CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 7

Kerana Song Ji-hyo, Manila jadi ibu negara Malaysia

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:18 PM | Show all posts |Read mode

SEDUTAN episod Running Man yang memaparkan jawapan selamba daripada Ji-hyo yang menjawab bahawa Manila merupakan ibu negara Malaysia.

Kerana Song Ji-hyo, Manila jadi ibu negara Malaysia

SIAPA yang tidak kenal dengan rancangan anekaragam popular Korea, Running Man.

Baru-baru ini, program berkenaan mencuri perhatian penonton tempatan apabila beberapa ahlinya bermain permainan soal jawab mengenai ibu negara Malaysia.

Situasi tersebut bermula apabila Ji Suk-jin bersama tetamu jemputan, Lee Young-ji berlatih menjawab kuiz dengan bertanya apakah ibu negara Malaysia.

“Kuala Lumbalumba,” jawab Young-ji dalam tayangan episod ke-567 tersebut.

Adegan tersebut semakin lucu apabila Suk-jin bertanyakan soalan sama kepada Song Ji-hyo.

“Manila,” jawab Ji-hyo dengan penuh keyakinan.

Reaksi bersahaja ditambah pula dengan air muka ‘kosong’ Ji-hyo mengundang tawa penonton serta ahli Running Man lain.

“Ji-hyo memang terkenal dengan otak kosong. Diberi pula soalan berat begitu, bertambah kabur pemikirannya,” komen seorang netizen.

“Baru tahu selama ini aku tinggal di Manila,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat negara ini turut melahirkan rasa bangga apabila nama Malaysia menjadi sebutan dalam rancangan popular tersebut.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnye dorg ni...benda senang mcm tu pn x tau...tp tetap jd pojaan rakyat msia yg mudah terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tgk cite running man.. Klu quiz je mmg jahanam.. Math lagi la.... Pelik ak basic math pun fail
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 03:40 AM | Show all posts
hamagad bodohnyaaa

lg bodo bila rakyat Malaysia bangga nama negara disebut2 wpun jawapan kuiznya bodo
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi la..nasib baik ko lawa sjh, kalo tak aku kecam bodoh n hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 12:22 PM | Show all posts
aku selalu tengok runningman ni, memang level IQ diorang tak seiring dengan populariti. kalau bab bahasa inggeris lagi ke laut dalam yang boleh bercakap english Joong Kook je. Tapi tu lah tak boleh memperkecilkan diorang sebab diorang level international kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2021 01:49 PM | Show all posts
iols suka jihyo, tapi bila dia kata manila, malaysia , iols rasa'terhina'sikit. iols rasa malaysia ni terkenal juga utk semorang yg pernah pi sekolah tahu yg kuala lumpur tu ibu negara malaysia. sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:19 PM | Show all posts
Edited by cikpah27 at 8-9-2021 03:21 PM

Kalau time kuiz2 cam ni, aku tertanya2 gak, dorang ni memang tak tahu ataupun buat2 tak tahu.. Benda simple pun tak tahu.. Basic english ke laut.. Simple math ke laut.. pastu youngji tu, sukjin dah cakap kuala lumpur, dia dok lumpura lampura tak habis2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.238673 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list