CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34666|Reply: 40

[Merged] volvo S40 2.4

[Copy link]
Post time 6-12-2008 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Jenama continental - Volvo S40

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN






MENJADI jenama kereta continental di Malaysia tidaklah menjanjikan hari yang sentiasa cerah. Berada dalam pasaran yang dimonopoli oleh jentera keluaran Jepun, tempatan dan kini ditambah dengan kereta Korea serta China, hanya mereka yang benar-benar istimewa mampu untuk terus bertahan.

Ketepikan dahulu jenama gergasi dari Eropah seperti Mercedes Benz dan BMW. Ini kerana dua nama ini tidak mengalami masalah untuk memancing pembeli atas dasar prestij yang ditawarkannya.

Nasib itu bagaimanapun tidak terlalu menyebelahi jenama continental yang lain termasuklah Fiat, Renault, Alfa Romeo, Peugeot atau Volvo.

Selain harga dan kos penyelenggaraan yang dikatakan agak tinggi, masalah nilai jualan semula yang tidak memuaskan juga membuatkan ramai orang mengelak daripada memilikinya.


GRIL radiator yang lebih kemas.

Sedangkan kalau dinilai dari aspek ketahanan atau teknologi keselamatan yang ditawarkan, kereta-kereta ini pastinya lebih premium sifatnya.

Namun, di sebalik segala persepsi negatif tersebut, minat segelintir individu (sama ada pembeli baru atau lama) terhadap jenama continental sebenarnya tidak pernah padam.

Maka tidak hairanlah sekiranya, saban tahun kelompok kecil ini terus ditawarkan dengan produk-produk terbaru daripada jenama kesukaan masing-masing. Salah satu jenama continental yang begitu kompetitif ialah Volvo menerusi pengedarnya, Volvo Cars Sdn. Bhd.

Volvo Cars dilihat tidak pernah gagal menawarkan rangkaian produk Volvo yang sama sebagaimana di pasaran Eropah. Model-model seperti Volvo S60 2.0T dan S60 T5, S80 (2.5T dan 3.2), model coupe C30 2.4i, C70 2.4i dan C70 T5, SUV XC90 2.5T serta model wagon Volvo V50 2.4i dan V50 T5 tidak sesekali mengecewakan pemiliknya.


REKA bentuk lampu baru dengan spoiler nipis.

Bersaing dalam segmen sedan kompak premium, Volvo mempertaruhkan model S40. Lebih menarik lagi, harganya jauh lebih murah berbanding pesaing dalam liga yang sama.

Telah melalui proses facelift, Volvo S40 memberikan penampilan mengesankan tanpa perlu bersusah payah memasang bermacam aksesori tambahan.

Ditawarkan menerusi hanya satu varian iaitu enjin bersesaran 2.4 liter, Volvo S40 ini menerima sepasang lampu utama lebih nipis berbanding model sebelumnya.

Gril radiatornya sedikit lebar, digandingkan dengan bumper hadapan yang dipasang bersama sepasang lampu kabus di bahagian bawahnya.

Bahagian belakangnya pula ditata rias dengan rekaan lampu yang baru, di samping spoiler nipis dan antena. Reka bentuk Scandinavian itu disempurnakan lagi dengan set rim aloi Cordelia bersaiz 16 inci.



HITAM menjadi warna latar kabin Volvo S40.

Anda juga boleh menjadikan Volvo S40 di garaj itu lebih personal menerusi beberapa aksesori tulen yang ditawarkan. Pilih sahaja body kit, pedal sport dan rim aloi Atreus atau Medusa bersaiz 18 inci.

Banyak perkara yang akan anda sukai apabila masuk ke dalam kabin S40. Saya boleh katakan bahawa ruang kabin yang dilatari warna hitam ini mengaplikasikan ciri minimalis tanpa mengabaikan apa jua fungsi yang perlu ada dalam sebuah sedan premium.

Paling menyerlah ialah konsol tengah nipis atau floating console yang menjadi rekaan signatur kepada Volvo. Pemukaan konsol ini dihuni oleh tombol kawalan pendingin hawa dan unit audio yang membolehkan anda mengisi dan menukar enam keping CD (CD changer) pada satu-satu masa.

Pemandu juga boleh mengubah takat suhu pendingin untuk penumpang lain tanpa perlu mengubah talaan suhu yang keluar dari corong pendingin hawa berdekatan anda.

Bagi memberikan kedudukan terbaik ketika memandu, tempat duduk yang disalut laut dengan kulit berkualiti itu boleh diubahsuai kedudukannya dengan hanya menolak tombol yang ada di bahagian sisi.


KONSOL sistem audio.

Sementara stereng teleskopik boleh dinaik turun dan didekatkan kepada tubuh, bergantung sepenuhnya kepada keselesaan anda. Pemandu juga boleh mengetahui pelbagai maklumat berguna seperti purata penggunaan minyak, berapa kilometer boleh dicapai dengan petrol yang masih berbaki di dalam tangki.

Caranya, pulas sahaja tuil yang turut digunakan untuk menyalakan lampu isyarat membelok.

Saya sukakan ciri auto cruise yang ada pada S40. Memandu di lebuh raya dengan mengikut kelajuan yang ditetapkan memang memenatkan, tetapi dengan ciri ini ia membolehkan anda

Lagi pun, ia mudah dioperasikan. Cuma tekan butang Cruise di sebelah kiri stereng, apabila sudah tiba pada kelajuan yang diingini, tekan pula butang +. Talaan tersebut akan tidak diaktifkan sekiranya anda menekan brek atau pedal minyak. Jangan bimbang, anda hanya perlu menekan satu butang khas lain untuk kembali kepada talaan sebelumnya.

Dipadankan dengan transmisi Geartronic lima kelajuan, ia turut memberi peluang kepada anda untuk mengawal kedudukan secara manual.

Kebimbangan kerana terpaksa memandu keadaan hujan lebat berkurang kerana Volvo tidak pernah gagal dalam memberikan yang terbaik dari aspek keselamatan.


LAMPU digunakan pada cermin sisi.

Apatah lagi model ini dilengkapi dengan sistem brek ABS (Anti-lock braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution (EBD), STC (Stability and Traction Control), EBA (Emergency Brake Assistance), beg udara berkembar, WHIPS (Whiplash Protection System), SIPS (Side Impact Protection System), IC (Inflatable Curtain) dan banyak lagi.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu merah, perak dan hitam, tanda harga bagi S40 ialah RM169,500 seunit. Pandu uji ini sememangnya membuktikan kebenaran kata-kata Presiden Volvo Car Malaysia, Robert Norrman, “Sekali anda memiliki Volvo, anda akan memandunya sepanjang hayat.”




apa kata kawan baik aku si volvomania pasai S40 nih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 02:51 PM | Show all posts
aku mmg minat dua model nih.. c200 kompressor dengan s40 turbocharge..

kalo ikutkan harga lebih memihak pada s40.. tp kalo nak pakai volvo ni.. kena tahu kedai hafkat ngan pomen yg  boleh buat.. baru seronok pakai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 04:09 PM | Show all posts

Reply #2 Alt-F4's post

bukan senang nak carik pomen yg baguih untuk volvo nih.... utk pujo pun seksa gak  tapi kawan aku yg pakai pujo  kata ada satu kat sg besi  chan sow lin... kat situ pomen pujo murah!!   kat mana tu... wallahu a'alam.. aku tak penah pi sana lak...  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 04:28 PM | Show all posts
volvo resale value menjunam... kesian utk keta bagus dari negara ikea
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:08 PM | Show all posts

Reply #4 geng_tx's post

org m'sia ni mmg beli keta ikut resale value, bukan ikut 'value' keta tu ....
... kepuasan memandu, keselamatan, keselesaan, teknologi ... semua tu tak penting bg org m'sia. yg penting camne ahbeng blh modified nnt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:10 PM | Show all posts

Reply #4 geng_tx's post

Cuma model XC90 je yg agak baik dia punya resale value aku rasa....yg lain2 tu hancus.....
tp pada mana2 yg minat nak pakai keta ni for a long term...mmg berbaloi laaa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 07:15 PM | Show all posts
s40 ni w/pun dgn facelift baru tp harge makin murah .... masa memula dulu rege dlm 180k (w/o insurance). La ni dlm rm170k je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 6-12-2008 04:09 PM
bukan senang nak carik pomen yg baguih untuk volvo nih.... utk pujo pun seksa gak  tapi kawan aku yg pakai pujo  kata ada satu kat sg besi  chan sow lin... kat situ pomen pujo murah!!   kat mana  ...


tu lah.. sebenarnya naik keta konti ni dia ada port pomen ngan port part.. bila korang dah jumpa port2 tu... korang pakai keta konti ni mmg takde masalah..

mcm skang ni aku pakai benz w124 .. spare part bukan mahal pun.. brake pad blakang dua2 tayar baru rm110 sekali pasang, disk brake tayar depan dedua belah baru rm180.00, relay terbakar pun baru rm45.00, engine takde kerenah, top speed takde masalah, spare part pun bersepah2.. pomen pun tera gila babi.. so dia takkan charge mahal2.. sebab bg dia tu keta benz aku tu mcm kancil je dia punya charge.. kalo benz2 baru tu lain cerita la..

sebab tu aku rasa mcm nak pakai s40 nanti.. kalo takleh pakai kompressor la.. sebab s40 murah lagi ( yg model 2000 ).. body pun solid cantik.. safety mmg top.. tp sebelum beli kena cari port sesiap.. once dah jumpa.. mmg boleh beli lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 02:00 PM | Show all posts
kalau nak pakai volvo ni, jangan beli brand new...

beli clearing stock or demo unit, secondhand 1-2 tahun lepas model tu launch kat malaysia...

design still in the market (takde facelift or new replacement model) tapi harga almost 50% cheaper...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 7-12-2008 02:00 PM
kalau nak pakai volvo ni, jangan beli brand new...

beli clearing stock or demo unit, secondhand 1-2 tahun lepas model tu launch kat malaysia...

design still in the market (takde facelift or ...



betoi tu..  beli brand new mmg nak pitam tgk resale value.. baik tunggu sat.. pastu dah turun value baru beli.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:54 PM | Show all posts
Originally posted by Alt-F4 at 7-12-2008 08:09 AM


tu lah.. sebenarnya naik keta konti ni dia ada port pomen ngan port part.. bila korang dah jumpa port2 tu... korang pakai keta konti ni mmg takde masalah..

mcm skang ni aku pakai benz w124 ...


kat mana kedai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:56 PM | Show all posts
bang volvomania mane?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by zakiharun at 7-12-2008 10:54 PM


kat mana kedai tu?



disebabkan aku dok belah utara.. so aku k**u area2 utara je la..

kat sg petani ada bahagian pekan lama.. di alma bukit mertajam pun ada.. kalo pomen aku pegi kat sp la.. casic auto.. workmanship mmg class A1.. depa betoi2 tahu apa yg depa buat.. bukan mcm sesetengah pomen terhegeh2 nak trace masalah. kalo pegi kat depa je.. sekali ckp je depa tau tang mana rosak.. bila troubleshoot cepat dan mmg betul2 solve probs.

mmg rekemen kawan2 p workshop tu.. yg best towkey dia tak berapa kira ngan aku.. muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:17 PM | Show all posts

OK ke VolvoS40 2.4

Aku memang tak pernah suka Volvo..sebab bentuk kotak habis...
Tapi tak dinafikan ia antara kereta paling selamat(walaupun skrg Renault dah atasi rekod Volvo).

Tapi dgn keluarnya Volvo S40 baru tu, siap pulak dgn kit, kasi warna merah pulak, tergugat jugak aku tgk..
Harga 2nd hand memang merudum bila jual, tu pasal aku nak beli yg 2nd hand...

Soalan aku, ada sesiapa yg pakai jentera Sweeden ni?
Best kaaa?

Pls DO NOT COMPARE WITH BMW/MERCS..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 10:28 PM | Show all posts
boss aku baru je jual volvonya, makan duit ooooo, bila servis hal kecik2 pun sampai ribu riban.
harga jatuh merudum berbanding japan car. naik memang best.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:11 PM | Show all posts

Reply #1 RedDevils's post

pada aku volvo ok. kalo ko jenis tak kisah depreciation yg tinggi. bab maintanence tu kalo hantar SM atau FA mmgla kene sembelih. try tengok VOCM, diorang ader list worksyhop. bottom line, tepuk dada tanya selera.

ari tu, aku tengok  S60 2003 rm 6+,+++.00. cun gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2009 03:03 AM | Show all posts
volvo kereta mewah yg rare....

design x de lah kotak sangat... long distance mmg mantap
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 08:00 AM | Show all posts
pengalaman aku sekejap jek pakai 850 t5... best kalau penyelenggaraan yang baik... kalau nak di ikutkan memang tak ada masalah kalau rosak tu memang ler mahal sebab harga barangnya mahal kalau nak dibandingkan kereta jepun biasa ler tu... walaubagaimana pun option kan banyak kedai potong melambak ... so tepok dada tanyer selera ler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 12:10 PM | Show all posts

Reply #5 MaxSteel's post

aku ingat lagi, masa around 1995 aku darjah 5. bapak aku baru beli 850 warna biru gelap. first time aku tengok fuiyooh besar nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 01:00 PM | Show all posts

Balas #1 RedDevils\ catat

reddevils..

pesananku adalah..

KO BELI JER...

beli yg 2nd hand lagi bagus..murah pun murah..tak terasa sangat depreciationnya..
aku dah lama pakai volvo..member2 aku semua pun dah aku racun pakai bolbo..
sblm pakai bolbo aku pakai bimmer lama & merc bapak aku..

nak tanya pasal S40,S60,S80 & 240,340,740,850,S70,940,960 & S90, sila ke www.vocm.com.my
ramai kaum kat situ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.373596 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list