|
Rahsia Dayang kekal bertahan
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan AMIRUL ANNUAR ABIDIN
utusan online 6/7/08
BIAR perlahan asal bertahan. Itulah falsafah yang dipegang penyanyi berkulit hitam manis, Dayang Nurfaizah dalam mempertahankan kariernya sebagai penyanyi yang kini sudah pun menjangkau usia sembilan tahun.
Sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi, Dayang, 27, mengakui, dia telah menempuh saat jatuh bangun yang jelas membuatkannya bertambah matang.
揔arier Dayang sama seperti yang lain. Ada kalanya berada di atas tidak terkecuali di bawah. Tapi Dayang tidaklah hilang. Sememangnya Dayang suka menyanyi dan oleh itu, Dayang akan sentiasa cuba untuk tampil lebih berkualiti,拻 katanya kepada Hits baru-baru ini.
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini, meskipun berada dalam kelas artis senior, dia secara peribadi berpendapat, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki khususnya pengetahuan tentang muzik.
Bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, dia sentiasa mahu membawa kerjayanya ke peringkat lebih tinggi dan bertahan selamanya.
揚uas? Kalau ditanya soalan itu, jawapannya Dayang masih belum puas,拻 jelasnya yang kini sibuk dengan pelbagai perancangan dalam memartabatkan golongan seni menerusi Biro Artis Muda, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Impian mengadakan konsert
Hampir sedekad mendaki tangga dunia hiburn, Dayang juga seperti penyanyi yang seangkatan dengannya menyimpan keinginan mengadakan konsert solo.
揗ungkin tahun depan. Namun, halangan utama Dayang adalah penaja. Mereka lebih suka menaja artis dari luar.
揝ungguhpun begitu, Dayang tidak akan putus asa dan berfikiran positif bahawa impian Dayang bakal terlaksana,拻 katanya.
Menurut Dayang, biarpun susah untuk mendapat penaja, dia tidak akan putus asa dan akan berusaha bagi merealisasikan impiannya.
Selesa hidup sendirian
Berusia 27 tahun, Dayang merupakan antara artis yang 慿ebal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|