View: 978|Reply: 2
|
[Korean] Pasca bersalin, Kang So-ra kekal langsing
[Copy link]
|
|
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 11:10 AM
KANG SO-RA
Pasca bersalin, Kang So-ra kekal langsing
SELEPAS enam bulan melahirkan anak sulungnya, aktres jelita Kang So-ra mencuri tumpuan peminat apabila dia berkongsi gambar terkini menerusi media sosial.
Isnin lalu, So-ra memuat naik beberapa keping foto menunjukkan dirinya sedang melakukan senaman dengan tanda pagar #monday dan #morningroutine.
Dalam gambar-gambar berkenaan, So-ra menunjukkan kebolehan tubuh badannya yang fleksibel dengan melakukan senaman jenis ‘pilates’.
Perkongsian aktres berusia 31 tahun itu meraih pujian netizen kerana mengagumi bentuk badannya yang kembali langsing meskipun baru sahaja menimang cahaya mata.
So-ra mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang bekerja sebagai doktor pada Ogos tahun lalu.
Dia kemudian melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu bayi perempuan pada April lalu.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... -ra-kekal-langsing/
|
|
|
|
|
|
|
|
haku minat kang sora...oh haku baru tau die da kahwin secara private..tahniah kaka sora |
|
|
|
|
|
|
| |
|