View: 2943|Reply: 15
|
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
[Copy link]
|
|
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telahmenganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu RasulullahS.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akanAl-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan iabertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membacaakan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dankamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernahmembacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yangpernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" LaluAl-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pulayang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walauberlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kamimemperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberiini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." |
|
|
|
|
|
|
|
1# MeanOne
saya dah qoute hadis ni kat thread....aku kah yg rugi...beserta hadis2 yg lain...yg berkaitan boleh rujuk kat thread tu for further info...ada ditekan kan tentang surah al baqarah dan surah al imran..surah ni jadi pembela kepada si pembacanya..dan saya baru jumpa satu lagi hadith..barang siapa yg membaca amin serentak dgn para malaikat...dosanya yg lalu diampunkan allah...
dan malam ni saya seronok sangat...anak sy baru sms dia tak jadi apply sime darby dia nak apply masuk darul quran...alhamdulillah..semoga dia jadi hafiz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w “Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w “Daripada Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” DaripadaAbdullah Bin Mas’ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“DaripadaIbnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.”
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
__._,_.___ |
|
|
|
|
|
|
|
dan malam ni saya seronok sangat...anak sy baru sms dia tak jadi apply sime darby dia nak apply masuk darul quran...alhamdulillah..semoga dia jadi hafiz..
Seronok kan dapat ibu yg penyayang macam u. 
walaupun i dah lama hafiz, i xpernah pun dapat support moral dari ibu i mcm u support anak u...
itulah naseb manusia, hati yg pilu &berserah diri...
i doakan semoga anak u jadi hafiz yg genius mcm imam syafi'ie RAH.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok kan dapat ibu yg penyayang macam u. 
walaupun i dah lama hafiz, i xpernah pun dapat support moral dari ibu i mcm u support anak u...
itulah naseb manusia, hati yg pilu &berserah diri ...
sirrikhafi Post at 14-10-2009 14:44 
salam,
happy dengar sirri seorang hafiz, kasih dan support ibu memang membahagiakan.. tapi apakah yg lebih indah daripada kasih sayang Allah. Kamu sungguh berbahagia dan itu juga harapan mom2003, moga anak2 yg masih kecik tuh akan mencintai dan berbahagia dgn Al-Quran. Insyaallah.
(Amin) |
|
|
|
|
|
|
|
waitttttttttt....
a) ni riwayat mana sumber mana
b) apakah sama
membaca Vs mempelajari Vs
sebab i nak tahu apakah membaca shj sudah cukup untuk mendapat itu atau mempelajari, dan bila kita kata mempelajari tu maksudnya apa?
i am curious... |
|
|
|
|
|
|
|
6# mbhcsf
hhmmm...
my IMO ..
kita belajar baru boleh membaca...
e.g, belajar a-b-c, baru kita boleh membaca..
mom lebih suka dengan TAHU vs FAHAM.
Tahu membaca adakah semestinya faham apa yang dibaca..
Kalau Faham, semestinya dia tau membaca..
hmm...pening juga mom sendiri  |
|
|
|
|
|
|
|
tahu tu rasanya lebih sesuai untuk perbuatan, contohnya "dia tahu menggoreng gitar"...
mannakala faham pulak untuk konseptual, contohnya "saya faham perasaan dia, mulut kata benci tapi hati kata suka"...
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
8# obelisk
yes.. betul-betul.
i meant in a wider context.. mcm, saya tau merokok membahayakan kesihatan.. *tapi hisap jugak lerr..*
Mungkinkah pemahamannya tak cukup utk prevent dia dari merokok..
** hmm.. this is more to slang kot eh?... **
Harapannya, semoga kita bukan sekadar tahu membaca Kitabullah tetapi tiada pemahaman yang dizahirkan dengan amalan seharian kita.
wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab i nak tahu apakah membaca shj sudah cukup untuk mendapat itu atau mempelajari, dan bila kita kata mempelajari tu maksudnya apa?
Di dlm AlQuran,
ALLAH menggunakan kalimah-kalimah bahasa arab yg amat jelas itu malah berbeza-beza pula kaedah penggunaan gaya bahasanya yg amat jelas itu supaya ia sentiasa relevan utk seluruh manusia di sepanjang zmn yaitu ALLAH menyebut perkataan membaca dgn kalimah YATLU/TILAWAH sedangkan perkataan memahami pula dgn kalimah YATAFAQQOHU/FIQH dan adapun perkataan mengambil pelajaran @ peringatan itu dgn kalimah YAZZAKKARU/ZIKR pula dan org-org yg mengetahui @ org-org yg mempunyai pengetahuan itu kadang-kadang di panggil dgn kalimah YA'LAMUN/ILMU @ AHLI ZIKR @ AL-LAZIINA UUTUL-'ILM @ AR-ROOSIKHUUNA FIL 'ILM dll lagi.
sungguh jelas semuanya dlm bahasa arab yg teramat jelas itu.
apa yg dapat kita fahamkan ialah:
membaca, memahami, mengambil peringatan dsbnya itu adalah perkara-perkara baik yg di tuntut di dlm AlQuran.
apa yg u curious sangat itu ? 
memang lah AlQuran itu sentiasa menggoda hati nurani &jiwa org-org yg berakal supaya utk lebih mendalami &memahami isi kandungannya menurut gaya bahasanya yg amat mendalam& yg amat luas itu.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Kamu sungguh berbahagia dan itu juga harapan mom2003, moga anak2 yg masih kecik tuh akan mencintai dan berbahagia dgn Al-Quran. Insyaallah.
Amin,
semoga anak akak termasuk dlm rancangan ALLAH utk memelihara kitab suci NYA.
bukan kerajaan shj yg ada "rancangan malaysia" nya,
ALLAH pun ada rancangan NYA tau..... 
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
11# sirrikhafi
wah kamu seorang hafiz...jelesnya..my parents bukan religious sangat sb tu saya mesti ubah cara pendidikan utk anak2 yg boleh menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat...
petang tadi dlm kereta dgr tazkirah pendek..sesiapa yg membaca seribu ayat al quran setiap malam, nescaya dia akan menemui allah di akhriat kelak dlm keadaan tersenyum2...then dibacakan hadith..bacalah surah al takasur..membaca surah ni menyamai membaca 1000 ayat al quran... |
|
|
|
|
|
|
|
5# mom2003
bayangkan di akhirat nanti ibu nya mendapat penghargaan hasil dari anak yg hafal al quran...la tahzan...walau apa pun kasih ibu tu sampai ke syurga? sometimes people dont know how to show their love but deep in their heart they love u trust me...apa lagi seorang ibu... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dlm rancangan wahyu radio klfm, ust tu ulas ayat tentang yajuj dan makjuj dari surah anbiya...balik terus buka kitab tafsir ibnu katsir sbb tak sabar nak tau kisahnya...kira zaman nabi dulu pun yajuj dan makjuj ni diceritakan macam hampir sangat berlaku...apa lagi waktu ni...kira anytime dia boleh keluar ke bumi ni...memusnahkan isi2nya...sib baik finally dia mati gak..cara mati tu allah hantar sekumpulan lintah mencucuk leher dan tengkuk mereka...i imagine like the movie i watched last time...ulat2 hitam ala lintah berjembik makan orang..gitu lah kut...benda ni dah diceritakan oleh nabi saw dan byk kali kita tgk movie keluar kisah makhluk asing mati cara mcm ni...made me wonders...
seronok sgt dpt beli kitab ni...bila ust zahazan bincang ayat lain di ikim saya selak nak tengok kesudahannya....tak sabar..dlm kitab tafsir ni ada cerita2 dari nabi...tentang sesuatu ayat tu..hadith2 di atas tu pun ada dlm kitab tafsir ni saya dah baca sblm ni..lagi tentang baca al quran tu ditulis di bahagian awal tafsir surah al baqarah...
saya cadangkan anda semua beli lah..majalah solusi terbaru ada iklan tapi rm800 satu set..nak murah beli dijakarta di tempatnya sendiri satu set rm200+ aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jakallah kerana sudi berkongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
(Luqman 31:33)
صدق الله العظيم  |
|
|
|
|
|
|
| |
|