View: 4101|Reply: 13
|
Radzie Sapiee - Berpetualang Ke Acheh
[Copy link]
|
|
buku ini setebal 300 mukasurat, harga di pasaran RM24.90. Ia adalah buku novel sejarah yang mengaitkan kerajaan-kerajaan lama Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dengan perjuangan Islam di Nusantara juga dengan kemelut Sunni Syiah dan pergolakan politik Islam yang tercetus selepas kemangkatan Saidina Ali (ie... Saidina Hassan diracun, Saidina Hussin dipancung), juga kemunculan keKhalifahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Seluruhnya akan berkait pula dengan warisan rahsia yang masih hidup melalui keSultanan Perak.
Buku ini digarap dari kacamata seorang pengembara Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ingin memahami perjalanan hidupnya yang sedikit pelik berserta mimpi-mimpi dan deja-vu demi mencari kebahagian sejati yang amat didamba-dambakan sekian lama. Lalu dia pun berkelana mencari jawaban di makam-makam lama, bermula di Perak (melibatkan Keramat Kuala Bidor) tempat-tempat lain (Pulau Besar pun ada), sampailah ke Sumatera dan Aceh.
Lalu cerita yang terungkap juga melibatkan kaitan antara Raja-Raja Melayu, para wali Allah termasuk Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jilani sampai ke perancangan Zionis untuk menakluki dunia, peristiwa dan perang akhir zaman, juga makna sejati Melayu yang telah sekian lama digelapkan penjajah. |
|
|
|
|
|
|
|
MUKADIMAH:
MENGAPA BERPETUALANG?
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan,
Engkau sahaja yang kami sembah
dan Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan mereka yang telah Engkau anugerahi nikmat,
bukan jalan mereka yang dimurkai
atau mereka yang sesat.
- Surah Al-Fatihah
Jam 4 pagi. Entah mengapa, Rasyid terasa begitu gelisah, susah sungguh hendak melelapkan mata. Sudah beberapa kali menukar posisi, berhempas-pulas memaksa diri tidur tetapi masih tidak berjaya. Daripada sekejap duduk sekejap baring termangu-mangu, lebih baik buat sesuatu yang berfaedah. Dia pun bangun ke ruang tamu lalu mencapai komputer laptop Compaq Presarionya yang sudah berbulan-bulan tidak disentuh.
揂gaknya aku harus mula menulis balik ni, |
|
|
|
|
|
|
|
揘ah. Mengapa pula tidak boleh 態erpetualang ke Aceh |
|
|
|
|
|
|
|
揕agipun aku tidak pernah kata aku ini pakar sejarah, |
|
|
|
|
|
|
|
Maka itu, demi memahami sejarah perjuangan Melayu dan jihad untuk menegakkan syiar Islam di bumi Timur ini lebih menyeluruh, pemuda itu percaya sempadan pemisah negara hasil permainan penjajah yang juga merupakan sempadan pemisah sejarah harus dilupakan walaupun seketika. Maka itu juga, cerita-cerita dan sejarah lama Aceh serta kisah-kisah berkaitan perlu dikongsi bersama, lebih-lebih lagi selepas peristiwa Tsunami 26 Disember 2004...
揝emua ini perlu dirungkai dan dihuraikan supaya dapat mengisi kelopongan yang pada saya wujud dalam sejarah rasmi Nusantara. Sekaligus untuk menambah kekuatan jati-diri bangsa Melayu yang sudah hilang hala-tuju akibat termakan dakyah Barat yang sering memperkecilkan kebolehan dan peribadi orang Melayu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Woaahhhh Ci, ko dah baca ye buku dia. Shida memang nak beli buku ni. Tadi call adik dia, adik dia cakap ada jual dekat MPH. Tu yang tak sabar nak cari. Tapi esok nak pi Ampang Park, nak tengok2 gak kut ada kat book store kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Aina cakap buku dia best. Tapi ceritanya berat le. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 shidaaziz's post
citer dia mmg berat... kalo rajin nak ngadap bleh abiskan dlm 1 hari...tp t'pulang kat individu tuh sendiri.... slalu citer |
|
|
|
|
|
|
|
Tu le Ci, sebab yang ni memang dia buat kajian yang benar2 berlaku. Tu yang rasa teruja nak baca. Walaupun Shida tak suka subjek sejarah, tetapi kalau buku-buku yang ada unsur sejarah & penceritaan memang suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 shidaaziz's post
btul tuh shida....sama gak cam ci..kalo nak bace buku sejarah sesaje je mmg x dapek la..tp kalo buku mcm nih, setiap sejarah tuh diceritakan dlm bentuk p'ceritaan yg menarik mmg bleh layan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ci, Shida dah beli buku 1st tu. Tak sabar nak baca. Tapi nak baca Salju Sakinah dulu. Shida beli kat kedai buku Ampang Park sabtu lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 shidaaziz's post
heheee... slamat m'baca.... yg penting mase nak baca buku tuh makesure kepala x penin n fikiran x serabut... nnt da abis bace shida komen yer.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|