzy atau nama sebenarnya Bae Su Ji dilahirkan pada 10 Oktober 1994 dan dibesarkan di Gwangju, Korea Selatan. Anak kepada pasangan Bae Wan Young dan Jeong Hyun Sook ini merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Dia mempunyai seorang kakak yang bernama Su-Bin dan seorang adik lelaki, Sang Moon . Ayahnya adalah pelatih taekwondo dan ibunya menguruskan perniagaan makanan segera.
Foto ini menunjukkan Suzy dengan rambutnya yang ditocang dua semasa bermain di sungai. Dia tetap kelihatan comel!
2. Masa Zaman Kanak-Kanak
Beranjak ke zaman kanak-kanaknya, Suzy kelihatan cantik dengan gaun berwarna merah jambu. Dia yang menunjukkan gaya dengan meletakkan tangannya di belakang kepala sambil tersenyum malu.
Suzy sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan. Bahkan, dikatakan juga rumah yang diduduki mereka sekeluarga sebenarnya sangat sempit dan tidak sesuai untuk tinggal berlima. Kerana inilah, Suzy nekad untuk bekerja lebih keras bagi mengubah nasib keluarganya dan kini dia sudah berjaya membuktikannya!
3. Zaman Sekolah
Memang tidak boleh disangkal lagi, kecantikan gadis ini telah terpancar sejak diwaktu sekolah lagi. Wajahnya kelihatan tidak banyak berbeza daripada sekarang bukan? Dengan pakaian seragam sekolah dan bunga, Suzy menunjukkan gaya yang cantik untuk album sekolahnya. Dia juga adalah pelajar lulusan Sekolah Seni Tinggi Persembahan Seoul (SOPA).
4. Menjadi Pelatih Di JYP Entertainment (2009)
Pada Jun 2009, Bae Suzy telah mengikuti ujibakat untuk Superstar K dan berjaya melepasi pusingan awal namun akhirnya dia gagal dalam pusingan pra-penyingkiran.
Dalam masa yang sama, JYP Entertainment juga tertarik kepadanya dan mengundang Suzy untuk mengikuti ujibakat dan bergabung dengan agensi terbesar di Korea Selatan untuk menjadi pelatih di JYP Entertainment. Sebelum memulakan kerjaya dengan Miss A, Suzy sempat menjadi pelatih selama 10 bulan. And the rest, as they say, is history!
5. Anggota Kumpulan Miss A
Pada tahun 2010, JYP Entertainment telah menubuhkan MIss A dengan 4 ahli kumpulan iaitu Fei, Jia, Min dan Suzy. Single pertama kumpulan ini ‘Good Girl, Bad Girl’ telah berjaya mencuri hati peminat. Dalam kumpulan tersebut, Suzy adalah sebagai vokalis dan juga rapper. Kumpulan ini juga telah mengeluarkan dua album yang berjudul ‘A Class’ (2011) dan ‘Hush’ (2013).
Setelah dua anggotanya iaitu Jia dan Min meninggalkan Miss A, JYP Entertainment akhirnya memutuskan untuk membubarkan Miss A secara rasmi pada Disember 2017 dan single terakhir kumpulan ini ialah ‘Only You’ yang dikeluarkan pada tahun 2015.
Setelah Miss A dibubarkan, Suzy memulakan kariernya sebagai artis solo.
6. Artis Serba Boleh
Bukan sahaja menyanyi, malahan Bae Suzy juga pernah menjadi pengacara di dalam beberapa rancangan muzik antaranya Anugerah Muzik Seoul ke-21, Anugerah Golden Disk Ke-26 dan Anugerah Mnet 20’s Choice dimana dia sendiri telah memenangi anugerah untuk kategori ‘Bintang Baru Terhangat 2011’.
Selain itu, Suzy juga telah menceburkan diri dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya sebagai Go Hye Mi dalam drama ‘Dream High’. Suzi telah mengeluarkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama ‘Winter Child’. Drama ini telah mendapat rating tontonan yang tinggi dan mencapai populariti di banyak negara lain. Dia juga telah banyak memenangi banyak anugerah dalam setiap penglibatannya dalam industri hiburan. Antara anugerah yang telah dimenanginya adalah ‘Pelakon Baru Wanita Terbaik’, ‘Pelakon Wanita Cemerlang’, dan banyak lagi. Hebat bukan?
Jenama terkenal seperti Lancome, Dior dan Guess juga pernah memilih Suzy sebagai bintang dan duta bagi produk jenama tersebut. Get that coin, girl!
7. Selamat Hari Lahir Suzy!
Bae Suzy baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 10 Oktober yang lalu. Hari Kelahirannya jatuh pada hari yang sama dengan Hari Kesihatan Jiwa Sedunia.
Apa-apapun, masih belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Lahir buat Suzy. Semoga kariernya terus sukses.
hahahahaa saja bikin propa kan kaka ni...biasala..usik2 di pagi ahad yang indah...kuang kuang..macih mod cantik.leven satu tacangesok sila bg lagi.kah!
mata aku tgk dia ni biasa2 je. kdg2 rengsa jugak tgk gigi dia tu.
rasa nak sapu gam gajah biar mulut tertutup tak nampak gigi jongang tu.
tp tak dinafikan kulit dia mmg mulus