CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3841|Reply: 5

[Korean] Ho-yeon mangsa eksploitasi fesyen mewah?

[Copy link]
Post time 11-10-2021 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 01:39 PM

Ho-yeon mangsa eksploitasi fesyen mewah?


JUNG Ho-yeon menerima pelbagai tawaran menarik daripada jenama fesyen mewah selepas membintangi drama bersiri Squid Game. - AGENSI

SEOUL: Bintang utama drama Squid Game, Jung Ho-yeon berisiko menjadi mangsa eksploitasi pelbagai jenama fesyen mewah selepas jumlah pengikut aktres Korea Selatan itu meningkat secara mendadak dalam platform Instagram.

Lapor Daily Mail, pelakon dan model berusia 27 tahun itu menerima pelbagai tawaran menarik daripada label fesyen mewah dan jenama global yang berminat untuk memanfaatkan popularitinya.

Jenama fesyen mewah, Louis Vuitton menjadikan bintang kelahiran Seoul itu sebagai wajah koleksi terbaharunya yang mempromosikan pakaian, barangan kemas dan jam tangan jenama dari Perancis tersebut.

Pengeluar pakaian sukan, Adidas dan jenama fesyen mewah, Fendi pula memeterai perjanjian dengan Ho-yeon.

Ho-yeon kini menjadi seorang daripada model paling ‘laku’ di dunia selepas Squid Game ditayangkan pada bulan lalu.

Para pereka juga kagum dengan populariti Ho-yeon dalam media sosial selepas aktres itu mempunyai seramai 17 juta pengikut di Instagram dalam tempoh seminggu, sekali gus menjadikannya sebagai pelakon Korea Selatan mempunyai paling ramai pengikut di platform tersebut.

Malahan, satu hantaran yang memaparkan Ho-yeon menggayakan beg Louis Vuitton mendapat lebih enam juta tanda suka.

Sekeping gambar menunjukkan pelakon itu mengenakan pakaian sukan  Adidas pula berjaya meraih sokongan 8.3 juta pengikutnya.

Ho-Yeon dijangka melakukan peragaan pada pertunjukan fesyen di London, New York, Paris dan Milan pada tahun depan.

Dalam drama bersiri Squid Game, Ho-yeon memainkan watak seorang pembelot Korea Utara yang menyertai pertaruhan maut itu dalam usaha memenangi wang bagi membawa ahli keluarganya yang terperangkap di seberang sempadan.

Sumber:https://www.utusan.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuah manusia siapa yang tahuuu ye dok?


Bila laaa iol nak bertuah sehebat niii
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 11:19 AM | Show all posts
kenapa guna perkataan ekspoitasi? negatif sangat bunyinya sedangkan tuan punya diri pun dapat banyak manfaat juga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol ni memang model kan dulu, wajah dia yg unique dgn lakonan mantap memang membuahkan hasil. Punyalah ramai international fans yg suka dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 01:24 PM | Show all posts
apo pulak eksploit. Bukan dia buat benda tu free pon. Lagipun dia memang asal model, takde la pelik sangat kalau jadi duta barang high-end gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 04:30 PM | Show all posts
Term 'ekspoitasi' tu tak sesuai la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.343388 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list