View: 8070|Reply: 79
|
AMALAN SIKIT PAHALA BANYAK
[Copy link]
|
|
Asallamualaikum, saya ingin memohon kawan2 memberikan mana2 amalan yang ganjarannya dilipat kali
ganda untuk menghadapi 10 malam yang terakhir ini menjelang lailatul qadar....salah satu yang dapat saya senaraikan ialah
...jika kita mengziarah orang sakit diwaktu siang....ganjarannya 70,000 maklaikat akan mendoa kita
sehingga waktu malam dan jika kita menziarah pada waktu malam ...ganjarannya 70,000 maklikat akan mendoakan kita sehingga menjelang pagi.
(maaf jika thread ini da ada sebelum ini....harap bleh di merge kan) |
|
|
|
|
|
|
|
yang saya tahu banyakkan baca ayat2 suci al Quran.. setiap huruf ganjarannya 10 kebajikan... bayangkan jika kita baca 20 000 huruf sehari xker banyak tuh  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sang_garang's post
dalilnya..... ? buat mmperkuatkan kata2 ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 indah1285's post
malam tadi baru dengar tazkirah, ustaz yg jd mc al-kulliyah.....tajuk kuliah yg di bagi "amalan sikit ganjaran byk", frm there i post kat sini...na cari dalil kena lah aku refer kat utz tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan yang dikerjakan secara ikhlas beramal ini tidak mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Malah amalan itu sampai tidak dapat dilihat oleh iblis agar tidak diganggu-gugat atau dirosakkan oleh musuh manusia dan juga tidak dapat dilihat dan dicatatkan oleh malaikat. Hendaknya biarlah amalan itu termasuk dalam ilmu Allah sahaja. Inilah darjat ikhlas yang paling tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".
Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab
kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap-tiap satunya terdiri 1000 mahligai".
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahuakbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah walailaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahummasholli'ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: "Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan, menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan { Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 zerozone's post
Jazakarllh zero....ana bertekad na buat yg terbaik ramadhan ni...
insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
carilah kerodhaan allah
pahala banyak tak menjamin apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
jom kita sama2 memperbanyakkan amalan menjelang 10 malam yg terakhir nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 4-10-2007 08:05 AM 
..........................
pahala banyak tak menjamin apa2
bahaya statement neh..............kena elobrate sikit?? kalau ngan manusia mmg ta pyh harap kan ganjaran....dgn Allah sebaliknya..Allah suka umatnya yg meminta2, merayu2.....dgn meminta ganjaran pahala and
ultimate nya tenyu lah syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW pernah bertanyasebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatamQur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnyayang menjawab.
Malah Saiyidina Ummartelah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalambegitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tigakali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Alibetul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyaktiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzukAl-Quran.
Jadi perbanyakkanlah baca surah Al-Ikhlas nie... bukannya panjang mana ayat dia pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sang_garang at 4-10-2007 08:22 AM 
bahaya statement neh..............kena elobrate sikit?? kalau ngan manusia mmg ta pyh harap kan ganjaran....dgn Allah sebaliknya..Allah suka umatnya yg meminta2, merayu2.....dgn meminta gan ...
Aku setuju... dgn Allah ler kita kena mintak lebih2.... kita nie makhluk miskin hina.... byk sgt kena mintak tolong dari DIA. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 4-10-2007 08:05 AM 
carilah kerodhaan allah
pahala banyak tak menjamin apa2
aku rasa statement ni kena tukar jd cam ni...
amalan banyak tak menjamin apa2...kalau tidak mendapat keredhaan Allah! |
|
|
|
|
|
|
|
berkira2 tentang pahala tak salah....
lagipun pahala itu lambang keredhaan Allah....kat kita...
tujuan pembuka thread ni nak bg org semangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 zamnie's post
Alhamdulillah, zamnie saya ucapkan bebyk terimakasih diatas bantuan
dan maklumat yg amat berguna. semuga mendapat panduan dan
ikutan di hari yang dinantikan hanya satu hari dalam setahun.
Selain utk keluarga, Kita cuba dokan sekali utk Umat islam diseluruh dunia yang tertindas amnya dan umat islam di malaysia baik
lelaki dan perempuan, yg tua atau kanak2...dihindar dari bala bencana dari Allah yang banyak skrang ini dan dihindar dari jenayah dan godaan syaitan.
[ Last edited by sang_garang at 4-10-2007 06:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-7-2013 11:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Masih relevan tali........Da lama tapi bleh di recycle bila smpi ramadan |
|
|
|
|
|
|
| |
|