CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5225|Reply: 6

institut memandu yg tak guna

[Copy link]
Post time 19-4-2008 10:54 PM | Show all posts |Read mode
huh..bengang btol dgn 1 institut memandu kat 1 negeri ni.
tahun lepas comei daftar kat sana.
sblm daftar tu, comei dah inform awal2 pasal jadual comei yg penuh n mmg nak settle cepat2 sblm comei abis kursus kat situ.
mmg masa tak lama tp since comei dah boleh bawa keta, so comei tadelah nak amik kelas byk.
dah tanya byk kali, katanya boleh comei boleh setel semua dan dapat lesen P sblm abis kursus.
comei pun daftar n buat la semuanya dgn diorg.

tunggu punya tunggu, tade pun dapat call bila boleh start belajar.
comei dah risau, call la tanya. pastu baru la datang amik comei g blajar keta.
dah la tu, lambat yg amat. klu janji pukul 2, pukul 3.30 @ 4pm baru muncul.
alasan jgn cakap la, muak telinga mendengarnya. tp sabar lagi.
dah la dtg lambat, pastu mula la bawa keta cam pelesit. semua bonggol dilanggar.
dah la kancil buruk, tiap kali langgar bonggol tu rasa nak berdarah bontot dibuatnya.

time bayar, semua nak cepat. time maghrib pun sanggup datang lagi.
tapi bila tanya resit, banyaklah bertangguh.
lupa bawa la etc. rs cam ceti lak bila minta resit bayaran dgn dia.
siap comei terpaksa bawa kawan g ofis dia, tunggu dekat sejam lebih, dah la ujan lebat utk dapatkan resit bayaran.
tu pun siap tipu, kata comei nak ari tu juga sbb kena hantar resit tu kat hubby pula sbg bukti comei dah blajar keta. masa tu hubby dok jauh.

dah dapat lesen L, baru cakap yg comei kena tunggu sebulan baru layak buat lesen P.
ms tu dah mula rasa membara cos tinggal lagi beberapa minggu je nak abis kursus.
mana sempat nak wat lesen P kat situ klu tunggu lagi sebulan.
bila comei tak nak blajar keta, diorg tak nak bg lesen L pula.
time blajar keta, siap boleh bawa comei g makan lagi. alasannya masabyk lagi utk blajar keta. alih2 comei dapat bawa keta sekejap je.
semua urusan dengan diorg ni comei terpaksa 'paksa'. mmg wat muka tebal la.
tiap2 ari tanya bila boleh bawa keta etc.klu tak, alamatnya senyap la.

bila kursus comei kat sana dah abis, comei terpaksa pula paksa diorg bg semua docs supaya tade mslh utk comei sambung kat tempat lain.
senang cite, management diorg mmg s**k la.

skang, comei dah dok jauh...nak buat lesen P tak boleh.
institut kat sini tak nak terima klu tade surat pelepasan.
bila minta dgn tempat lama, byk la alasannya. main tolak2 lak.
dah lama tunggu, comei membara la.
mula la comei hantar sms berapi.
pastu marah2 n salahkan comei lak.
kata comei tak berterima kasih atas jasa dia selama ni etc.

hello! tugas korg tu utk susun jadual etc. korang dah dibayar utk setelkan semua urusan student korang, buat la sampai abis. ni main lepas tangan lak.
org byr penuh, mana de main hutang2. siap bayar penuh sblm start kelas lagi. ms ambil duit laju pula.
comei tak kira dah kali ni. mmg takleh tolerate dah.
klu comei tak dapat gak surat tu minggu depan, mmg comei nekad nakg wat aduan.
diorg tu mmg tak layak jadik driving instructor dgn perangai gitu.
siap kena tahan dgn JPJ depan mata comei lagi tapi herannya JPJ boleh lepas gitu je.
mentang2 la pompuan, wat gedik2 sket, dah boleh lepas.
&*%$#@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 11:03 PM | Show all posts
adik aku dulu pun kena gaks dengan skolah memandu kat usj nih.. punya la banyak masalah, tangguh memanjang, bukan kita yang tangguh, diorang yang banyak dalih.. last2 lepas dapat L, kitorang terus mintak stop, nak amik lesen L dan sambung tempat lain.. memula diorang merayu, kitorang tetap tanak. so dorang takleh buat apa, bagi je lesen L.. kalo yang jenis jahat tu memang diorang tahan lesen L..

tapi aku citer kat satu lagi kedai memandu lain, depa cakap in case kalo terjadi kes tahan lesen L, kedai (yang kedua ni) bleh tolong setelkan dengan JPJ. aku tatau la camner dorang buat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2008 11:21 PM | Show all posts
kwn comei kata sbnrnya kita leh g amik sendiri lesen L tu kat JPJ.
tak payah tunggu diorg amik.
mg hampeh tahap cipan la.

comei sabar jelah lagi, tunggu next week camne.
klu diorg tak fax lagi, mmg comei nak wat kecoh la.
mau tak, klu tade surat tu comei kena byr RM600 n buat QTi skali lagi.
cam blajar semula.
daripada comei byr RM600 gitu je, baik g shopping.
boleh beli stok estime 4 bln dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:47 AM | Show all posts
Did they ask for any bribes?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 09:37 AM | Show all posts
apa nama institut tuh n dekat mane? sebut aje nama biar org lain tau and amek pengajaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #4 kianatpk's post

entah la. tp pelik la cos dah la wat salah, lesen n ic tak bawa.
takkan tak kena saman lagi?
klu kena saman tuh, mmg terus tak dapat jadi driving instructor cos dia dlm tepoh percubaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #5 stanum's post

kat penang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.127955 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list