View: 4130|Reply: 12
|
Pasangan Artis Korea Dengan Perkahwinan Yang Singkat
[Copy link]
|
|
5 Pasangan Artis Korea Dengan Perkahwinan Yang Singkat, Ada Yang Hanya 12 Hari
Realiti kehidupan cinta selebriti Korea tidak seindah drama yang dilakonkan mereka. Sebilangan selebriti ini mengalami masalah dalam percintaan dan perkahwinan, dimana perkahwinan mereka akhirnya kecundang di pertengahan jalan. Mereka terpaksa memilih untuk bercerai pada usia muda perkahwinan. Sebenarnya, Ada juga yang memutuskan untuk bercerai hanya dalam beberapa hari hingga beberapa bulan perkahwinan. Siapakah pasangan selebriti Korea yang kami maksudkan ini. Jom kita tengok!
1. Lee Min Young & Lee Chan – 12 Hari
Perkahwinan pasangan artis Lee Min Young dan Lee Chan telah mengejutkan masyarakat Korea kerana hanya bertahan selama 12 hari. Cinta lokasi yang tercetus antara mereka semasa kedua-duanya membintangi drama ‘Precious Family’, setelah menjalinkan hubungan selama lebih kurang 10 bulan, mereka akhirnya berkahwin pada 10 Disember 2006. Tetapi malangnya perkahwinan itu tidak bertahan lama, Lee Min Young kemudiannya memutuskan untuk bercerai dengan Lee Chan pada 22 Disember 2006 kerana suaminya itu dikatakan sering melakukan kekerasan. Malah, Lee Chan juga pernah memukul hidung dan perut Lee Min Young semasa hamil sehingga keguguran.
2. Myung Se Bin & Kang Ho Sung – 5 Bulan
Pelakon drama ‘First Love Again’, Myung Se Bin memutuskan untuk berkahwin dengan seorang pengacara bernama Kang Ho Sung pada 17 Ogos 2007. Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung dengan cukup mewah dan meriah di Sheraton Walkerhill Hotel, Seoul, Korea Selatan. Namun, setelah 5 bulan usia perkahwinan, kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada Januari 2008. Dikatakan, sebab mereka bercerai adalah kerana perbezaan pendapat, tiada persefahaman dan perbezaan keperibadian dan juga pekerjaan.
Dikhabarkan juga setelah bercerai, Myung Se Bin merasa sangat trauma dan memutuskan untuk tidak mahu menikah lagi. Sehingga kini, pelakon berusia 45 tahun itu, dikatakan tidak pernah berkawan apatah lagi menjalinkan percintaan dengan mana-mana lelaki.
3. Park Hwan Hee & Bill Stax – 15 Bulan
Perkahwinan pelakon drama ‘Descendant Of The Sun’, Park Hwan Hee dan rapper bernama Bill Stax pada 30 Julai 2011 juga tidak bertahan lama. Pada masa itu, Hwan Hee baru berumur 23 tahun dan sedang hamil. Setelah 15 bulan hidup bersama, akhirnya pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Disember 2012. Hasil dari perkahwinan itu, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki bernama Shin Seop. Selepas bercerai, Bill Stax kemudiannya cuba untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Tetapi beberapa tahun kemudian, hak penjagaan tersebut telah jatuh kepada Hwan Hee kerana Bill Stax terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah.
4. Song Hye Kyo & Song Jong Ki – 20 Bulan
Pasangan selebriti terkenal Korea, Song Hye Kyo dan Song Jong Ki memutuskan untuk berkahwin pada 31 Oktober 2017 setelah terlibat dalam cinta lokasi drama ‘Descendant Of The Sun’. Perkahwinan mereka tentu sahaja membuatkan ramai yang merasa bahagia dan teruja namun dalam masa yang sama, ramai juga yang patah hati. Tetapi sayangnya, perkahwinan itu tidak bertahan lama. Pada 27 Jun 2019, Song Jong Ki dilaporkan telah meminta cerai dari Song Hye Kyo hingga kedua-duanya secara rasmi bercerai pada 22 Julai 2019. Berita perceraian mereka sekali lagi telah mengejutkan ramai rakan selebriti dan peminat kerana mereka seakan tidak percaya bahawa ‘chemistry’ yang wujud antara keduanya harus berakhir dengan perceraian.
5. Ku Hye Sun & Ahn Jae Hyun – 3 Tahun
Pasangan selebriti Korea yang terakhir adalah Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun. Mereka juga terlibat dalam cinta lokasi semasa membintangi drama berjudul ‘Blood’ dan memutuskan untuk berkahwin pada 20 Mei 2016. Setelah 3 tahun usia perkahwinan mereka, Ahn Jae Hyun dikatakan meminta cerai dari Ku Hye Sun pada bulan Ogos 2019. Berita ini tentunya telah membuatkan ramai peminat patah hati kerana mereka berdua kelihatan sangat romantis. Dikatakan, pesanan teks Ku Hyu Sun dan Ahn Jae Hyun yang mengandungi teks pertelagahan mereka telah didedahkan kepada umum dan itu diakui sendiri oleh Ku Hye Sun di instagramnya dan dia juga mengatakan bahawa isterinya Ahn Jae Hyun sudah tidak lagi menyayanginya seperti dulu dan mereka kerap bergaduh. Namun kenyataan itu dinafikan oleh Jae Hyun.
SumbeR:https://murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
4 dan 5 jer kenal..1-3 whoareyus |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. artis Malaysia kawen cerai pun biasa juga..
tapi kalau rakyat marhaen Malaysia
pasangan bergaduh, kalau tak bercerai, mesti tahun depan tu beranak.
tak tau kenapa
gaduh beranak gaduh beranak
mungkin ada formula yang aku kurang jelas |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata kawan aku "dah nama pun kawin, bergaduh bergasak pecah pinggan mangkuk terbang melayang pun, tetap kena tido sekatil"
aku pun xfaham. dh kata gaduh, x sayang, ... tup2 bergasak laki bini wat anak boleh plk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Song couple tu syg betul. Sama cantik sama padan. Nak2 song yang jantan tu. muka flawless macam porcelain |
|
|
|
|
|
|
|
Song2 couple tu agak terkilan tak dpt bertahan.
Pasangan yg sgt serasi dlm lakonan dn juga in real life huhu tp syg jodoh dorang tak panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Song2 kapel tu aku speku joong ki jeles hye kyo rapat sangat dengan yoo ah in muahhahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dengar nama lee chan
dah kena blacklist dek ummah korea kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Joong Ki sndiri pun mmg berkwn baik dgn YAI lps berlakon sama2 dlm Sungkyunkwan Scandal thn 2010...YAI start rapat dgn Song Hye Ko lps masuk ke agensi yg manage karier Song Hye Kyo thn 2014 (lps Google td)....YAI ni pun ska post gmbr dgn SHK kat IG...depa nmpk rapat kan....tapi kwn ja rsnya....YAI supportive dkt pelakon2 wanita....gitu hihih
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyo korang x pernah dengar nama ni nama tu,
aku langsung x pernah dengar semua nama di atas |
|
|
|
|
|
|
|
nadie90 replied at 12-9-2021 10:18 PM
Tapi Joong Ki sndiri pun mmg berkwn baik dgn YAI lps berlakon sama2 dlm Sungkyunkwan Scandal thn 2 ...
Tapi YAI SJK tak laa serapat YAI SHK....hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 18-9-2021 06:50 PM
Mini.Me replied at 12-9-2021 08:38 PM
Song2 kapel tu aku speku joong ki jeles hye kyo rapat sangat dengan yoo ah in muahhahahaa
Setakat jeles tu hal kecik, lain ler ada skandal
Antara speku knetz, melibatkan sponsor dari China. Tapi hanya diorang je yg tau. Tapi SHK tu nampak lain muka sekarang, selain dpd teknik mekap semata2.
SJK tu sayang, cepat sgt nak kawen masa nama tgh naik, patut ambik peluang kukuhkan nama dulu, kalau perkahwinan tu bertahan berbaloi ler jugak, alih2 sekejap je kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jga lee dong gun (ex bf jiyeon t-ara) tu divorce after 3thun dgn bini dia yg actress tu. Cheating from jiyeon lepas tu actress tu hamil so kena kahwin la diorang ni. Sekejap je kawen |
|
|
|
|
|
|
| |
|