View: 6201|Reply: 25
|
ATM : institusi paling dipercayai di malaysia
[Copy link]
|
|
Tangguh beli Eurocopter tidak jejas kredibiliti ATM
Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan kerajaan menangguhkan pembelian 12 unithelikopter Eurocopter EC725 tidak menjejaskan kesiapsiagaan AngkatanTentera Malaysia (ATM).
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, dalam keadaannegara yang aman seperti sekarang, perkhidmatan helikopter Nuri yangmampu digunakan sehingga tahun 2015 adalah memadai.
''Kita telah gunakan Nuri sejak zaman pemberontakan komunis lagi dan ia terbukti berkesan sehingga sekarang.
''Jadi kita (ATM) akur dengan keputusan penangguhan kerajaan ituberdasarkan kemampuan kewangan negara," katanya pada sidang akhbarselepas menerima tabik hormat Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-75 diKem Sungai Besi di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad IsmailJamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul AzizJaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Pada 28 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawimengumumkan pembelian helikopter itu ditangguh sebagai langkah berjimatcermat berikutan krisis kewangan dunia.
Abdul Aziz memberitahu, perancangan pembelian Eurocopter adalah sebagainilai tambah kepada aset-aset ATM khususnya Tentera Udara DirajaMalaysia (TUDM) seperti dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat.
''Jika kita perlukan helikopter sebegitu, Nuri masih ada dan ia bolehdisokong oleh pesawat milik agensi lain seperti bomba, polis sertaAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kematangan ATM terbuktisetelah dipilih sebagai 'Institusi Paling Dipercayai di Malaysia' hasilkajian Asia Barometer Survey baru-baru ini.
Beliau memberitahu, pengiktirafan itu adalah bukti keyakinan orang awamterhadap integriti dan keupayaan ATM sesuai dengan tema sambutan hariulang tahunnya iaitu 'Komitmen Kami, Keyakinan Anda'.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, penugasan aset serta para pegawaidan anggota ATM yang kini mengawal keselamatan laluan kapal-kapaldagang Malaysia di perairan Teluk Aden, Somalia akan berakhir padahujung bulan ini.
Dalam pada itu, perbarisan Jubli Intan ATM hari ini menampilkan 56pegawai dan 691 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tigaperkhidmatan darat, laut serta udara yang diketuai oleh LeftenanKolonel Romainor Mohamed.
Perbarisan itu turut menampilkan aset-aset ATM yang digunakan sejak awal penubuhannya sehingga sekarang.
ATM boleh
[ Last edited by tangopapa at 7-11-2008 11:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg paling trustworthy, apolitical. Professional to the core!
Itulah satu2nya organisasi & institusi awam yg mana kesetiaan bukan pd Gomen yg memerintah, tp pd yg DYMM Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agong.
DAULAT TUANKU!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tangopapa's post
ingatkan Ask The Men tadi...suspen jer |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 matlampir\ catat
sorry...tgk buletin utama tadi. PAT bg ucapan kata ATM institusi yang paling dipercayai di malaysia oleh agensi survey ape tah |
|
|
|
|
|
|
|
off record.
tetapi ia tidak melibatkan aktiviti yg dijalankan oleh jerung perkasa terhdp pembelian brg brg ATM.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangguh beli Eurocopter tidak jejas kredibiliti ATM
Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan kerajaan menangguhkan pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 tidak menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, dalam keadaan negara yang aman seperti sekarang, perkhidmatan helikopter Nuri yang mampu digunakan sehingga tahun 2015 adalah memadai.
''Kita telah gunakan Nuri sejak zaman pemberontakan komunis lagi dan ia terbukti berkesan sehingga sekarang.
''Jadi kita (ATM) akur dengan keputusan penangguhan kerajaan itu berdasarkan kemampuan kewangan negara," katanya pada sidang akhbar selepas menerima tabik hormat Perbarisan Hari Ulang Tahun ATM Ke-75 di Kem Sungai Besi di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Pada 28 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembelian helikopter itu ditangguh sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.
Abdul Aziz memberitahu, perancangan pembelian Eurocopter adalah sebagai nilai tambah kepada aset-aset ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat.
''Jika kita perlukan helikopter sebegitu, Nuri masih ada dan ia boleh disokong oleh pesawat milik agensi lain seperti bomba, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kematangan ATM terbukti setelah dipilih sebagai 'Institusi Paling Dipercayai di Malaysia' hasil kajian Asia Barometer Survey baru-baru ini.
Beliau memberitahu, pengiktirafan itu adalah bukti keyakinan orang awam terhadap integriti dan keupayaan ATM sesuai dengan tema sambutan hari ulang tahunnya iaitu 'Komitmen Kami, Keyakinan Anda'.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, penugasan aset serta para pegawai dan anggota ATM yang kini mengawal keselamatan laluan kapal-kapal dagang Malaysia di perairan Teluk Aden, Somalia akan berakhir pada hujung bulan ini.
Dalam pada itu, perbarisan Jubli Intan ATM hari ini menampilkan 56 pegawai dan 691 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut serta udara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Romainor Mohamed.
Perbarisan itu turut menampilkan aset-aset ATM yang digunakan sejak awal penubuhannya sehingga sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 huskers\ catat
double post la.... |
|
|
|
|
|
|
|
ler...sori weh..... pg jumaat nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 huskers\ catat
takpe...tak pe nohal, kebetulan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 tangopapa's post
sejak bila ko jadi jin aladin ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 BeachBoys\ catat
sejak ade org wish benda yg aku x nak bg |
|
|
|
|
|
|
|
iklan jg...
Originally posted by tempur at 7-11-2008 10:55 AM
http://img145.imageshack.us/img145/7950/005vj4.jpg
perghh.. tgk loreng dah saspek dah... org lamer nih... |
|
|
|
|
|
|
|
nk kredit laa tuh...
Originally posted by tangopapa at 7-11-2008 11:06 AM
double post la.... |
|
|
|
|
|
|
|
wrong post
[ Last edited by tangopapa at 10-11-2008 12:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tempur at 7-11-2008 10:55 AM
http://img145.imageshack.us/img145/7950/005vj4.jpg
amende yg ditulis kat styer tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
kat udi repal tu ader tulis 20 WW...aper maksudnyer? bleh sesaper bgtau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tangopapa's post
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kt youtube vids malaysia military terasa kagum pun ader gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|