View: 4704|Reply: 25
|
Sanggupkah anda mengguna bahan api biojisim untuk kenderaan anda?
[Copy link]
|
|
Tenaga yang boleh diperbaharui - Biofuel (biodiesel, bioethanol) - Adakah rakyat Malaysia boleh menerima bahan api itu?
Biofuel (Bahan api daripada bio-jisim, contohnya daripada minyak kelapasawit) seperti biodiesel dan bioethanol merupakan salah satu tenagayang boleh diperbaharui untuk menggantikan petroleum dalam kenderaankita. Ia dipercayai akan mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijauseperti CO2 yang mengakibatkan "global warming" dan perubahan iklimluar biasa.
Bagaimanapun, biofuel merupakan tenaga yang lebih mahal. Di EuropeanUnion, polisi telah ditetapkan iaitu 10% daripada bahan api digunakandalam kenderaan mesti daripada biofuel. Subsidi dan insentif telahdiberikan untuk membantu biofuel. Malaysia sebagai pengeluar minyakkelapa sawit yang kedua terbesar di dunia, mempunyai keunggulan untukmenghasilkan biodiesel untuk kegunaan tempatan dan eksport. Tetapi,adakah Malaysia juga bersedia untuk biofuel?
Surveyini direka oleh pelajar-pelajar USM untuk menyelidik keadaan dan responrakyat-rakyat Malaysia terhadap biofuel. Harap tuan-tuan dan puan-puanboleh memberi sedikit masa untuk menyiapkan survey itu.
http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHJBaklJY2gwSmJGcndFRWoxblRjMVE6MA
Terima kasih untuk menyiapkan survey ini! |
|
|
|
|
|
|
|
1# phantom1985
Kalu pakai minyak ni pembakaran die elok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau keta petrol, kena tambah bioethanol ek? |
|
|
|
|
|
|
|
baik tiru australia...
buat tenaga solar...
kete pun pakat isi elektrik pakai plug je tapi ade stesen electric fuel la....
tenaga elctric boleh disimpan menggunakan tindakbals kimia....
tengok lam discovery channel..
lagi murah.. kos pengendalian dan selenggara yang murah... harga pun muirah... lebih mesra alam... |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya biofuel dicampur dengan petrol dari 5 - 10%. Di Brazil hampir seluruh ngr campur dengan ethanol.. enjin tak ada masalah, tetapi perlu modifikasi sikit.
pawang buaya:
ya, tapi kosnya tinggi. jikalau kirakan tenaga petrol digunakan untuk menghasilkan kereta itu, adakah kereta tu alam mesra lagi? tenaga petrol digunakan dalam penghasilan enjin (electricity, menghasilkan haba, etc..) perlulah dikira seluruhnya... tapi solar memang salah satu option yang baik. masalah kedua ialah cuaca malaysia yang 1/3 adalah musim hujan.. jadilah masalah untuk solar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.. project USM ker...
Under Dr Zainal ker..... kat Kampus Transkerian.
Aku tak kesah, tapi nak tau gak kalau mahal berapa mahal dari RON95 sekarang.
Then apa kesan kat kereta, apa jenis adjustment nak kena buat kat engine.
Dari segi fuel consumption berbanding RON95 sekarang mcm mana plak.
byk benda nak kena ambik tahu... kalu takat alam sekitar makin OK tapi poket rakyat makin rabak.... tak menjadi gak kalu nak implementation.
Kalu guna biodisel dari kelapa sawit.... apa kesan kat minyak masak sawit.
adakah harga dia akan naik, sbb sebahagian buah sawit nanti akan digunakan utk buat minyak kereta. Tak pasal2 harga makanan pulak naik. kemudian harga pengangkutan awam pun cari alsan utk naik tambang.
Aku cuma bimbang kesan dari segi ekonomi secara keseluruhan jer... sbb matlamat guna biodisel nie semata-mata utk alam sekitar yg hanya menyumbang beberapa percent tapi kesan negatif lebih besar.
Patut ada buat kajian, berapa percent pencemaran CO2 ke alam sekitar berpunca dari pengunaan bahan api sekarang nie.... then buat pareto n ambik penyumbang terbesar or 80% penyumbang utama... baru ada kesan dalam mengawal alam sekitar.
Serupa rasuah laa..... dok tangkap yg ikan bilis jer.... tapi yg jerung2 tuu dok melilau lagik tak guna gak.
P/s: walaumacam manapun, kalu ini tesis korang.. takper laa.... buat jer laa walaupun kesan penambahbaikan sikit, at least sebagai menambah ilmu pengetahuan dan perkembangan technology kat malaysia. Good luck |
|
|
|
|
|
|
|
glamor kejap dr zainal sanusi kat benang ni...hhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
i sanggup,, europe country dah pkai lama dah biodiesel ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau murah & berbaloi guna ajer..
kat malaysia ni yang penting MURAH dan tak memudaratkan kenderaan
+ senang nak dapatkan ( byk stesen ) |
|
|
|
|
|
|
|
glamor kejap dr zainal sanusi kat benang ni...hhuhu
mulutcomel Post at 5-12-2009 17:17
Dr Zainal Sanusi....????
berapa banyak punya Dr Zainal daa kat USM transkerian....
Aku maksudkan Dr Zainal yg jadik dekan School Mechanical dulu... mcm mamak tuu....
setahu aku dia byk buat research pasai alternatif energy resource... |
|
|
|
|
|
|
|
for me, sebenarnya tak elok guna benda yang selalu dijadikan bahan makanan kepada bahan bakar. Contohnya kelapa sawit, kalau kelapa sawit dijadikan bahan bakar, and banyak orang guna, harga minyak sawit ni akan melambung menyebabkan harga makanan berasaskan sawit pon mencanak naik. Tak salah aku, inilah sbb kenapa pak lah stop pembuatan biodiesel 1-2 tahun dulu, cakap bagai nak rak, tapi last2 kensel.
Aku lebih prefer kalau diorang gunakan used cooking oil/greese sebagai bahan biodiesel, aku ada tgk hal ni dalam Invention Nation kat Discovery Science Astro. Sbb minyak2 tu dah digunakan, jadi dah takde value lepas tu, so murah la kalau nak convert ke biodiesel. |
|
|
|
|
|
|
|
for me, sebenarnya tak elok guna benda yang selalu dijadikan bahan makanan kepada bahan bakar. Contohnya kelapa sawit, kalau kelapa sawit dijadikan bahan bakar, and banyak orang guna, harga minyak saw ...
dCrook Post at 5-12-2009 22:42
i sokong kalu minyak sawit melambung tiggi, sbb boleh tolong kebnyakakan penanam klpa sawit yg majoritinya org kg, bila lagi nak bantu kehidupan dorang, |
|
|
|
|
|
|
|
i sokong kalu minyak sawit melambung tiggi, sbb boleh tolong kebnyakakan penanam klpa sawit yg majoritinya org kg, bila lagi nak bantu kehidupan dorang,
AHMADVW Post at 5-12-2009 23:37
Pasti kaa penanam kelapa sawit boleh untung lebih..????
Aku takut org tengah atau pemborong jer g untung lebih....
Cuba tgk org yg dok tanam padi kat malaysia nie... mana ada yg millionare.... walaupun rakyat malaysia semua makan nasi...
Aku cuma bimbang harga makanan akan naik... kemudian habis effect semua... mcm bullwip effect (betul ker ... term yg aku guna nie...)
Kalu boleh guna minyak masak yg dah diguna tuh aku rasa ok.... kalu depa dapat cari formula laa nak guna semula cam mana.....
tapi utk mass production quite difficult. sbb susah nak dapatkan minyak dan byk kerja mengumpul nak kena buat. takut minyak petrol laa plak naik melambung semata2 nak elakan pencemaran yg improve just beberapa percent... (mungkin kita pun tak dapat rasa effect dia) |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. banyak cadangan dan bincangan di sini.. sememangnya, ada banyak analisis yang dijalankan untuk menyelidik net CO2 emission ke atmosfera.. jikalau banding dengan minyak dari europa, minyak kelapa sawit mempunyai sumbangan yang tidak dapat dibandingi, sebab produktiviti yang tinggi itulah per hectar tanah.
tapi jikalau ingin banding dengan makanan, sampai skrg belum ada apa-apa solution untuk ni. bagaimanapun, EU telah mandate 10% biofuel dalam kenderaan dalam 10 tahun kemudian! itulah masalahnya, minyak kelapa sawit adalah candidate terbaik tapi mereka enggan menerima minyak kelapa sawit. mereka cakap, kelapa sawit musnahkan hutan. tapi malaysia mempunyai 50% lebih hutan simpanan. mereka apa pun tak ada. pengalaman ku di MPOC conference bulan october ni, i nampak CEO MPOC, Tan Sri Yusof Basiron berdebat hebat dengan "pakar-pakar" dari europe. mereka "saintis" disponsor dan disuap oleh politicians dan capitalists. Apatu jikalau mereka menghapuskan hutan mereka sendiri untuk menjadi negara maju tapi halangkan kita daripada membuat demikian.
sebagai rakyat Malaysia, i selalu menyokong minyak kelapa sawit untuk diekspot ke europe. biarlah hutan kita masih disimpan, tapi mereka haruslah memusnahkan agriculture mereka untuk menanam balik hutan, sebagai compensation kepada dunia itu.
agree tak global warming diakibatkan oleh negara-negara barat itu..? |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. banyak cadangan dan bincangan di sini.. sememangnya, ada banyak analisis yang dijalankan untuk menyelidik net CO2 emission ke atmosfera.. jikalau banding dengan minyak dari europa, minyak kelap ...
phantom1985 Post at 6-12-2009 02:03
Pernah tak kajian kesan terhadap harga makanan kalu minyak sawit nih digunakan sebagai salah satu bahan dalam minyak petrol?
Sbb dalam masa sama sawit juga digunakan utk makanan.
Pasai global Warming tuh... aku rasa kena tahu dulu apa punca sebenar... sama ada pengangkutan ker... kilang ker... penghapusan hutan ker... atau lain2 yang menjadi punca utama... then baru boleh narrow down sapa yg penyumbang terbesar...
sbb dunia laa nie mengejar kemajuaan (duit)... alam sekitar n keselamatan no 2.
Cuba baca sejarah, mcm mana tamadun manusia berkembang. Manusia mula berkembang dengan falsafan then ilmu pengetahuan dan diikuti teknologi. Bila teknologi mula digunakan manusia mengalami byk kesan sampingan terhadap kesihatan n alam sekitar. Bila masalah nie timbul baru kalut nak cari solution tapi dah terlambat dah byk nyawa terkorban. Bukan tak suka teknologi, tapi masalahnya perkembang teknologi tak seiringan dengan perkembangan rohaniah manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tak kajian kesan terhadap harga makanan kalu minyak sawit nih digunakan sebagai salah satu bahan dalam minyak petrol?
Sbb dalam masa sama sawit juga digunakan utk makanan.
Pasai global ...
satrianaga Post at 6-12-2009 03:02
Ya.. bagaimanapun, petrol akan habis juga. jikalau manusia masih menggunakan tenaga di kadar sekarang, boleh dijangka peperangan berlaku untuk merebut petrol yang tertinggal itu, dan yang tidak berupaya akan dilupakan. jadi itulah yang penting untuk memastikan negara kita sentiasa membuat penyelidikan untuk menghasilkan fuel sendiri, yang tuhan mengkurniai kita, iaitu minyak kelapa sawit, yang tidak akan habis. pada hari kehabisan petrol, kita masih dapat survive dengan tenaga sendiri, tanpa bergantung kepada kuasa luar yang mungking berlaku penjajahan dari segi tenaga, ekonomi atau pun dengan tentera.
fikirlah jika hari itu dah sampai, tak ada petrol lagi di Malaysia, dan semua petrol dikawal oleh kuasa-kuasa besar, apa kedudukan Malaysia? beli petrol yang mahal seperti emas, atau guna minyak sendiri untuk menjana kuasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya.. bagaimanapun, petrol akan habis juga. jikalau manusia masih menggunakan tenaga di kadar sekarang, boleh dijangka peperangan berlaku untuk merebut petrol yang tertinggal itu, dan yang tidak be ...
phantom1985 Post at 6-12-2009 12:46
Ya... memang petrol akan habis...
Tapi tenaga tak akan habis... sbb tenaga hanya boleh berubah bentuk, tetapi tidak boleh dimusnakan atau dicipta...
So, perlu ada kajian kebanyakkan sumber tenaga yg digunakan nie telah bertukar ke dalam benntuk apa???
Dan kemana semua tenaga nie pie setelah digunakan.... dan macam mana kita nak kumpul semula tenaga yg telah digunakan nie....
Disebabkan kita tak pandai nak manipulate pembaziran tenaga nie n recycle balik tenaga yg digunakan maka aku rasa ia byk menyumbang kepada Global warming. sbb semua tenaga nie bebas ke persekitaran tanpa dikawal dalam bentuk haba.
Cth kita tgk penebangan pokok yg digantikan dengan bangunan. Fungsi pokok tersebut telah dibatalkan dan bangunan dibina. Dalam masa yg sama menyumbang kepada peningkatan suhu kesan dari balikan haba dan dalam masa yg sama sewaktu mereka bentuk bangunan tak diambil kira ciri2 yg boleh mengantikan fungsi pokok untuk menyerap haba dari persekitaran dan digunakan untuk menafaat manusia. Kita cuma nampak kesan pembangunan nie setelah semua tersedia depan mata, tapi terlalu sedikit kajian tentang kesan setiap tindakan yg bakal kita buat. Kita lebih tumpukan kepada mengkaji kesan baik kepada manusia tapi kesan buruk kita abaikan. patut perlu ada pertimbangan antara kesan baik dan buruk sesuatu perkara sebelum ia dilaksanakan.
Sama jugak dengan penggunaan biodisel. Pasti ada kesan baik dan buruk. Pertimbangan antara kedua kesan perlu dilakukan. Mungkin secara zahirnya kita nampak lebih kepada kebaikan tapi apa yg tersirat disebalik perubahan tuu.... bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
erm... itulah manusia.. satu spesis yang tidak sepatutnya berada di bumi sebab cara kehidupan kita memang berlanggar dengan bumi itu..
bagaimanapun, apa yang kita boleh buat adalah mengurangkan kesan buruk di samping itu. rujuklah phrase daripada Teng Xiao Ping, pemimpin china yang membangunkan negara itu --- "menyeberangi sugai dengan menyentuh batu-bata disekeliling" .. memang kita tak dapat mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan, tapi biarlah kami menguji apa yang kita boleh buat.. mungkin satu hari kita dapat cari satu teknologi lebih canggih untuk biodiesel itu... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus tu phantom 1985 i sokong u |
|
|
|
|
|
|
| |
|