View: 2646|Reply: 2
|
Jemputan untuk saksikan Formula Drift Challenge di tapak MAEPS
[Copy link]
|
|
Salam tuan mod tumpang lalu nak buat jemputan untuk drift event....
JAGUH drift negara berazam mahu mengukir nama pada Kejuaraan Goodyear Formula Drift Malaysia yang berlangsung pada 19 hingga 20 Disember ini.
Lokasi perlumbaan yang buat julung kali diadakan di Malaysia itu ialah di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor.
Lebih 50 pemandu dari Jepun, New Zealand, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Singapura akan memeriahkan kejuaraan yang memerlukan kemahiran tinggi dalam mengawal kenderaan empat roda.
PEMANDU drift wanita, Jane Cheah (kanan) turut beraksi pada Kejuaraan Goodyear Formula Drift Malaysia pada 19 Disember ini.
Perlumbaan di Malaysia adalah pusingan ketiga selepas Singapura dan Thailand yang sudah pun berlangsung sebelum ini.
Ia adalah acara drift yang paling terkemuka di dunia dianjurkan bersama ESPN Star Sports dan Goodyear.
Pemandu drift yang menyertai perlumbaan tersebut akan memancu kenderaan pacuan belakang hingga ke tahap maksimum, melaksanakan pelbagai aksi mendebarkan sambil mengekalkan kawalan kenderaan dalam keadaan yang amat tepat.
Meskipun ia akan disertai beberapa jaguh drift antarabangsa, namun ia tidak melunturkan semangat pemandu negara, Sean Khoo, 38.
YOONG CHERNG dan Sean Khoo (kanan) yakin untuk memberi kejutan meskipun berhadapan saingan sengit.
Sean yang sudah lima tahun menikmati pengalaman dalam drift yakin untuk memberi kejutan pada kejuaraan tersebut meskipun persaingan adalah sengit.
Menurutnya, pengalaman selama lima tahun dalam perlumbaan drift akan membantunya untuk mencipta kejutan.
"Saya telah membuat persediaan rapi khsuusnya daripada segi penyediaan kereta dan pengubahsuaiannya.
"Setakat ini kereta saya berada pada tahap yang sangat memuaskan," katanya yang akan memandu kereta Nissan Silvia S13.
Sejak berkecimpung dalam perlumbaan drift, pencapaian terbaik Sean ialah menduduki tempat ketiga pada Kejuaraan Star Drift di Melaka tiga tahun lalu.
Mengenai sasaran katanya, dia berusaha untuk berada dalam kelompok empat teratas meskipun menyedari bakal berhadapan saingan daripada pemandu antarabangsa.
"Saya akui perlumbaan ini agak sukar namun diharap nasib akan menyebelahi saya. Saya menduduki tempat ke-16 pada perlumbaan pusingan pertama di Singapura pada November lalu.
"encabar utama sudah pastinya pemandu dari New Zealand, Indonesia dan Singapura yang sudah lama menceburkan diri dalam sukan ini.
"Saya berasa teruja menyertai perlumbaan ini kerana ia adalah yang pertama di Malaysia. Ini adalah acara yang terunggul dalam sejarah sukan drift negara," katanya.
Katanya, kejayaan bukan sahaja untuk mengharumkan nama negara tetapi penaja yang telah banyak memberi sokongan.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Ee Yoong Cherng 31, berkata, dia berasa teruja menyertai perlumbaan ini lagipun ia pertama kali berlangsung di negara ini.
Menurutnya, dia telah menyertai latihan secukupnya serta sedang dalam persiapan terakhir untuk memastikan jentera berada pada tahap yang memuaskan.
"Jentera hampir siap sepenuhnya, cuma ada beberapa aspek yang perlu diperhalusi terutama pengubahsuaian bahagian dalam," katanya yang akan memandu kereta Nissan Skyline R32.
Beliau berkata, dia meletakkan sasaran untuk menjejak podium pada perlumbaan ini meskipun menyedari ia sukar.
"Tidak ada yang mustahil jika bekerja keras ke arah itu.
"Saya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman enam tahun dalam perlumbaan drift bagi melakar kejayaan pada saingan ini. Pada perlumbaan pusingan pertama di Singapura saya menduduki tempat ketujuh.
"Saya tidak beraksi pada pusingan kedua di Thailand kerana masalah kewangan. Saya berharap mampu memberi kejutan pada kejuaraan kali ini," katanya.
Beliau berkata, pencapaian terbaiknya sejak menceburkan diri dalam sukan ini ialah menduduki tempat kedua pada Kejuaraan Proton R3 Street di Litar Sepang pada tahun 2004.
Yoong memiliki pengalaman menjadi penganjur kejuaraan drift di Malaysia serta pernah terbabit melakukan aksi stunt untuk filem sensasi Evolusi KL Drift (1 dan 2).
Selain dua pelumba ini, pemandu negara lain yang akan beraksi pada kejuaraan ini termasuk Tengku Djan Tengku Mahaleel yang menjuarai pusingan 1 di Singapura baru-baru ini.
Turut beraksi ialah Mad Mike Whiddett (pemenang Formula Drift Thailand), Ariff Johanis, Ivan Lim dan peserta wanita, Jane Cheah.
more news at http://www.formuladrift.com.my/
* bersebelahan dengan tapak bazaar maeps...pengunjung tidak perlu pening kepala untuk bab makan dan minum... ;D |
|
|
|
|
|
|
|
Hangit le Mardi............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|