CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3988|Reply: 4

Baim Wong Yang Terkenal Baik Hati Biadab Dengan Warga Emas!

[Copy link]
Post time 12-10-2021 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Aktor kacak Indonesia, Baim Wong dikenali sebagai figura baik hati kerana sering memberikan wang kepada setiap individu ditemuinya di jalanan.


Bagaimanapun, Baim kali ini dianggap ‘biadap’ terhadap seorang warga emas yang cuba menawarkan produk jualannya kepada pelakon itu.




Kredit foto: IG Baim Wong



Insiden ini dilihat dalam salah satu konten Baim di Youtube sebelum dimuat naik semula oleh netizen di TikTok sehingga menjadi tular.  


Dalam video itu, kelihatan Baim seperti rasa terganggu kerana diekori seorang lelaki ketika berada di jalanan sebelum bertanyakan sesuatu kepadanya.


"Kenapa? Lalu apa kaitannya ini dengan mengejarku demi wang?" soalnya.


Balas warga emas tersebut, dia mengejar Baim kerana berharap aktor itu akan membeli peroduk jualannya.








"Minta bantuan sahaja untuk membantu saya, jual saja," jelas lelaki itu.


Namun, respons Baim disifatkan sebagai mengecewakan kerana dia dilihat berkelakaun ‘biadab’ terhadap warga emas berkenaan.


"Apa? Kamu mengikutiku berapa kilometer. Apa yang kamu lakukan? Tidak, tidak ada yang mengemis," tegasnya.


Dalam pada itu, Baim menamatkan perbualannya bersama warga emas tersebut dan eralih ke ojek online (teksi motorsikal atas talian).








Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut memberikan wang kepada mereka yang berada di sekitarnnya.


"Seperti dia, bekerja. Ini Pak. Ini baru kerja. Diberi wang kerana kerja. Ini kerja," katanya lagi.


Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen di Indonesia berpendapat tindakan Baim tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap warga emas.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 05:51 PM | Show all posts
apa2 jela..semuanya demi content
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 08:49 PM | Show all posts
hati2 dengan org yg menayang kebaikan dan kemurahan hari di medsos... jangan dok puja dan percaya sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 12:38 PM | Show all posts
apa2 je la yindon nihg propa much
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 12:26 PM | Show all posts
taknak bagi org tua tu, ko jangan la bagi org lain depan dia..saja je dia  bagi mamat grab duit depan org tua tu macam saja nak sakitkan hati..kalau tgk pun menyakitkan hati je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.316443 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list