CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 0

Snoop Dogg puji rappers Malaysia, siap nak hadiahkan rantai

[Copy link]
Post time 15-9-2021 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 16-9-2021 08:15 AM


Penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg memuji usaha Joe Flizzow mencungkil bakat muzik hip hop Malaysia menerusi pentas 16 Baris yang dijayakannya sejak 2018.

Snoop Dogg puji rappers Malaysia, siap nak hadiahkan rantai

PETALING JAYA – Penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg memuji usaha Joe Flizzow menaikkan muzik hip hop tanah air dengan penubuhan pentas 16 Baris yang dikepalai rapper kebanggaan Malaysia itu.

Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr. berkongsi satu entri IG Story dirinya menonton episod 16 Baris dalam laman perkongsian video, YouTube yang menyaksikan Bunga Is Me, Noki dan Wo Shi Jay mengadakan persembahan pada 2019.


Snoop Dog
“@16.baris dope show with unsigned international rappers (acara hebat memaparkan rappers antabangsa yang belum ditandatangan),” tulis Snoop yang memiliki 65 juta pengikut Instagram sebagai kapsyen pada entri berkenaan.

Dalam pada itu, Joe atau nama sebenarnya, menerusi IG Story turut berkongsi untaian momen dirinya mengadakan perjumpaan secara virtual dengan rapper berpengaruh dunia itu.

“Perjumpaan pagi bersama @snoopdogg. Dari LBC (Long Beach City Crew) ke KL,” tulis Joe.

Dalam sesi perjumpaan virtual itu, Snoop turut mengatakan tidak sabar untuk bertemu Joe dan rakan-rakan di Malaysia dan menghadiahkan rantai.

“Saya ada rantai nak berikan kepada kalian semua apabila kita bertemu nanti,” ujar Snoop.

Joe kemudian membalas: “Saya akan hantar karpet tak lama lagi anda hanya perlu bagi alamat (tertawa).”

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records (syarikat milik Joe) dan Rocketfuel Entertainment yang menyediakan platform untuk menonjolkan bakat hip hop Asia Tenggara.

Sudah berlangsung dua musim, setiap episod menampilkan bakat baharu dunia hip hop dari negara Asia Tenggara terutamanya Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara bakat yang telah berjaya digilap dan dihidu dari pentas 16 Baris adalah K-Clique, Bunga Is Me, Zameera dan Yung Raja. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list