CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13097|Reply: 71

All About Helmet

[Copy link]
Post time 26-7-2008 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ryo_takahashi1 at 18-11-2009 11:11

IPOH: Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, JKJR sedang berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar topi keledar untuk memperkenalkan tarikh luput lima tahun topi keledar mulai tahun ini.

Katanya, topi keledar yang terlalu lama digunakan adalah tidak selamat kerana daripada segi luaran kelihatan sesebuah topi keledar itu masih boleh digunakan tetapi akibat daripada perubahan cuaca dan sebagainya bahagian dalaman mungkin telah rosak.

"Adalah menjadi tanggungjawab JKJR untuk menukar persepsi masyarakat kepada keperluan topi keledar yang mampu menyelamatkan nyawa apabila berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Keselamatan Jalan Raya (KJR) dan penggalakan pemakaian topi keledar dengan sempurna peringkat negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Suret Singh berkata, kebanyakan pengguna motosikal di negara ini kurang peka kepada risiko yang dihadapi akibat penggunaan topi keledar lama.

Statistik kemalangan membabitkan motosikal mendapati 68 peratus daripada 3,963 penunggang motosikal yang maut akibat kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecederaan parah di kepala, katanya.

Beliau berkata usaha menyedarkan pengguna motosikal tentang bahaya akibat daripada kesilapan penggunaan topi keledar perlu dipertingkatkan.

"Ramai antara mereka yang menggunakan topi keledar hanya kerana tidak mahu dikenakan tindakan saman oleh pihak polis tanpa memikirkan kesan yang dihadapi sekiranya terlibat dalam kemalangan," ujar beliau.

Sementara itu mengenai program ''Tiada Hari Tanpa Advokasi'' yang bertujuan mempertingkatkan kempen kesedaran pemakaian topi keledar dan kegunaannya dengan betul, Suret Singh berkata JKJR akan menjalankan kempen penerangan di semua plaza tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUs) setiap hari.

Beliau berkata Rakan KJR dengan bantuan PLUS dan polis akan menyampaikan menyampaikan maklumat berkenaan pada sebelah pagi dan petang di plazaplaza tol berkenaan. BERNAMA


*naper idea mcm gam fang jerk.....:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 02:52 AM | Show all posts
mmg macam gamppang..

dah lar helmet fullface kat malaysia mahal nak mampos kalau bandingkan harga kat singapore...

contoh: kalau Shoei X-11 kat sini jual RM2500... singapore jual RM1500..  save RM1000 for NOTHING!

p/s- aku bagi contoh helmet shoie x-11 sbb aku superbiker.. takkan pakai helmet apollo kot?

[ Last edited by  BSundayB at 27-7-2008 02:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 06:29 AM | Show all posts
harap2 JPJ,SiRiM, CAP dan sapa2 lagi yg lain hantam sama ini  JKJR punya worang.

[ Last edited by  bzzts at 27-7-2008 06:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:50 AM | Show all posts
Helmet MS88/Apollo belum jual lagi dah expired................ patut ban je
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 27-7-2008 02:52 AM
mmg macam gamppang..

dah lar helmet fullface kat malaysia mahal nak mampos kalau bandingkan harga kat singapore...

contoh: kalau Shoei X-11 kat sini jual RM2500... singapore jual RM1500..   ...


hmmm... jgn le compare dgn s'pore bang... lain level tu...

patutnya bukan expiry date yg perlu dipertikaikan.. tapi pemakaian helmet itu sendiri...
masih ramai lagi penunggang / pembonceng motosikal yg tidak memakai helmet.. yang pakai pun macam tak pakai...
helmet plak... asal bule letak atas kepala udah....

*ada satu forum moto yg byk dijual helmet2 lama yg harganya tak masuk akal... katanya limited edition lah.. ori US lah..
padahal harga yg dijual buleh dibeli satu helmet baru yg berjenama...
depa claim makin lama makin antik... mcm keta antik tu...tapi keta antik tu bule digunakan lagi.. tapi helmet lama nak watper.. safety features takde...
unless dah terlebih duit bule la beli buat perhiasan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 11:50 AM | Show all posts
aku pakai helmet rm25 jek...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2008 12:07 PM | Show all posts
jgn berkira sgt pasal safety ni...pakai helmet, kalu boleh beli yg high standard (tak semestinya yg harga mahal)...tak payah tunggu lima tahun, agak2 dah tak selamat, tukar aje lah, plus pakai proper riding suit, boots...biarpun bawak EX5 aje..spare part kepala, tangan, kaki. etc tak ada jual kat brothers maa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #5 ryo_takahashi1's post

setuju...mesti educate general public agar sentiasa memakai helmet semasa menunggang moto, pastikan helmet dipakai secara sempurna, pastikan helmet yg dipakai teruji tahap keselamatannya, pastikan pakai helmet yg bersesuaian ngan saiz kepala.

kerap kali aku lihat kalu org jatuh moto, helmet benda pertama yg dibukanya...aku rasa itu tak betul (may be aku silap, pls correct me if im wrong )...so, educate general public juga tentang tatacara kecemasan dlm penggunaan helmet

[ Last edited by  zzcbr at 27-7-2008 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 12:52 PM | Show all posts
nampaknya banyaklah helmet dibuang ke sungai lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 01:03 PM | Show all posts
aku tukar helmet setiap 5 kali pakai......safety.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #10 cikguranggi's post

perrghhh...  kaya loe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:19 PM | Show all posts
helmet aku tak sampai 3 tahun pun dah tukar.......


btw, kalu helmet yg slalu jatuh kat lantai, elok laa tukar..... kang ada crack halus yg korg x prasan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #12 Acong's post

crack halus... bahaye ke ...

macam fiuslaj kapal la plak... siap scan pakai ultra sound bagai....

helmat aku lak... Nova 5 button.. beli tahun 2002 RM55 je...
satu lagi ARC discovery RM160
nak cari Nova dot lak... kat singapore je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 06:54 PM | Show all posts
owner kilang2 Helmet tersenyum girang..........
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 07:55 AM | Show all posts
macamana dorang cek....... kena renew roadtax helmet tetiap tahun ker.... lim akali renew otomatik takleh renew dah lepas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 08:11 AM | Show all posts
Argghhh....lagi seminggu nak cukup 5 tahun helmet Givi aku tuh.....duit lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 08:50 AM | Show all posts
agak2 kalao jadi mende nih, sape akan pandang kat expiry date tu time bli helmet..??
agak2 sama x ngan kes expiry date kat tayar..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #17 d34n's post

Kalo camtuh baik aku beli helmet combat tuh.....dah le keras gile....kalis peluru lak tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by tossee at 28-7-2008 08:59 AM
Kalo camtuh baik aku beli helmet combat tuh.....dah le keras gile....kalis peluru lak tuh....

yg nih ke toss..??


menarik gak..

yg ih pong okk...



nak lagi best, pasang truss siap ngan acc cengginih...
jgn lupa, itu cctv camera pong pasang skali tawww...

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:09 AM | Show all posts
yg nih pong gempak gak toss..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074007 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list