CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3105|Reply: 17

Petua Memilih Kereta Dari Perspektif Islam.

[Copy link]
Post time 12-12-2009 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Artikel ni menarik, sesuai utk majoriti kita di sini...ialah, dalam pada kita berseronok berkenderaan, make -up kereta, kita kadang kadang perlu go to basic....dan Islam itu syumul, hatta dlm pembelian kereta pun ada cara caranya...

Artikel ini panjang, so take time utk baca dan hayatinya..Insya Allah tidak rugi guna sedikit masa kita membaca bahan sebegini sekali sekala..

Mari kita hayati artikel ini ya :



Petua memilih kereta
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN


HADIS Rasulullah SAW di atas menjelaskan unsur-unsur kebahagiaan dalam diri seseorang. Seseorang lelaki yang mempunyai isteri solehah atau seorang perempuan yang mempunyai suami yang soleh, mereka mempunyai rumah yang selesa untuk didiami, mempunyai jiran yang baik untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian dan mempunyai kenderaan yang selesa dan tidak berlaku masalah atau kerosakan ketika dalam perjalanan adalah orang yang bahagia dalam hidupnya.


Dalam hadis itu juga, baginda menyenaraikan memiliki kenderaan yang selesa yang boleh digunakan tanpa memberikan masalah adalah salah satu daripada tanda kebahagiaan.

Justeru seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dan tepat untuk membeli kenderaan agar ia benar-benar memberi kebahagiaan dan bukannya menambah pening kepala.

Kenderaan yang dimiliki menerusi kaedah pemilikan yang betul diiktiraf sebagai harta kepada individu yang memilikinya. Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah.

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dalam kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.

Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.

Untuk memiliki sebuah kenderaan seseorang perlu mempunyai sejumlah wang yang mencukupi. Untuk memiliki wang yang cukup seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dalam menguruskan kewangannya.

Perancangan yang betul dalam menguruskan kewangan akan membantu seseorang itu memperolehi gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkannya mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup dengan memahami keutamaan (aulawiyat) menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki.

Dalam memiliki harta Islam amat menitikberatkan bagaimana harta itu diperolehi. Ia hendaklah menerusi kaedah pemilikan yang sah seperti menerusi jual beli, hadiah, sedekah dan sebagainya.

Maka dalam konteks ini, perkara utama dan pertama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap individu yang hendak membeli kenderaan ialah memastikan kaedah pemilikannya mestilah menerusi kaedah yang betul dan disahkan oleh Islam.
Pembelian dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan adalah kaedah yang popular berbanding dengan pembelian tunai khususnya yang berkaitan dengan pembelian kereta.

Bagi seorang pembeli muslim memilih pembiayaan secara Islam adalah satu kewajipan. Sebabnya kaedah pinjaman membeli kenderaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti riba.

Riba haram di sisi Islam dan ia dikategorikan sebagai salah satu daripada dosa besar seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Allah SWT menyifatkan mereka yang enggan meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278 ).

Dosa riba ini kesannya bukan hanya ke atas orang Islam sahaja malah bahangnya turut menimpa orang bukan Islam kerana riba itu jelas satu bentuk penindasan dan kezaliman. Sehingga wajarlah Allah memberi pelbagai ancaman, antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 275.

Nabi SAW juga sangat keras ancamannya terhadap dosa riba antaranya baginda bersabda ertinya: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya" (Riwayat Ibn Majah).

Membeli kenderaan baru atau terpakai memerlukan seseorang itu membuat perancangan. Namun tidak ramai bakal pembeli kereta misalnya yang bersedia membuat perancangan.

Mungkin kerana terlalu gembira dan tidak sabar-sabar untuk memiliki kenderaan sendiri membuatkan seseorang tidak begitu memberi perhatian kepada aspek-aspek penting sebelum membeli sebuah kereta.

Malah ada yang berpandangan kenapa perlu menyusahkan diri membuat perancangan, yang penting dapat kereta seperti yang diidamkan. Walau apa pun alasan, perancangan adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan sebagaimana pepatah "jika gagal merancang, seseorang itu merancang untuk gagal".

Berikut antara panduan mudah sebelum seseorang membuat keputusan adalah pemilihan model kereta.

Jangan memilih model-model yang pelik, yang jarang digunakan kerana model-model berkenaan kemungkinan sukar dijual semula, nilai jual semula yang rendah, kemungkinan alat gantinya susah serta mahal untuk mendapatkannya dan kemungkinan kos menyelenggara juga tinggi.


Nilai
Pilihlah model yang banyak digunakan dan yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi.

Perkara keduanya ialah berkaitan dengan harga, bayaran muka dan jumlah bayaran bulanan. Aspek ini penting untuk memastikan kenderaan berkenaan mampu dimiliki, dapat membuat analisis beban kewangan yang bakal ditanggung dan dapat memilih institusi yang menawarkan kemudahan pembiayaan yang kompetitif.


Aspek seterusnya adalah yang berkaitan dengan perundangan dan segala dokumentasi yang berkaitan. Ini bagi memastikan bakal pembeli memahami hak dan tanggungjawab dari sudut undang-undang apabila membuat pembiayaan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Aspek ini juga banyak yang ambil mudah, tidak ramai yang membaca dan cuba memahami segala butir-butir yang tercatat dalam semua dokumen pembiayaan.
Walau excited atau apa pun alasannya, bakal pembeli perlu faham, jelas dan tahu akan hak dan tanggungjawabnya, sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Dalam konteks Sistem Kewangan Islam di Malaysia, institusi kewangan Islam tidak ketinggalan menawarkan kemudahan pembiayaan membeli kenderaan khususnya kereta.

Ada dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam iaitu Bai Bithaman Ajil (BBA) dan Al Ijarah Thumma Al Bai (AITAB). Kaedah pembiayaan menerusi kaedah AITAB lebih popular berbanding BBA.

AITAB atau sewa kemudian jual lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai' (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.

Tujuan AITAB adalah membantu pelanggan mendapatkan aset yang dikehendaki dan mendapatkan wang tunai.

Menerusi AITAB ini sebagai contoh pelanggan akan memilih kereta yang ingin dibeli. Kemudian, pelanggan berkenaan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut daripada institusi kewangan, pelanggan biasanya membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.

Pihak institusi kewangan akan menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual. Setelah itu, penjual akan memindahkan hak milik kereta berkenaan kepada pihak bank. Kemudian pihak bank akan memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan untuk tempoh yang dipersetujui.

Pelanggan akan membayar sewa ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.

Kaedah BBA pula ialah tidak jauh bezanya dengan pembiayaan untuk membeli rumah. Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih kenderaan yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan.

Pihak bank akan membeli kenderaan tersebut daripada penjual secara tunai dan kenderaan tersebut telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual kenderaan berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui.

Hak milik kenderaan tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Semua kenderaan berenjin di negara ini diwajibkan memiliki perlindungan insurans atau takaful sama ada perlindungan komprehensif atau sekurang-kurangnya perlindungan pihak ketiga.

Tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful merupakan satu kesalahan undang-undang.


Janganlah kita semua tertipu dengan banyaknya bank-bank riba, jangan pula tertipu dengan tersebarnya muamalah riba ini di setiap tempat, serta banyaknya orang yang bermuamalah bersamanya, kerana yang demikian bukanlah dalil akan bolehnya muamalah ini. Akan tetapi itulah sebenarnya adalah dalil yang menunjukkan banyaknya orang yang berpaling dari perintah Allah serta menyelisihi syariat-Nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 06:12 PM | Show all posts
Artikel ni menarik, sesuai utk majoriti kita di sini...ialah, dalam pada kita berseronok berkenderaan, make -up kereta, kita kadang kadang perlu go to basic....dan Islam itu syumul, hatta dlm pembelia ...
RedDevils Post at 12-12-2009 18:06


Kalau nak beli tak berhutang, dapat le keta buruk. Asalkan empunya asal jaga elok, kira berbaloi le beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 06:17 PM | Show all posts
Kalau nak beli tak berhutang, dapat le keta buruk. Asalkan empunya asal jaga elok, kira berbaloi le beli.
HarizAzhari Post at 12-12-2009 18:12


tak jugak.

ustaz aku dulu, gigih menabung wang...lepas tu beli proton saga (time tu ~ RM20,000 kot harganya, brand new) secara cash..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 06:22 PM | Show all posts
tak jugak.

ustaz aku dulu, gigih menabung wang...lepas tu beli proton saga (time tu ~ RM20,000 kot harganya, brand new) secara cash..
RedDevils Post at 12-12-2009 18:17


Memang le, kalau tak ambik kemudahan kredit, berapa lama nak boleh kumpul RM20k tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 07:29 PM | Show all posts
nak kumpul 20 k.. dah pencen kot baru dapat keta
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 07:49 PM | Show all posts
doktot dh ade keta lom?

kalo dh ada, doktot beli cash ker? wow!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 07:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by mycos79 at 12-12-2009 20:00

..beli kereta dr sumber yg halal...br berkat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 07:52 PM | Show all posts
doktot dh ade keta lom?

kalo dh ada, doktot beli cash ker? wow!!!!
iza_yuss Post at 12-12-2009 19:49


I belikan myvi my wife tu aje yg cash..

Kereta lain tu hutangggggg...mano ado duit byk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 07:54 PM | Show all posts
6# iza_yuss
kaka Iza, tak semestinya kena beli cash, kan ader pinjaman cara Islam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 07:56 PM | Show all posts
5# True-X
Cik True, sain ambo kalu 20K tu seminggu gaji dia
apa biznez dia buat, ada lah...tapi bukan gigolo lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 07:58 PM | Show all posts
I belikan myvi my wife tu aje yg cash..

Kereta lain tu hutangggggg...mano ado duit byk..
RedDevils Post at 12-12-2009 19:52


same la kiterrr

utang x abih2

ni nanti nak beli umah plak.......tambah lagi utang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 08:04 PM | Show all posts
Untuk memiliki sebuah kenderaan seseorang perlu mempunyai sejumlah wang yang mencukupi. Untuk memiliki wang yang cukup seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dalam menguruskan kewangannya.

so, boleh citer tentang pengurusan kewangan yg betul utk beli keta ka, umah ka, melancong ka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:04 PM | Show all posts
mcm mn petua memilih komputer dan melayari internet dr perspektif islam plk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 09:08 PM | Show all posts
mcm mn petua memilih komputer dan melayari internet dr perspektif islam plk?
otai_g Post at 12-12-2009 21:04


cuba masuk dlm bod komputer, tengok ada tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:34 PM | Show all posts
klu nak menabung baru boleh beli moto/kete kene tggu 2-3taun tuk beli moto....20taun tuk beli kete.....ada le loan kete islamic? bank islam ada buat ke? yg byk konventional jek.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 09:43 PM | Show all posts
15# 220796

I amik islamic loan dgn hong leong lagi..

dah byk konvensional bank yg ada division islamic..carik la

memang ada yg kata, tak purely ikut hukum muamalat la..

tapi, at least kita dah berusaha mencari yg terbaik, yg ni dalam kawalan kita semasa mencari loan..

yg diluar kawalan tu, semoga Allah ampunkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 09:45 PM | Show all posts
16# RedDevils

dh tlepas beli guna loan PB.....sbb aritu mcm xde jek....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 03:17 PM | Show all posts
Adeh nak beli cash? Bila la nak cukup duit nak beli R35 nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074294 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list