|
Bergelar isteri sejak dua tahun lalu mengajar Datuk Siti Nurhaliza erti bertolak ansur, sabar
HARI ini genap dua tahun Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Dan setiap kali tiba detik itu, Siti bagaikan sudah tahu bahawa pihak media pasti bertanyakan mengenai majlis ulang tahun meraikan hari bahagia itu.
Bagaimanapun, untuk tahun ini Siti dan suami khabarnya cuma mahu mengadakan majlis doa selamat dengan anggota keluarga saja. Tahun lalu, selain doa selamat pasangan popular ini juga mengadakan majlis yang agak grand di sebuah hotel terkemuka yang dihadiri oleh mereka yang istimewa di hati mereka termasuk di kalangan orang media.
Mengimbas kisah dua tahun lalu, siapa yang boleh lupa hari pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dibuat lintas langsung oleh TV3. Esoknya pula, wajah manis Siti dengan suaminya memenuhi ruang muka depan akhbar arus perdana. Sebelum itu juga, TV3 mengadakan program khas bual bicara mengenai kisah cinta dengan buah hati pengarang jantungnya itu.
Melalui program Tiada Rahsia yang dihoskan oleh Ally Iskandar itulah khalayak mendapat tahu betapa Datuk K sering menghadiahkan Siti dengan strawberi coklat iaitu manisan kegemaran penyanyi itu. Rupa-rupanya juga, Siti memanggil soulmatenya itu dengan gelaran Pak Besaq. Itu cerita dua tahun lalu tetapi khabarnya, cinta dan kasih mereka masih membara dan pasangan ini terutama Siti begitu mendambakan seorang cahaya mata sebagai pelengkap kasih mereka.
Ketika ditemui penyanyi yang kelihatan sedikit susut di majlis rakaman program Hari Raya, Eksklusif ... Siti Nurhaliza Bersama Peminat di RTM, dia sekadar banyak bercerita mengenai persiapan menjelang Ramadan ini dan juga begitu teruja mengenai konsert yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini jika segala-galanya berjalan lancar.
Seperti lazimnya penyanyi yang masih kelihatan anggun biarpun bertudung ala manja memilih untuk mengehadkan aktiviti seninya. Siti tidak akan menerima sebarang undangan nyanyian sepanjang bulan yang mulia itu, kecuali undangan untuk berbuka puasa saja. Siti juga akan berada di Makkah selama seminggu.
Sebagai seorang isteri, kata Siti rutinnya di bulan Ramadan tidak banyak yang berubah. Semuanya berjalan seperti biasa cuma ketika zaman bujangnya dia tidak perlu memikirkan sesiapa. Kalau dulu persiapan hanya dilakukan untuk diri sendiri tetapi setelah bersuami dan kini menetap bersama keluarga mentua persiapan perlu dilakukan bersama-sama.
Kehidupan yang dilayari bersama Datuk K banyak mendewasakan penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini. Bergelar isteri sejak dua tahun lalu katanya mengajarnya erti bertolak ansur dan bersabar.
揂pabila mendirikan rumah tangga, Siti belajar untuk menyelami hati pasangan. Alhamdulillah, tahun pertama Siti tidak tahu apa yang suami suka dan tidak suka. Setakat dua tahun usia perkahwinan kami, semuanya berjalan dengan baik. Tidak ada perkara besar untuk digaduhkan, Siti berharap ini akan berkekalan sampai bila-bila. Siti pun banyak belajar daripada pemerhatian dan orang sekeliling.
揇alam rumah tangga kita tidak boleh hendak menang sendiri, setiap pasangan perlu beralah. Kalau pasangan kita tengah marah, jangan nak tambahkan lagi kemarahan dia, |
|