CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 1

Jennifer Lawrence hamil

[Copy link]
Post time 9-9-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Jennifer Lawrence hamil


JENNIFER Lawrence bersama suami, Cooke Maroney.

Los Angeles: Pelakon Jennifer Lawrence, 31, dan suami, Cooke Maroney, 37, bakal menimang cahaya mata sulung apabila dia kini dilaporkan hamil.

Berita gembira itu disahkan jurucakap Lawrence, hari ini.

Pasangan itu mula dikaitkan pada Jun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada Februari 2019. Mereka kemudian berkahwin di Rhodes Island pada Oktober tahun yang sama.

Majlis terbabit cuma dihadiri 150 tetamu yang rata-ratanya rakan artis terdekat. Antaranya penyanyi Adele, Amy Schumer, Kris Jenner dan Emma Stone.

Terdahulu, Lawrence pernah berkongsi bahawa Maroney yang juga pemilik galeri seni adalah insan paling hebat pernah dikenalinya.

Bagaimanapun, dia tidak terus mengiyakan jika dia mahu berkahwin dengannya.

Namun, dia mengakui adalah satu penghormatan jika bergelar keluarga Maroney.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu dia dah kawin tetibe dah mengandung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.039672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list