View: 186909|Reply: 1513
|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 24-11-2010 15:33
Assalamualaikum
Sorrylah lambat sambung, smiley dah separa pencen dari menulis , skrg buat bisnes jual kain ela plak
Sebab rumah lama dah lock, smiley buat rumah baru wpun ada dua tiga n3 jer
pada yg dah lupa , ini dia bab terakhir sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
“ I ada kerja outstation.Jaga diri, jaga rumah.”
Najlah menatap mesej balas dari Adham. Itu saja? Ingat aku ni Jaga kah? Penat aku bersayang sayang, please forgive me bagai. Panggilan nya pada Adham tidak berjawab. Mungkin juga bateri handphone Adham sudah mati. Atau pun dia di kawasan tiada signal handphone. Najlah cuba menyedapkan hati. Aku kena bersangka baik, sudah sudahlah dengan syak wasangka yang tak membawa faedah. Mendatangkan kucar kacir lagi adalah. Semua kerana tahap kepercayaan aku pada Adham setipis kulit bawang.
Rumah nya sunyi sepi dan di setiap ruang dia terbayang bayang kelibat Adham. Bila di dapur dia nampak Adham menguli roti canai dan kemudian mereka berdua berperang dengan melontar missile tepung. Adham tidak kekok di dapur, sekaligus menyenangkan tugas hariannya. Di ruang makan dia teringat tabiat Adham yang suka menyuap dan di suap. Manja betul! Naik ke atas, di ruang santai dia terkenang saat mereka menonton TV bersama. Kalau dia bukan di riba Adham, Adham yang baring di ribaannya dan akhirnya TV yang menonton aksi mereka. Bagaikan terasa jari jemari Adham mengelus tubuh dan rambutnya. Bilik tidur lebih menyesakkan naluri perempuannya. Betapa dia rindukan pelukan hangat dan cumbuan lelaki itu. Najlah mula sebak. Bila Adham akan kembali? Adakah Adham ingin kembali? Najlah terasa terlalu keseorangan.
Najlah mengemas beberapa helai pakaian santai serta keperluan untuk bercuti. Dia menghela nafas sebelum menghantar mesej pada Adham meminta izin untuk ke Langkawi. Masih tiada jawapan. Najlah melangkah longlai ke teksi yang menunggu. Mungkin tindakannya nusyuz tapi dia perlu mencari ketenangan untuk berhadapan dengan hakikat. Suami mana yang inginkan isteri ganas dan kurang ajar seperti aku? Isteri yang bertindak melulu tanpa usul periksa. Isteri yang sanggup tendang dan maki hamun suami yang sepatutnya di hormati. Pasti Adham bengang dengan sikap aku yang keras hati. Kalau aku jadi lelaki pun pasti aku akan cari perempuan yang mudah di bentuk dan sentiasa ikut cakap suami.
Najlah mengimbau kembali hari hari terakhir sebelum bernikah. Tak putus putus Mak dan ibu saudara bagi lecture tentang kedudukan suami sebagai ketua rumahtangga dan tanggungjawabnya sebagai isteri. Berbagai buku di hadiahkan saudara dan kenalan rapat tentang ciri ciri isteri solehah. Abah pun berulang kali berceramah. Sebaik saja terlafaz ijab dan kabul, Lala menjadi hak Adham. Masih terngiang ngiang suara Abah membaca hadis Rasullullah yang lebih kurang berbunyi “Jikalau seseorang di benarkan menyembah manusia, aku akan menyuruh setiap isteri menyembah suaminya” Astaghfirullahalazim. Bila amarah melanda , segala pesan luput begitu saja. Mudahnya syaitan menggoda anak Adam yang seorang ini. Rapuhnya aku! Dia membetulkan sunglasses agar pemandu teksi yang terlebih ramah itu tidak nampak matanya yang bertakung. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye...
dh ader sambungan......... |
|
|
|
|
|
|
|
Beg beroda di seret keluar dari pintu balai ketibaan Langkawi International Airport. Cuaca yang masih berbahang menyambutnya walaupun waktu Maghrib sudah hampir. Mata Najlah melilau mencari teksi walaupun dia sendiri belum pasti arah tujuan. Bukannya tak biasa, sudah berkali kali dia ke Langkawi sementelahan mak saudara sebelah Abah tinggal di sini. Setiap kali kenduri kendara mereka sekeluarga pasti membuat ekspedisi ke pulau legenda ini. Namun kali ini dia merahsiakan kedatangannya dari keluarga Cik. Aku ingin bersendirian.
Dia sendiri tidak pasti kenapa dia membuat keputusan sebegini. Sepatutnya aku menunggu Adham di rumah. Banyak hal yang patut di selesaikan face to face. Tapi aku memilih untuk menjauhkan diri. Senget betul lah aku ni. Sedang dia melayan blues, matanya tertancap pada seorang pemuda berkulit hitam manis yang memegang kertas putih.
NAJLAH FUAD tertera dengan terang dan jelas.
Najlah kaget. Siapa pula yang tunggu aku ni? Atau mungkin ada orang lain yang sama nama dengan aku kot. Tapi penumpang dari penerbangannya tadi cuma tinggal berapa kerat dan kebanyakan mereka pelancong asing yang tidak mungkin mempunyai nama Najlah Fuad. Pemuda tadi terus menghampirinya
“ Cik Najlah Fuad?”
“ Ya. Saya.” Najlah mengangguk dengan seribu satu soalan bermain di benak hati. Tambahan pula dari jarak dekat dia dapat melihat logo Four Seasons Resort di atas poket kemeja putih pemuda tadi. Bila masa pula aku tempah bilik di sana?
“ Saya Firdaus dari Four Seasons Resort. Bagi saya bawa beg Cik Najlah. Kereta hotel tunggu kat depan nu” katanya dengan loghat utara yang pekat.
“ Tapi saya tak buat reservation di Four Seasons. Saya belum lagi cari hotel pun”
“ Travel agent Puan yang dah buat booking siap siap kot. Jomlah Puan. Dah nak masuk Maghrib ni. Hotel kita kat Tanjung Rhu, jauh juga dari sini” Kereta Toyota Harrier putih dengan logo Four Seasons berhenti di depan mereka. Tak mungkin si Firdaus ni samseng kampung yang nak jual aku, dia menyedapkan hati.
Dengan rasa bercampur baur Najlah mengambil tempat duduk. Lebih selamat kalau aku ke Four Seasons dari merayau ke sekeliling pulau mencari hotel waktu begini. Biarlah aku tidur satu malam di sana walaupun harga bilik di sana lebih dari sewa rumah teres sebulan. Kering kontang lah poket aku. Najlah meraba wallet dalam beg tangan. Aku tenyeh lah dulu kad kredit supplementary dari Adham. Nanti pandai pandailah aku settle.
“ Puan pertama kali datang ke Langkawi ka?”
“ Tak. Saya dah banyak kali datang. Mak menakan saya duduk sini.”
“ Ooo…kalau macam tu tak payah lah saya cerita pasal Pulau ni kat Puan” Lega suara Firdaus. Agaknya dah boring berkali kali ulang cerita yang sama , teka Najlah. Namun anak jati Langkawi yang peramah dan lucu itu menyenangkan. Ada saja ceritanya yang buat Najlah tak kering gusi. Dari cerita tentang pengalaman nya bekerja di beberapa hotel di situ hinggalah lokasi penjual ikan bilis yang terbaik di Langkawi. Perbualan mereka rancak hingga Najlah terlupa kemelut yang melanda.
Hampir 40 minit kemudian mereka sampai di resort 5 bintang yang di bina mengadap pantai yang putih bersih. Meskipun malam sudah mula melabuhkan tirainya tapi lampu berkelipan menyinari seluruh kawasan resort yang luas terbentang. Pasir putih dan laut tenang berbalam balam membuat Najlah terpegun. Mata penghias dalaman itu menyoroti segala pelusuk ruang lobi yang bercirikan rumah Minangkabau. Cantiknya! Dia kagum dengan konsep yang menggabungkan senibina Melayu, Arab dan India. Tak sabar nak meneroka seluruh kawasan besok. Dia mula rasa penat, mental dan fizikal. Katil oh..katil! |
|
|
|
|
|
|
|
“ Welcome to Four Seasons Puan Najlah. I’m Sharon. Let me show you to your room”
Seorang wanita Cina memakai suit hitam membawa nya ke arah pavilion kediaman. Lagi sekali Najlah kehairanan. Tak payah register dulu kah, ataupun bayar deposit bilik? Macam mana kalau aku lari awal pagi esok?
” Its all been taken care off Madam” jawab Sharon bila dia bertanya. “Just enjoy your stay here.”
HA??? Aku ada menang peraduan kah? Atau pihak hotel tersilap orang? Atau ini satu perangkap? Sering di dengar tentang sindiket yang memerangkap wanita untuk di jadikan habuan lelaki kaya. Tapi mustahil mereka memilih aku yang tak pandai menggoda untuk melayan lelaki miang keladi. Tak terangsang langsung pakcik pakcik itu.
Otaknya ligat berfikir sambil mengatur langkah menyelusuri kawasan hotel. Matanya di jamu dengan kecantikan alam semulajadi. Resort ini hampir keseluruhannya menggunakan kayu tapi rekaannya nampak moden. Cabana berbumbung seperti rumah kaum asli di Afrika terdapat di setiap pelusuk. Ada satu dua pasangan menikmati keindahan malam yang sepi dan tenang. Kata Sharon sekarang off peak season untuk pelancong. Seperti Firdaus , Sharon juga ringan mulut. Namun Najlah tetap tak selesa dan masih sarat dengan prasangka. Sebaik turun dari kapalterbang tadi dia seolah di kidnap oleh alien dan di bawa ke alam yang asing.
“ This is your room. It has its own private garden and you have a lot of privacy.” Sharon membuka pintu bilik.
WALLA! Cantiknya… Haruman frangipani dan jasmine mencucuk hidung. Bilik luas yang mengadap taman nampak sungguh romantis. Katil king size di sebalik tirai lembut menggamitnya. Aduh….. bagaikan fatamorgana. Dirinya bagai Ratu Scherezade dalam hikayat 1001 malam. Kalau Sharon tak ada mungkin aku dah melompat atas katil empuk.
“ I hope you like the room. Please call us if you need anything.” Najlah mengangguk macam burung belatuk sebelum Sharon mengundur diri. Terlupa nak bagi tip tapi mungkin tak perlu memandangkan pakaian dia lagi smart dari aku. Najlah terus ke bilik air yang cuma di pisahkan oleh kaca jenis frosted glass dari bilik tidur. Tak menepati adab sopan orang Melayu langsung. Memang sah hotel ini targetnya pelancung asing. Fuhh… nasib baiklah aku tinggal seorang diri. Kalau tak, tak mandilah aku agaknya.
Najlah segera mengambil wuduk dia menjamak solat Maghrib dengan Isya. Doa di panjatkan agar segala kemelut yang melanda terungkai. Lindungilah aku dari segala musibah. Kuatkanlah diri aku untuk menempuh segala cubaan. Hatinya sayu. Bilik sebegini cantik tapi aku keseorangan. Rindu terus memagut. Di mana Adham sekarang? Apa yang dia sedang lakukan?
“ Apa aku nak buat sekarang? Malam masih awal , baru pukul 9. Aku tak rasa lapar dan kantuk pun dah hilang” Dia mula menyesali rancangan percutian solo. Mati kutu di buatnya. Akhirnya, Najlah menanggalkan pakaian dan berendam dalam kolam mandi yang di taburi kelopak bunga ros. Wangian mandi aroma citrus membuatnya lebih segar. Terlerai segala urat yang bersimpul dan otot yang sengal. Hampir setengah jam dia melayan angan angan.
Tiba tiba dia dikejutkan dengan siulan dan suara bernyanyi kecil. Pantas tangannya mencapai tuala untuk membalut tubuh. Mungkin orang yang lalu lalang di luar, di cuba menyedapkan hati. Tekaannya meleset bila dia menangkap kelibat lelaki berjalan menuju bilik air sambil menanggalkan pakaian satu persatu.
ARGHHHH… dia menjerit tanpa suara. Segala mimpi ngeri nya jadi kenyataan. Aku di bawa ke bilik yang salah. Atau pun aku mangsa sindiket pelacuran. Tolongg! Mana aku nak larikan diri dengan cuma sehelai tuala membalut badan. Semua pakaian dalam bilik. Dadanya menjadi sesak dan lututnya lemah. Mustahil aku boleh sembunyi, sebaik lelaki itu menoleh dia pasti nampak aku. Bodoh punya designer buat bilik air berpintu kaca.
“ HELPPPP! HELPPPP! TOLONGGGG! TOLONGGG” Najlah menjerit sekuat hati sambil menutup mata. Airmatanya sudah berderai. Mati lah aku! Dia meronta sekuat hati bila tubuhnya di dakap. Esakkannya menjadi jadi. Mulutnya di tekup
“ Sshhhhh. Diamlah sayang. Satu hotel boleh dengar. Nanti tak pasal pasal orang panggil polis”
Aduh, macam aku kenal suaranya. Pewangi Burberry menusuk hidung. Dakapan tadi semakin hangat. Dia kenal sangat tangan yang membelai rambutnya, bibir yang mengucup bahunya yang terdedah, dada bidang yang di basahi airmatanya. Matanya di buka perlahan sambil membetulkan ikatan tuala yang hampir terlucut.
“ A… Adham? Is it really you?” Pipi Adham di sentuh. Najlah terkebil kebil menahan sendu. Dia melangkah setapak kebelakang tapi tangan sasa Adham kembali memaut tubuhnya. Cuma sehelai tuala putih melilit pinggang Adham.
“Betul lah. Ini Ibrahim Adham, your husband. Dah lupa kah? Takkan sehari dua tak jumpa you dah tak ingat I. I dah nak setengah mati rindu kat you”
“ You buat semua ni? You yang book bilik ni? Yem, I love you so much… I minta maaf sebab tendang you… I tak buat lagi…I nak jadi isteri yang..” Ayatnya terhenti bila bibir Adham mematikan segala kata. Kucupan hangat membuat tubuhnya seolah melayang di awangan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 20-7-2010 14:40
ni baru start part baru
************************************************
Berpasang pasang mata berpaling kearahnya sebaik dia menolak pintu. Ruang menunggu klinik Dr Maziah, pakar obstetrik di Damansara Specialist Hospital. hampir penuh. Najlah mengukir senyuman kecil pada mereka, wanita pelbagai umur yang menayang perut berbagai saiz. Adakah aku juga akan berada dalam situasi yang sama? Dia segera mengambil tempat duduk yang masih kosong dan menyelak rambang mukasurat majalah Motherhood.
“ Hi, I’m Michelle” Wanita yang sarat di sebelahnya menegur. Najlah membalas senyuman.
“ I’m Najlah. Is this your first baby?” Michelle mengangguk dengan wajah berseri
” I dah kawin 5 tahun sekarang baru dapat anak. Its going to be a boy. Hubby dengan mak mertua I happy sangat. You know lah , kita orang Cina suka anak lelaki untuk sambung family name” Rancak dia bercerita.
“ Congrats. Bila you due?”
“ Next month. What about you?” Michelle memandang tubuh langsing Najlah yang berblaus panjang dan jeans hitam.
“ I.. er.. belum confirm lagi. This is my first appointment” Bismillahirahmanirahim. Harapannya tinggi agar dia benar benar mengandung. Janganlah antiklimaks pula.
Perbualan mereka berakhir bila Michelle di panggil masuk. Najlah pula di bawa untuk mengambil berat badan, mengambil darah untuk blood test dan air kencing untuk urine test dan mengisi borang untuk fail peribadi. Hampir sejam kemudian dia di panggil pembantu klinik untuk masuk ke bilik doctor, sekaligus membuat debarannya makin memuncak..
“ Tahniah Puan Najlah. You are pregnant” kata Dr Maziah. Wajah keibuan doctor senior itu tenang dan bersahaja. Najlah adalah ibu yang entah keberapa ratus menjadi pesakitnya.
Hip hip hooray! Beginilah rasanya bila penjaring gol dapat menembusi gawang lawan. Spontan tangannya memegang perut. Najlah tersenyum kambing. Bayangkan…. Aku akan menjadi seorang ibu. Syukur alhamdulillah.
“ Ini first baby untuk Najlah ?”
“ Ya” Najlah mengangguk dengan mata bersinar.
“ Your husband tak datang kah?” Selalunya suami akan pasti menemani isteri untuk first check up. Apatah lagi kalau bayi sulung.
“ Dia ada meeting” Keceriaan Najlah turun beberapa laras. Alangkah baik kalau Adham ada bersama untuk berkongsi saat ini. Kegembiraan nya tercalar sedikit. Rancangan Adham untuk menemaninya terpaksa di batalkan bila Datuk Badri mengarah Adham berjumpa dengan klien dari luar negara. Sebaik saja menghantarnya di pintu depan hospital, Adham terpaksa bergegas ke Le Meridien tempat penginapan Dr Sheikh Ali Mamduh dari Mesir. Apa nak buat,work comes first. Lagipun aku tak nak lah manja tak bertempat.
“ Bila tarikh haid yang terakhir?” Tumpuan Najlah kembali pada Dr Maziah yang sedang menulis sesuatu dalam failnya. Dia cuba mengingat semula tapi keterujaan membuat segalanya kabur. Rasanya dah lama dia tak “ cuti” tapi dia tak pasti bila tarikhnya.
“ Er.. erm.. tak ingat. My periods are irregular” Jawapan Najlah membuat doctor mengerutkan dahi kemudian menarik nafas panjang.
“ I kena tahu sebab nak calculate your expected due date”
Kerisauan menular dalam benak hati Najlah. Alamak! Macam mana ni? Nanti kalau tak tahu bila due date, anak aku lahir masa aku tengah shopping atau dekat tempat klien. Naya! Tapi aku betul betul tak ingat. Kalau tanya Adham dia lebih tahu kot sebab dia selalu mengeluh bila kena “ puasa”.
“ Kalau macam tu, Najlah baring di katil. Saya buat internal examination dan scanning. Bila scan nanti , kita boleh agak usia kandungan.” |
|
|
|
|
|
|
|
yeay!!!!!!!!!!!! sambung lg kak.... dah lama sgt tunggu nie... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila aku keje kat 4 season otel nih? |
|
|
|
|
|
|
|
bagilah link rumah lama ,
saya nak baca dari mula . |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan kekok dia menanggalkan jeans dan mengambil tempat atas katil di satu sudut yang agak tersembunyi. Meskipun semuanya perempuan tapi perasaan malu tetap ada. Internal examination yang cuma beberapa saat membuatnya mengetap bibir menahan sakit.
“Sakit? Najlah kena relaks” tegur Dr Maziah. Najlah lega bila selesai. Kalau ini pun dah sakit, macam mana lah sakit nak beranak nanti. Eee… tak nak fikir, tak nak fikir.
Rasa ngilu bertukar geli bila perutnya di lumur dengan gel sejuk dan alat scanner di gerakkan atas perut untuk mendapatkan imbasan. Najlah yang berusaha menahan tawa tiba tiba jadi sebak bila melihat janin hasil semaian benih kasih dia dan Adham. Matanya di kerdip agar airmata tidak melurut ke pipi. Kegembiraan melihat keajaiban kurniaan Ilahi bercampur dengan rasa ralat Adham tiada bersama. Aduh… emo habis habisan aku ni. Dadanya membuak dengan perasaan sayang yang tak terhingga pada anak yang cuma beberapa sentimeter. Macam manalah ada orang tergamak membuang bayi sendiri.
“ Kalau ikut saiz embryo, Najlah mengandung dua bulan.”
“ Dah dua bulan?” ulangnya. Macam mana aku boleh tak perasan. Tiada langsung symptom kecuali sekali aku muntah.
Dr Maziah memberi ulasan tentang imej yang terpampang di skrin seperti guru kelas Biologi. Najlah cuma mendengar antara faham dan tidak. Lepas ini aku kena beli buku tentang proses kehamilan, janjinya.
Bunyi pintu di ketuk dan suara lelaki membuat jantung Najlah tersentap. Aksi refleks membuatnya cuba menutup tubuhnya yang terdedah. Dr Maziah menjenguk dari tirai yang memisahkan katil.
“ Assalamualaikum. Saya Adham suami Najlah” Termengah mengah suara Adham memperkenalkan diri pada jururawat pembantu. Mata Najlah membulat. Adham datang juga rupanya.
“ Good. Just in time to see your baby. Isteri Cik Adham dah mengandung dua bulan” Dr Maziah mempersilakan Adham melihat imej bayi di skrin.
“ Tak jadi meeting?” soal Najlah
” I cabut awal . This is more important ”
Adham mengenggam jemari Najlah. Dadanya berdebar. Matanya bersinar sinar dan bibirnya mengorak senyum meleret. Kalau Najlah sudah mengandung dua bulan maknanya sebulan selepas anniversary pertama kami akan punya anak. Power juga aku!
Sebaik alat pengimbas di tutup Najlah mengenakan pakaian semula dan mereka berdua duduk di depan Dr Maziah. Doktor itu kusyuk menulis nota dalam fail.
“ Tiga bulan yang pertama Najlah kena berhati hati. Jaga pemakanan. Orang tua tua kata jangan makan nenas atau benda benda yang tajam tapi dari segi perubatan tiada pantang larang. Cuma kena makan makanan yang seimbang. Ada ibu mengandung yang makan berlebihan sebab takut anak dalam perut tak membesar tapi janin tak memerlukan makanan yang banyak pada peringkat awal, yang penting nutrient. Makan makanan berkualiti bukan kuantiti. Kalau berat badan naik mendadak, banyak risiko seperti diabetes dan darah tinggi. ” Dr Maziah mengetuk pen di meja sambil memerhati pasangan muda di depannya. Sejak tadi jari Najlah tak lerai dari genggaman Adham. Mata Adham redup memandang isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
hoooorayyyyyyyyyy dah ada sambungan.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Isteri saya okay tak? Bagaimana dengan aktiviti harian? Boleh bekerja seperti biasa? Boleh pandu kereta? Apa yang dia tak boleh buat?” Soalan yang bertubi tubi membuat Dr Maziah tersenyum. Ini lagi seorang bakal bapa yang kalut. Ramai spesis begini yang aku dah jumpa. Najlah menjulingkan mata. Lebih lebih pula dia ni. Mesti cari alasan nak kurung aku di rumah.
“ Tahap kesihatan Najlah setakat ini baik. Kedudukan embryo pun nampak kukuh. Najlah boleh buat semua aktiviti seperti biasa tapi elakkanlah yang lasak. Kalau setakat senaman ringan tak ada masaalah, malah di galakkan. Tapi kalau ada rasa sakit atau pendarahan segera datang jumpa saya.”
“ Er.. hubungan ..er.. you know .. in the bedroom, macam mana?” Riak muka Adham tak ubah macam budak sekolah gatal.
Najlah menundukkan muka. Tak ada soalan lain kah? Buat malu saja. Nasib baik doctor ni professional.
“ As long as Najlah is comfortable it should not be a problem“ Yesss! sorak Adham dalam hati.
“ Kalau Najlah penat, biar dia berehat. Tolong dia buat kerja rumah kalau dia tak larat. As a husband you have to be patient and considerate. Perempuan yang mengandung bukan saja ada perubahan fizikal tapi dia juga melalui perubahan hormone yang boleh membuat dia sensitive dan moody.” Sambung Dr Maziah
‘ Oh, patutlah dia asyik nak cari gaduh saja dengan saya” Pipi Najlah di cuit.
“ Bila masa pula? Sudahlah. Yem ingat Dr Maziah ni tak ada patient lain kah? Nak mengadu macam budak kecil kalah main guli. Doc , sorry to waste your time. ” Lembut dan manja tutur Najlah walaupun sedang meningkah kata kata suaminya.
Dr Maziah ketawa kecil. Comel gelagat pasangan ni. Kebahagiaan dan kasih sayang jelas di wajah mereka.
“ Okay, Najlah. I’ll see you next month. You boleh jumpa my receptionist Nelly untuk buat appointment. ”
“ Terimakasih doktor” kata mereka serentak. Najlah memaut lengan Adham sambil berjalan keluar dengan senyuman tersungging di bibir masing masing.
Sebaik keluar dari klinik Dr Maziah, Adham mengucup tangan Najlah. Kalau ikutkan hati dia ingin memeluk isterinya dan mengucup bibir Najlah tapi takut jadi tontonan ramai. Mesti ramai yang mencebik. Macam lah dia seorang yang nak dapat anak.
“I’m going to be a father ” Suara Adham tersekat sekat
“ Insyaallah.” Balas Najlah. “ Tapi I takut lah”
“ Takut? Why?” Muka Adham berkerut
Najlah menjungkit bahu” Takut labour pains, takut apa apa jadi kat baby”
“ Labour pain tu rahmat Allah pada kaum perempuan. Masa sakit nak bersalin banyak dosa yang Allah ampunkan. Baby dalam perut ni amanah dari Tuhan. Apa apa yang terjadi semua takdirNya. Just think positive. Kita doakan yang terbaik, selainnya kerja Allah.”
Najlah tertegun. Sejak bila suami aku pandai berceramah hal agama. Bukanlah nak kata Adham teruk tapi …
“ I dengar radio IKIM on the way ke sini tadi. What a coincidence” jelas Adham membaca riak wajah Najlah.
“ Actually I memang dah suspect you are pregnant. Sebelum kita perang besar angkara Liza lagi. Cuma I tak berani nak cakap.” kata Adham sambil memanaskan enjin.
“ Macam mana you boleh tahu tuan doctor Ibrahim Adham? I sendiri tak rasa apa apa perbezaan.” Najlah mengangkat kening.
“ You nampak berseri, glowing. And… “ Matanya melirik tubuh Najlah.
“ What?”
“ Your body is sexier. Certain parts nampak lebih uuummph” Lengannya menjadi sasaran cubitan Najlah.
“ Cepatlah drive. Nanti lambat sampai ofis. I ambil time off saja bukan cuti. Bising pula Puan Azura nanti. Puan Azura pun bukan suka orang ambil time off.”
Jari telunjuk di goyang depan muka Najlah “ Ingat apa kata Dr Maziah. Jangan kerja kuat sangat. Sekarang dah pukul 12. Kita makan dulu pastu balik ofis. I nak you makan ikut waktu. Jangan kerja sampai lupa waktu lunch, pastu makan junk food. I nak buang semua stok Mr Potato dan Cheezels dalam laci you. Goreng pisang, keropok lekor dan cekodok pun jangan makan selalu. Minyak yang Makcik An guna tu dah recycle banyak kali.”
Mana boleh, gerai Makcik An di sebelah ofis itu sasaran wajib waktu petang. Najlah membuka mulut untuk memprotes sebelum jari Adham hinggap di bibirnya
“ No..No.. jangan melawan. You want what is best for the baby kan? Baby dalam perut tu teringin nak makan pasta di Italiannies” Adham melencong ke arah One Utama. Banyaklah si Yem ni… baby dalam perut atau baby tua yang teringin?
Tapi airliur Najlah kecur bila terbayang roti focacia yang lembut dan panas di cicah dengan minyak zaitun. “ Okay boss”
………………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
malam nanti smiley sambung lagi
kang pecah rekod pula ... rumah yg paling pendek dlm sejarah WR |
|
|
|
|
|
|
|
salam
wahhh akhirnya ade gak sambungan
makaseh TT
terubat windu pada yem n najlah |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya...dapat baca n3 panjang2nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila aku keje kat 4 season otel nih?
bunick Post at 20-7-2010 14:41
pantang nampak nama tu je...ko tak ingat ko ada buat part time nak kumpul duit gi ireland beli cadal... |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm.. sedapnye nyeeeeeeeeeee Italianaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bahgia2.... |
|
|
|
|
|
|
|
malam nanti smiley sambung lagi
kang pecah rekod pula ... rumah yg paling pendek dlm sejarah WR
sang_arjuna Post at 20-7-2010 14:44
biler lagi nak pecah rekodnya.... rumah terpanjang dah banyak...skrg rumah terkontot la... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|