View: 1296|Reply: 2
|
Suami ditahan, Shilpa Shetty tetap teruskan juri Super Dancer 4
[Copy link]
|
|
Suami ditahan, Shilpa Shetty tetap teruskan juri Super Dancer 4
Shilpa Shetty
Mumbai: Selepas lama berdiam diri susulan penangkapan suaminya Raj Kundra, pelakon Shilpa Shetty, 46, kembali bekerja dan memasuki set program Super Dancer 4 selaku juri.
Semalam, kehadirannya dalam penggambaran program terbabit turut dialu-alukan keseluruhan produksi. Mereka lega pelakon itu kembali menjayakan program terbabit.
Penerbitnya Ranjeet Thakur berkata, Shilpa adalah keutamaan mereka walaupun apa juga dugaan menghimpitnya sekarang.
Benang Berkaitan : Suami Shilpa Shetty ditahan hasil, siar filem lucah
"Dia adalah juri kami, dan dia harus kekal di sini," katanya ringkas.
Sumber produksi juga mendedahkan, mereka cukup bimbang dengan keadaan Shilpa. Mereka tidak mahu memaksanya, namun gembira dengan keputusannya terus kekal dalam program itu.
"Semua penerbit tidak terus berkomunikasi dengannya dan baru-baru ini saja dia memutuskan dirinya bersedia membuat kemunculan semula.
"Shilpa mahu kembali bekerja bukan saja demi anak-anak dan keluarganya, tetapi untuk kewarasan diri juga. Kehadirannya cukup dialu-alukan pasukan Super Dancer membuatkan dia begitu beremosi pagi tadi (semalam)," kata sumber itu.
Pada 19 Julai lalu, suaminya Raj ditahan polis atas kesalahan menghasilkan dan menayangkan filem lucah. Pesuruhjaya Polis Mumbai, Hemant Nagrale memaklumkan mereka memiliki bukti kukuh bahawa Raj terbabit.
Terdahulu, sembilan individu ditahan selepas kes terbabit didaftarkan pada Februari lalu. Selain kes itu, nama Raj turut terbabit dalam sebuah kes seumpama yang didaftarkan polis Maharashtra Cyber, tahun lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
masa blakon Dhadkan dulu, x secantik skg lah. hidung pun dh lain, tona kulit pun dh semakin cerahhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun wajah dia dh dialter tp body dia seriousy cantik gila pinggang dia ramping okk lagi sorang yg ai rasa cantik and natural ialah Urmila Matondkar |
|
|
|
|
|
|
| |
|