CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2718|Reply: 3

Lil Nas X, dah hamil walaupun dia lelaki

[Copy link]
Post time 20-9-2021 08:15 AM | Show all posts |Read mode
8 Fakta mengenai Lil Nas X, Rapper Yang Membuat Kejutan Mengumumkan ‘Kehamilan’



Siapa yang tidak kenal dengan rapper nombor 1 Amerika iaitu Lil Nas X. Dia yang membuat kejutan dengan pengumuman ‘kehamilan’ melalui gambar dengan perut besar. Namun jangan terkejut, itu hanyalah cara unik rapper yang berusia 22 tahun ini untuk mengumumkan muzik terbarunya ‘Montero’. Lil Nas X memberitahu bahawa dia akan melancarkan projek terbarunya pada 17 September 2021. Di dalam potret tersebut, Nas X mengenakan jubah satin berwarna putih dengan bunga mahkota dan perut yang seakan mengandung. Dia memberitahu bahawa idea untuk foto ‘kehamilan’ ini tercetur setelah mendengar lirik lagu Dolla Sign Slime milik Megan Thee Stallion.



Nama Lil Nas X menjadi viral setelah lagu rap negara pertamanya ‘Old Town Road’ disiarkan secara dalam talian. Kehidupannya sebagai penyanyi terus berubah dalam masa kurang dari setahun. Lil Nas X terkenal sebagai rapper sensasi yang telah melanggar peraturan dengan mencampurkan muzik country di dalam lagu tersebut.

Berikut kami senaraikan 8 fakta mengenai Lil Nas X yang dapat diringkaskan dari pelbagai sumber. jom kita tengok!

1. Nama Sebenar Lil Nas X



Nama sebenar Lil Nas X adalah Montero Lamar Hill yang dilahirkan pada 9 April 1999 di bandar kecil Lithia Springs, Georgia, di luar Atlanta. Nama Lil Nas X digunakan untuk lagu ‘Industry Baby’ adalah sebagai tanda penghormatan kepada Nas yang dianggap sebagai salah satu rapper terhebat dan paling berpengaruh sepanjang masa.

2. ‘Broken Home’



Lil Nas X berasal dari keluarga yang berpecah belah (broken home). Ketika berusia 6 tahun lagi, penyanyi ‘Industry Baby’ ini harus berhadapan dengan penceraian kedua ibu bapanya. Nas X kemudiannya berpindah ke Projek Perumahan Bankhead Court pada tahun 2005. Dalam masa yang sukar ini, dia tinggal bersama ibu dan neneknya sebelum menetap dengan ayahnya tiga tahun kemudian dia Austelll, Georgia.

3. Lil Nas X Mempunyai 7 Orang Adik-Beradik

Lil Nas X mempunyai keluarga besar dan dia mempunyai tujuh orang adik beradik iaitu lima saudara perempuan dan dua saudara lelaki. Keluarga sangat bermakna bagi dirinya. Rapper ini mengakui bahawa dia banyak menghabiskan gaji pertamanya untuk membawa keluarganya bersiar-siar dan bermain bowling bersama. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga yang sangat dia sayangi.

4. Admin Akaun Peminat Nicki Minaj



Sebagai seorang remaja, dia banyak menghabiskan masa di twitter yang mula diaktifkannya pada tahun 2015. Dia akhirnya berjaya mengumpul pengikut yang ramai di Twitter. Pada masa itu juga, Lil Nas X menjadi admin untuk akaun peminat Nicki Minaj yang bernama NasMaraj. Rapper itu kini mempunyai lebih daripada lima juta pengikut di Twitter.

5. Secara Terang Terangan Mengaku Gay



Pada Jun 2019, Lil Nas X secara terbuka mengakui bahawa dirinya adalah seorang gay.  Dia juga buat pertama kalinya telah mendedahkan orientasi seksualnya kepada ibu bapanya. Nas X juga kemudiannya mengumumkan perkara tersebut di Twitternya. Namun, pengakuan secara terbuka sebagai gay diterima baik oleh peminat dan media.

6. Old Town Road Telah Menaikkan Namanya



Nama rapper ini terus melonjak naik berkat single rap negaranya ‘Old Town Road’. Lagu ini mula menjadi viral di Tik Tok pada awal tahun 2019 dan mendapat pengiktirafan ‘Diamond’ pada bulan November tahun yang sama. ‘Old Town Road’ berjaya memasuki carta nombor 1 US Billboard Hot 100 dan kekal di sana selama sembilan belas minggu yang paling lama untuk mana-mana lagu sejak mula dari tahun 1958.

7. Memenangi Dua Grammy Award



Old Town Road berjaya merangkul dua Grammy Award untuk Video Muzik Terbaik dan Persembahan Pop Duo / Kumpulan Terbaik, bersama dengan enam pencalonan lain pada tahun 2019.

8. Membuat Persembahan Dengan BTS



Lil Nas X pernah tampil dengan BTS di Anugerah Grammy 2020 yang mempersembahkan lagu Old Town Road. Penampilan mereka pendek tetapi meninggalkan kenangan yang sangat manis dengan persembahan yang lebih santai dari band terkenal Korea Selatan itu.

Lil Nas X sempat ditanya ahli BTS yang manakah yang paling disukainya semasa siaran langsung. Walaupun ianya agak sukar untuk dijawab, dia akhirnya memilih RM. Kedua-duanya berkolaborasi untuk remix Old Town Road.

Jadi, itulah adalah senarai 8 fakta mengenai Lil Nas X yang berjaya mengejutkan industri muzik. Siapakah yang mengidolakan Lil Nas X?

Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen dia dkt metgala pun leh tahan..3 in 1 style...ade gold jumpsuit ade armour  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Prostetik tu nampak real naa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
is it a boy album or a girl album?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.039653 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list