CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 1

Bapa pemandu terhebat - Mick Schumacher

[Copy link]
Post time 13-9-2021 07:32 AM | Show all posts |Read mode

Legenda F1, Michael Schumacher (kiri) dan anaknya, Mick Schumacher. FOTO File Agensi

Monza: Pemandu pasukan Formula Satu (F1) Haas, Mick Schumacher berkata bapanya, Michael Schumacher adalah antara pemandu terbaik dalam sukan itu, tidak kira apa pencapaian Lewis Hamilton sekalipun.

Hamilton merangkul kejuaraan ketujuh F1 tahun lalu, menyaksikan dia menyamai senarai kejuaraan sepanjang zaman bersama pelumba senior, Michael Schumacher.

Pemandu Mercedes itu bersaing dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen bagi kejuaraan dunia tahun ini.

"Bapa saya adalah antara pemandu terhebat dalam perlumbaan ini," kata Mick Schumacher, 22.

"Tetapi dia bukan hanya pemandu terbaik, dia juga bapa terbaik dalam dunia."

Michael Schumacher, 52, mengalami kecederaan dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti meluncur ais pada Disember 2013 dan berada dalam keadaan koma selepas mengalami beberapa kecederaan otak.

Keluarganya merahsiakan keadaan kesihatan pelumba itu secara peribadi kerana ia dipercayai diatas permintaannya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2021 07:34 AM | Show all posts
schumi meme lejen..dan hamilton juga akan dikenang sebagai lejen F1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.126449 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list