CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2778|Reply: 11

kesedaran

[Copy link]
Post time 4-3-2008 02:18 PM | Show all posts |Read mode
camner nak sedarkan orang supaya jangan ambil mudah pasal solat,solat tiang ugama, bila tak solat keluarga tak bahagia, anak tak tau nak hormat org tua..kalau anak2 boleh lah di rotan tapi kalu dah jadi ayah orang mcm mana tu??
patut kita membiarkan agar kesedaran dtg sendiri?? tapi bila??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 03:51 PM | Show all posts
salam

iya tak ye jugak
cam ner ye
mungkin ikut nabi kut!!!
cikit cikit nanti ama ama adi bukit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 08:53 PM | Show all posts
usaha tu ada pada kita..
nak tegah..nak nasihat..nak joa dari jauh...
tapi kena ingat, kesedaran tu bergantung pada kasih ALLAH SWT..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 09:50 AM | Show all posts
salam

salah satu jalan
sepertimana rasul tunjukana ialah
berakhlak yg baik
dan senyum dalam apa jua situasi
dan beri peringatan dgn berhemah dan lemah lembut

dan sekali sekala
ngauman yg menggentarkan di kalbu!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 01:50 PM | Show all posts
Bagi mereka yang dah sedar,..untuk menyedarkan orang lain dengan perubahan diri sendiri. Juga dengan memanjatkan doa bagi mereka2 yang dikasihi yang belum sedar.
Kadang2 kesedaran datang bila ditimpa ujian yang maha hebat. Sebenarnya itu tanda Allah masih kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by mekma at 4-3-2008 02:18 PM
camner nak sedarkan orang supaya jangan ambil mudah pasal solat,solat tiang ugama, bila tak solat keluarga tak bahagia, anak tak tau nak hormat org tua..kalau anak2 boleh lah di rotan tapi kalu d ...


Perubahan hanya akan berlaku dengan izinNYA beriringan dengan usaha manusia itu sendiri. Bagi kita ahli masyarakat, jangan berputus asa, bernasihat nasihat kanlah didalam kebenaran dan kesabaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2008 06:36 PM | Show all posts

Reply #4 orangbesi's post

Ye setuju. Ceritakan kelebihan2 solat dan juga khabarkan ancaman2 meninggalkan solat. TAPI... nak cerita tu biasanya bergantung pd tahap kekuatan iman.
Nak cerita kat anak2 kecil amat mudah. Nak cerita kat boss? Kat bapa? Kat mak?
Tepuk dada tanya iman! errr.... me boleh citer kat anak2 n hubby je lah.

Nak dibiarkan saje pun rasanya tak patut. Kalau dah lemah sgt iman, tegur saje dlm hati.
Nak beri kesedaran pd org, sebenarnya kita hanya boleh berusaha tp Allah jua yg menyedarkan.

Jadi, sebaik2nya tunjukkan contoh teladan yg baik. Nak bg kesedaran tentang kepentingan solat hendaklah kita memBESARkan solat itu. Solat yg paling afdhal adalah solat di awal waktu. Bila berkumandang saje azan, hentikan kerja2 yg lain. Bersegera utk tunaikan solat. Yg terbaiknya, kalau mampu, tlh bersedia dr awal dgn wudhuk yg sempurna sebelum azan dilaungkan. Kalau x boleh dgr azan, pastikan sentiasa alert dgn jadual waktu solat.
Ini boleh dipraktikkan di mana2. Dlm rumah bersama ahli keluarga, di pejabat. Kalau sedang meeting, berani2kan diri utk minta izin keluar sebentar utk solat.
Weh, kalau nak ke tandas tu boleh, takkan bab solat ambik mudah.

Kalau sedang berbual2, minta izin utk solat jika tiba waktunya. Lebih baik kalau dpt mengajak teman berbual bersolat sekali.
Sebagai guru/pensyarah, kalau sedang mengajar, azan berkumandang, diam seketika. Ajak anak2 murid menghormati azan.

Kalau berada di shopping mall, tak dapek la den nak nolong!   Sendiri mau ingatla!

Last but not least, doakan mereka yg mengabai/mencuai2kan solat ini spy diberikan taufik dan hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 10:20 PM | Show all posts
Assalammualaikum,

Seperti dalam Al-Quran- Juz 16, Surah Maryam, Ayat 59 :-

'Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat
dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.'

nak sedarkan orang yang ambil mudah pasal solat, memang perlukan kesabaran.
ajak mereka dengan cara yg paling lemah-lembut.  doakan mereka agar diberi
petunjuk ALLAH kerana ayat di atas terang lagi jelas sebagai peringatan untuk umat
manusia yang x solat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by mekma at 4-3-2008 02:18 PM
camner nak sedarkan orang supaya jangan ambil mudah pasal solat,solat tiang ugama, bila tak solat keluarga tak bahagia, anak tak tau nak hormat org tua..kalau anak2 boleh lah di rotan tapi kalu d ...


asanya hendaklah perkenalkan dahulu manusia kepada Tuan yang punya syariat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 11:43 AM | Show all posts
salam

saya pun pusing gak
dan termenung memanjang
tetapi
cuba bayangkan
jika seseorang itu rajin menunaikan solat
tapi LALAI dalam solatnya
dan kurang amal kebaikannya
sedangkan seorang lagi kurang solatnya
tetapi berakhlak yg baik dan banyak membantu
dan tidak memmentingkan diri sendiri

apa beza antara kedua mereka ini???
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:03 PM | Show all posts
takde bezanya...dua2 tu LALAI
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 02:06 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
(Yaa Siin 36:32)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.299851 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list