CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 5

[American] Gwyneth Paltrow Beri Nasihat Mengenai Seks Kepada Anak-Anak

[Copy link]
Post time 20-10-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 11:09 AM

Mahu Jadi Rujukan! Gwyneth Paltrow Beri Nasihat Mengenai Seks Kepada Anak-Anak

Tambahnya lagi, dia sentiasa mengalakkan anak-anak untuk mendengar diri sendiri dan naluri mereka.



Pelakon Hollywood, Gwyneth Paltrow mendedahkan bahawa di mempunyai nasihat seks yang diceritakan kepada dua orang anaknya Moses (15), dan Apple (17).

Pendedahan tersebut dilakukan sewaktu temubualnya bersama Entertainment Tonight dan berpesan untuk sentiasa dekat dengan kebenaran sendiri.

“Saya rasa perkara utama yang tiada siapa beritahu anda adalah anda harus benar-benar dekat dengan kebenaran anda sendiri dan anda harus benar-benar berintegriti dengan kebenaran itu.

Kerana sewaktu anda menjalin hubungan dan anda tidak menjadi diri sendiri sepenuhnya, anda merubah sesuatu atau berputih mata melalui sesuatu, dan saya rasa ia boleh merosakkan perasaan anda terhadap diri anda.”- jelas Gwyneth

Galakkan Anak-Anak Mendengar Naluri & Diri Sendiri



Tambahnya lagi,dia sentiasa mengalakkan anak-anaknya untuk mendengar akan diri sendiri dan naluri mereka.

“Saya akan sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk mendengar diri sendiri, mendengar naluri mereka, mendengar jika ada sesuatu, anda tahu, rasa betul dan bertindak dari tempat itu.”-katanya lagi

Cuba Bersikap Neutral Apabila Mendapat Soalan Seks Dari Anak-Anak



Gwyneth  turut menjelaskan bagaimana dia menjadi sumber bagi anak-anaknya jika mereka mempunyai persoalan mengenai seks.

“Saya cuba sentiasa bersikap neutral terhadap topik ini. Saya rasa generasi saya, kami mendapat banyak mesej mengenai seks yang membuat kami rasa tidak selesa.

Saya cuba untuk mengambil tahu. Dan remaja tidak akan pernah mahu bercakap dengan ibu bapa mereka mengenai seks, jadi saya mengikuti arahan mereka. Dan nasib baik di sekolah menengah mereka mempunyai pendidikan seks yang sangat teliti.”- dedah pelakon ini



Untuk rekod, Gwyneth Paltrow pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin pada April 2015. Walaubagaimanapun, pasangan ini telah bercerai pada 2016 dan dikurniakan dua orang anak Apple (17), dan Moses (15).

SumbeR:https://murai.my/2021/129315/gwy ... lan-seks-anak-anak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 07:51 PM | Show all posts
She look tua sangat
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar dahhhh Apple!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik apple ni. Muka sheols ala2 kate moss
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:53 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 06:53 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047144 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list