View: 2118|Reply: 5
|
Lisa leburkan rekod PSY
[Copy link]
|
|
LISA Blackpink kini meraih kejayaan luar biasa menerusi single solo berjudul Lalisa.
Lisa leburkan rekod PSY
PENANTIAN peminat kumpulan Blackpink untuk menunggu lagu solo Lisa akhirnya terbalas apabila video muzik (MV) Lalisa yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.
Istimewanya mengenai lagu yang diambil bersempena dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban, sehingga Lalisa telah mencatat beberapa rekod bagi industri muzik Korea Selatan dan dunia.
Agensi Lisa, YG Entertainment menerusi sebuah kenyataan mengumumkan lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan menerusi laman YouTube hanya selepas dua hari diluncurkan.
Pencapaian tersebut turut meleburkan rekod yang dipegang MV penyanyi PSY sebelum ini, Gentleman yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa empat hari.
Tidak setakat itu, Lalisa juga dikatakan telah memecah rekod dipegang oleh penyanyi Taylor Swift menerusi lagu duet bersama Brendon Urie, Me! sebagai MV penyanyi solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di laman YouTube.
Terdahulu pada 2019, Taylor memegang rekod berkenaan dengan jumlah 65.2 juta tontonan.
Biarpun pihak YouTube masih belum membuat sebarang pengumuman, namun berdasarkan laporan media antarabangsa Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Mendonia awek siam ni di tempat yang betul masa yang tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 17-9-2021 11:21 AM
Mendonia awek siam ni di tempat yang betul masa yang tepat.
Lepas tu bakalan flop macam 2ne1 |
|
|
|
|
|
|
|
cikpuanviolet replied at 17-9-2021 04:54 AM
Lepas tu bakalan flop macam 2ne1
Huk huk... lifespan kejap je.. kat korea gitu. kat hollywood boleh tahan lama juga cam jlo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 17-9-2021 08:43 PM
Psy tu hasil hype lagu viral Gangnam Style sblm tu, bukan sebab peminat2 hadcore ramai yg rajin streaming video.
Beza ler dgn penyanyi2 kpop muda yg ada ramai peminat hardcore terutama Blackpink dan BTS. Diorang ni kalau release video 'burp' je pun rasa berkoyan peminat hardcore akan streaming video |
|
|
|
|
|
|
|
adakah boleh memotong record Adele capai satu billion dalam 87 hari.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|