|
Ade ke sebenarnya mazhab ahlulbait ni? kaum syiah kat sini mesti boleh jawap.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mazhab ahlulbait sebenarnya bukanlah sesautu aliran dalam islam tetapi mazhab ahlulbait adalah Islam yang sebenarnya...
Jadi mungkin ada pertanya kenapa ia disebut 'mazhab" kenapa tidak islam sahaja kerana jika disebut islam maka akan disalah faham kerana didalam islam itu terdapat banyak pecahan dan pasti akan keliru aliran mana erana masing-masing mengklaim aliran mereka yang sebenarnya islam.
Ahlulbait adalah harta tinggalan rasullah yang paling berharga ini disebakan dari hadis tsaqalain "Ku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang dapat menyelamatkan kalian dari binasa iaitu kitabuallah dan ahlulbaitku, kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan ku di haudh" (sahih muslim)
hadis lain adalah "perumpamaan keluarga ku(ahlulbait) adalah bagai bahtera nuh, arangsiapa yang menaikinya akan selamat dan barangsiapa yang meninggalkanya akan binasa, maka perhatikan kelakuan kalian terhadap ahlulbaitku"(at-Tabarani dalam Al-Ausath dari Abu Said)
lain "Ahlulbaitku adalah penyelamat umatku dari bahaya perpecahan(dalam agama). Bila salah satu dari qabilah2 arab meyeleweng dari mereka (dalam hukum2 allah) nescaya mereka akan bercerai-berai dan menjadi partai iblis (Sahih Bukhari dan Muslim)
Mazhab Ahlulbait adalah mereka yang berpegang kepada Ahlulbait dan mengatakan BAHAWA RASUALLAH TELAH MENETAPKA SECARA NAS SIAPA PEGANTI SELEPAS BELIAU...
Sesungguhnya ana tidaklah orang yang tepat menceritakan atau mendefinisikan mazhan ahlulbait keran ana ini jahil jadi suka sekali ana sarankan kepada antum semua jika mahu mengenali mazhab ahlulbait silalah menelaah Dialog Sunni Syiah, Mengapa Harus Cinta Kelaurga Rasulallah dan lain-lain semuanya terdapat dalam laman web www.almawaddah.orgfree.com
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmm...tapi kenapa syiah menisbatkan fahamannya kepada ahlulbait?
Semua aliran syiah sama ada ismailiyyah, zaidiyyah bahkan ghulat sekalipun mengaku bermazhab ahlulbait. Mereka saling mengkafirkan antara satu sama lain.
soalan cepumas:
Adakah ahlulbait itu sendiri saling mengkafirkan antara satu sama lain?
[ Last edited by yahya at 16-7-2006 12:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mebezakan di dalam mazhab ahlulbait itu sendiri aliran dalam mazhab ahlulbait yang benar digelar dengan Aliran Jaafari...atau nama penuhnya Syiah jaafari Itsna Asyar'...
bagi soalan cepumas itu saya ingin bertanya kepada saudara pula bagaimana pecahan di dalam ASWJ seperti wahabi, Asyariah, Maturidian, dan sebagainya adakah kalian saling mengkafirkan antara satu sama lain... Kita tidak boleh menjatuhkan hukum kepada seseorang hanya allah sahaja yang menentukan..allah telah berikan panduan atau syarat2 seseorang itu jika dilanggar akan jadi munafiq@syirik@murtad dan sebagainya begitu juga dengan kafir jika ia tidak menepati syaratnya....
harap saudara faham dengan tulisan saya yang tidak beberapa tersusun...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
atas dasar manakah yg menjadi perbezaan antara mazhab syiah? dan kenapa hanya Syiah jaafari Itsna Asyar'?
TQ, in advance |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Bagus soalan itu...yang membezakan mazhab syiah Jaffari itsna Asyar dengan aliran lain seperti Ghulat, ismaliliyah, alawiyin dan sebagainya adalah kepercayaan kepada Imam 12. Ada sesetengah aliran hanya percaya kepada 6, ada pula percaya bahawa peganti selepas imam ini adalah imam ini dan sebagainya. tetapi kebanyakkan perbezaan disebabkan keimanan kepada imam 12 berbeza dengan ghulat yang telah ditolak sama sekali kerana telah melencong jauh dari ajaran ahlulbait malahan islam itu sendiri...
Kini persoalan kenapa Itsna Asyar yang diklaim benar di sebabkan beberapa dalil hadis rasulallah yang telah menetapkan bahawa terdapat 12 imam dan disebut namanya satu persatu...jadi kami syiah itsna asyar mengikut dan percaya dengan Imam 12 yang dimulai oleh Imam Ali dan diakhiri oleh Al-Mahdi seperti apa yang dinyatakan oleh Rasulallah....![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
TQ, tp adakah iman Syiah jaafari Itsna Asyar' (Jaafari), mengimani imam 12 termasuk dlm rukun Iman?
kalau boleh dgn hujah yg jelas |
|
|
|
|
|
|
|
salam
takkan saudara shaikh aje nak jawap..yg lain2 mane. Geng2 sunni mane? takkan senyap je..dah antum kate syiah tu sesat, mesti antum lebih tahu apa itu mazhab ahlulbait dari syiah itu sendiri..dok gitu?
Soalan cepumas kedua:
Apakah perbezaan 'mazhab ahlulbait' dgn 'mazhabnya ahlulbait'?
Kheir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 16-7-2006 06:37 PM
salam
takkan saudara shaikh aje nak jawap..yg lain2 mane. Geng2 sunni mane? takkan senyap je..dah antum kate syiah tu sesat, mesti antum lebih tahu apa itu mazhab ahlulbait dari syiah itu sendir ...
Dalam ASWJ ada banyak mazhab, tetapi yang terkenal ada 4 seperti yg semua org tahu. iTu MAZHAB berkaitan dengan perkara furukiyah. Jika berkaitan dengan usuliyah, yg terkenal ada 2 iaitu Asyaariah dan Maturidiah (ejaan mungkin ada silap sikit..sorii..)
Ahlulbait mengikut iktikad ASWJ dan jika di tanya apa mazhab mereka tentulah tidak ada jawapan yg spesifik kerana mereka boleh memilih mana2 mazhab yg masih dalam iktikad ASWJ.
kalau ada mazhab dalam Syiah yang masih tidak melencong dari iktikad ASWJ maka letaklah nama apapun kepada mazhab mereka, mereka tetap tergolong dalam MAZHAB AHLULBAIT.
wallahualam...
p/s : tatie guna deduksi logik, sori ler kalau nampak terkeliru sikit bila guna metod ni...ahli irfan. ahli hikmah. ahli falsafah suka ler stail ni...
[ Last edited by serihartatie at 16-7-2006 07:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
macam tak best aje jawapan ni....
ulangan soalan cepumas kedua:
ade beza ke 'mazhab ahlulbait' dengan 'mazhabnya ahlulbait'?
soalan ni ana rasa kaum sunni lagi arif dan tahu macamane nak jawap.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
kemudian kita mungkin akan terkeliru sedikit
adakah kita mempersoalkan mazhabnya ahlulbait (keluarga Nabi), atau adakah kita membicarakan tentang wujudkah Mazhab AhlulBait (kata nama)?
jika kita mempersoalkan mazhabnya Ahlul Bait Nabi, dan mengesahkan mereka dlm iktikad ASWJ, pd pendapat sy kita tidak punya authoriti utk mengesahkan melainkan mereka Ahlul Bait Nabi sendiri.
dan nanti kemudiannya akan timbul pula perselisihan untuk mendifinisikan pula Ahlul Bait itu sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
TQ, tp adakah iman Syiah jaafari Itsna Asyar' (Jaafari), mengimani imam 12 termasuk dlm rukun Iman?
kalau boleh dgn hujah yg jelas
Mengimani Imam 12 memang termasuk dalam iman mazhab syiah...
Usuluddin
-Tauhid
-Keadilan Illahi
-Nubuwah
-Imamah
-Maad (hari kebangkitan)
itu adalah pokoknya...
Kami memasukkan imamah dalam rukun iman kerana kepentinganya sama seperti mengimani nubuwah...ini memerlukan pembahasan yang panjang....
Wassalah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 16-7-2006 07:25 PM
kemudian kita mungkin akan terkeliru sedikit
adakah kita mempersoalkan mazhabnya ahlulbait (keluarga Nabi), atau adakah kita membicarakan tentang wujudkah Mazhab AhlulBait (kata nama)?
jika kit ...
Tatie ada terjumpa ahlulbait yang masih sah susurgalurnya dari keturunan RSAW yang sekarang ini tinggal di Madinah, beliau bermazhab Shafei dan beriktikad ASWJ dan begitu juga keseluruhan keluarganya. Minta maaf kalau tatie katakan, dirinya dan keluarganya menjadi mangsa yang tidak di senangi kaum Wahabi di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sebenarnya takde mazhab ahlulbait ni..ianya hanyalah nama samaran yg digunakan oleh kaum syiah. Mereka sgt berani menisbatkan fahaman mereka pada ahlulbait dan mengaku 'inilah mazhab ahlulbait..'
Jika aliran2 syiah yang saling mengkafirkan itu benar2 sebagai mazhab ahlulbait, bererti menggambarkan bahwa pengasas mazhab2 tersebut saling mengkafirkan, maka pertanyaan yang timbul adalah: mungkinkah Ahlulbait yang telah disucikan sesuci-sucinya oleh Allah itu saling mengkafirkan?
Dengan itu mazhab ahlulbait itu tidak ada, yang ada adalah 'mazhabnya ahlulbait', bukan mazhab ahlulbait tapi mazhabnya ahlulbait atau akidahnya ahlulbait. iatu akidah yang sekarang dikenali dengan nama akidah 'Ahlus Sunnah Waljamaah'. Satu akidah yang berpegang kepada apa2 yang diyakini dari rasulullah saw, ahlulbait dan para sahabatnya.
mesti geng2 syiah kat sini marah kat ana....kheir
[ Last edited by yahya at 16-7-2006 07:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Tidak kami syiah tidak marah, malah kami pernah lebih teruk dari itu difitnah, biarkan sahaja allah memberikan azabnya yang pedih kepada mereka yang bercakap tetapi tidak tahu kebenaran percakapannya, sesungguhnya allah maha berat siksanya dan maha adil....SUDAH BERAPA KAMI KAMI SYIAH MENEGASKAN BAHAWA KAMI TIDAK MENGKAFIRKAN SAHABAT....
WAHAI SAUDARA TIDAK PENATKAH SAUDARA ASIK MENAMBUR FITNAH YANG SAMA TANPA DALIL....TELITI LAH KEMBALI HUJJAH SAYA SEBELUM INI DIMANA-MANA THRED SAYA SUDAH MENJELASKANNYA TIDAK CUKUPKAH DENGAN ITU?????
DIMANA BUKTI BAHAWA AHLULBAIT BERMAZHAB ASWJ
Saya mendoakan agar allah membuka hati mereka yang tertutup agar nampak kebenaran ahlulbait....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 16-7-2006 08:13 PM
DIMANA BUKTI BAHAWA AHLULBAIT BERMAZHAB ASWJ
salam
Ini yg syok nak bincang..shaikh bertanya: dimana dalilnya ahlulbait bermazhab aswj?..hmmm
ana dah lama tahu..mungkin enta masih mencari lagi..sebelum ana jawap...
satu soalan utk saudara shaikh ni..mane buktinya bahwa imam12 dan keturunannya berfahaman syiah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 16-7-2006 08:13 PM
WAHAI SAUDARA TIDAK PENATKAH SAUDARA ASIK MENAMBUR FITNAH YANG SAMA TANPA DALIL....TELITI LAH KEMBALI HUJJAH SAYA SEBELUM INI DIMANA-MANA THRED SAYA SUDAH MENJELASKANNYA TIDAK CUKUPKAH DENGAN ITU?????
salam semua
ana puji kesungguhan saudara shaikh ni yg betul2 hendak menguasai fahaman syiah ni..tapi hujah saudara tu semuanya ade dlm buku.
Tambahan pulak tak cukup meyakinkan..skop hujah saudara tidak meluas..dok berpusing2 tak kemana. wahai saudara..nak kenal satu2 fahaman ni kenal siapa pengasasnya, asal kemunculannya dan asasnya...adakah saudara betul2 telah menguasai sejarah fahaman syiah ini?
tgk pada hujah saudara...memang ana yakin yg enta hanya mengharapkan bahan bacaan dan bukannya belajar dari ahlinya sendiri apatah lagi kajian mengenai fahaman ini. Pernahkan enta buat kajian mengenai sejarah perkembangan syiah di iran, yaman, indonesia, syria, india dan nusantara? Pernahkah enta membuat kajian secara terperinci mengenai 'mazhab ahlulbait' ni dan 'mazhabnya ahlulbait'? Pernahkan enta buat kajian mengenai sejarah keturunan ahlulbait itu sendiri, apa fahaman dan pegangan mereka dan kenapa? Pernahkan enta membuat kajian mengapa anak2 imam12 ini berhijrah meninggalkan kampung halamannya sendiri di basrah, iraq? Pernahkan enta membuat kajian mengenai mengapa saidina ali ra dan kaum kerabatnya berhijrah dari madinah ke iraq dan mengapa?
kalau setakat baru baca buku tijani dah rasa pandai...ana no komen.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
ini perbincangan yg menarik
dari pembacaan sy yg sedikit (dn mungkin tidak juga diiktiraf org yg lebih pandai) merujuk kpd buku tulisan bro Hafiz mengenai mazhab, muncul mazhab ini lewat dr zaman Rasulullah sendiri, bagaimana boleh dinisbahkan Ahlul Bait beriktikad dengan ASWJ? (mohon pencerahan)
jika benar, ASWJ dari jalur yg mana satu (Hanafii, Maliki, Syafei, Hambali)? atau sebagaimana pendapat lain bahawa pecahan dalam ASWJ sebenar juga lebih dari empat, cuma yg masyhur 4 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum warahmatullah,
saya hendak mengalu-alukan tuan syed yahya ke forum ini. (saya pasti tuan adalah dari keluarga syed dari posting-posting yg lalu, kalau silap harap maaf). harap terus berforum untuk kita dapat menambah ilmu seterusnya. posting tuan nampak kelainan dari semua posting forumer di sini. selama ni selalunya terbahagi kepada 3 kem, kem syiah, kem sunni dan kem tak campur.
balik kepada topik.... mungkin agaknya sebahagian kita menilai sejarah dalam menetukan mazhab atau aqidah mana yang hendak diikuti. dan sebahagian lagi belajar aqidah dahulu kemudian memilih sejarah sebagai sejarah. kumpulan yg kedua ni, bagi saya seperti kita dilahirkan dalam sesuatu mazhab dan belajar dari kecil tentang semua ilmu feqah, tauhid, dll mengikut mazhab tersebut. kemudian apabila disogokkan dengan sejarah yg tak pernah dengar, maka ramai menukar aliran dan ramai yg menganggap sejarah yang dah selesai atau sejarah yang dah diputar belit.
untuk menjawab soalannya tuan syed apakah mazhabnya ahlul bait. jawapan saya ialah tiada mazhabnya. sebaliknya ahli sunni yang mengikut aqidah ahlul bait sebab apa yg saya ketahui imam mazhab yg 4 ini belajar dari imam ja'afar. kecuali sejarahnya ahlul bait yang saya rasa dianggap sejarah, maka bila saya lihat balik website asyraaf nampaknya sejarah yg website itu bercerita lebih condong kepada sejarah dari aliran syiah.
ini yg menarik perhatian saya, bagaimana ramai ahli sunni menjadi ahli syiah kerana kajian sejarah tetapi berlainan dengan asyraaf yang sejarah condong kepada syiah tetapi aqidah seperti sunni?
nota: maksud sejarah yg saya maksudkan ialah berkenaan sejarah imam ali dan fatimah azzahra. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 16-7-2006 06:37 PM
salam
takkan saudara shaikh aje nak jawap..yg lain2 mane. Geng2 sunni mane? takkan senyap je..dah antum kate syiah tu sesat, mesti antum lebih tahu apa itu mazhab ahlulbait dari syiah itu sendir ...
mintak maaf, saya hari ni saja dapat forum sementara. insyaAllah besok atau lusa baru dapat masuk balik macam biasa. itupun kalau diizinkan Allah.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|