View: 1595|Reply: 15
|
Anak Shah Rukh Khan Tekad Nak Tolong Orang Miskin Lepas Keluar Penjara
[Copy link]
|
|
Mumbai: Anak sulung 'superstar' filem Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan, 23, berjanji mahu berbakti kepada masyarakat dan akan mendedikasikan hidupnya membantu golongan miskin di India.
Hal itu dikongsikan Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang bertindak memberi kaunseling kepadanya selepas dia dipenjara sejak awal bulan ini akibat terbabit kes dadah.
Foto: IG
"Sewaktu kaunseling, dia (Aryan) berkata mahu berbakti kepada masyarakat sekarang dan siap setia untuk berkhidmat kepada negara serta golongan kurang bernasib baik," jelas pegawai NCB yang enggan identitinya didedahkan.
Pada sesi berkenaan, Aryan diberi kaunseling bersama tujuh banduan lain yang diberkas dengannya dalam kes sama.
Kaunseling untuk tahanan kes dadah adalah sesi umum yang selalu dilakukan NCB. Mereka yang pertama kali ditahan atau menunjukkan simptom ketagihan akan diberi kaunseling sebaik selesai disoal siasat.
Biasanya organisasi terbabit turut mendapat bantuan daripada pemimpin komuniti, ilmuan agama, atau golongan kehormat bagi kaunseling. Ia dipraktikkan bagi meningkatkan motivasi serta menggalakkan individu ketagih dadah berusaha keluar dari masalah itu.
Aryan kini dipenjara di Arthur Road selepas terbabit kes penggunaan dadah terlarang yang ditemui di sebuah kapal layar pada awal bulan ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah terlibat dengan dadah weh.. rugi sgt hidup kau.. dah hensem2 hbiskan khidupan dok lokap... mcm ex aku.. hensem2 tpi dok lokap bertahun2.. x leh nak jalani kehidupan mcm org lain.. berkahwin ada anak smua.. hmm.. sedih dan terkilan utk dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak insaf ke sebab sebelum2 tu lepas je kn..ni merasa dok lokap baru la menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas kluar lokap nanti jangan buat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar kata2 nak menggembirakan kaunselor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ade org miskin kan kat dunia ni ...bolehlah org kaya "menyucikan" diri.
Nak bebas dadah ni susah jugak....harap die ade support group yg kuat. Jgn kembali balik....jgn rindu kan pun.
Elakkan lah drpd terlibat dgn dadah ...pemusnah hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 19-10-2021 07:31 PM
Tapi katanya takde pun jumpa dadah kat budak ni dan ujian dadah pun negatif.
Ada juga yang kata SRK kena target sebab dia muslim. Jadi muslim dekat India memang selalu jadi macam2 target. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kt melesia retis2 nk sucikan diri pakai hijab or join tabligh, kt sana janji nk tolong org misekin mcm baru semalam dia kayoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian bapak bertahun2 bina nama sekajap je reputaion being tarnished by his flesh and blood gitu meolls berbahasa Inggeris |
|
|
|
|
|
|
|
sembanglah ko dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
harap anak saif ali khan bersih dari narkoba, dan kembali ke landasan Islam balik. padahal tau la india sana , nama je ckp muslim, tp sembah patung gajah jua [em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
Selama sebelum kene tngkap ni igt ke kt org miskin dah kene tgkap mcm2 janji xyah tabur janji la dik oiii buat ja dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen india terharu ke??? Kalau sini,artis acah pegang alquran,terus suci murni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|