|
Huawei Nova 9 dan 9 Pro Dilancarkan – Kamera 50MP, Snapdragon 778G Tetapi 4G
Diterbitkan pada 24 Sep 2021. oleh Amy Maizuraa.
Huawei mengemaskini barisan peranti di bawah siri Nova dengan memperkenalkan beberapa model baharu. Melaluinya, Huawei Nova 9 dan Nova 9 Pro telah diumumkan dengan reka bentuk fizikal yang mirip seperti siri Honor 50 sebelum ini. Kedua-duanya juga menggunakan cip Snapdragon 778G 4G.
Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova 9 Pro dilengkapi skrin 6.72 OLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 778G 4G dipadankan dengan GPU Adreno 642L, memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan 100W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Kamera hadapan pula adalah 32MP (ultra-lebar) + 32MP (potrait). Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, sokongan zum digital sehingga 10X, menjalankan HarmonyOS 2.0, dan sebagainya.
Huawei Nova 9 pula menggunakan skrin 6.57-inci OLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778G 4G, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 66W.
Untuk fotografi, ia dilengkapi sistem kuad-kamera dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Manakala, kamera hadapan adalah 32MP. Ciri-ciri lain termasuklah – bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, sokongan zum digital sehingga 10X, menjalankan HarmonyOS 2.0, dan sebagainya.
Untuk harga, Huawei Nova 9 dijual bermula RMB2699 (~RM1,747), sementara itu, Huawei Nova 9 Pro pula berharga bermula RMB3,499 (~RM2,266). Buat masa ini, kedua-duanya hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu. |
|