CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 0

SO Hee Tarik diri filem besar

[Copy link]
Post time 5-8-2021 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Tarik diri filem besar


SO Hee perlukan rehat secukupnya.

ANNYEONGHASEYO!

Selepas diumumkan bakal membintangi sebuah filem besar berjudul Gentleman, pastinya ramai tidak sabar melihat kemunculan Han So Hee dalam naskhah itu. Mana tidaknya, dia antara pelakon wanita cukup digilai sekarang.

Bagaimanapun, So Hee dikhabarkan terpaksa menarik diri dan melepaskan peluangnya terbabit dalam filem berkenaan. Keputusan berat itu diambil kerana dia kini berdepan masalah kesihatan.

Justeru, dia perlu nekad untuk melepaskan tawaran filem itu kerana ingin memberi fokus kepada kesihatan. Sejak kebelakangan ini, dia dikhabarkan tidak putus-putus dihujani pelbagai tawaran menyebabkan dia mengalami keletihan.

Berita terbabit disahkan agensinya 9ato Entertainment yang sangat menyokong tindakan So Hee. Mereka tidak mahu mengabaikan kebajikan pelakon itu dan jauh mengutamakan kesihatannya.

"Kami ingin maklumkan, Han So Hee sudah menarik diri daripada filem Gentleman. Dalam kesibukan jadual kerjayanya, terdahulu dia ada berbincang secara lanjut dengan produksi filem itu dan menyatakan keinginan membintangi Gentleman.

"Bagaimanapun, disebabkan saranan serta penilaian doktor, dia perlukan rehat secukupnya buat masa ini. Ia kerana beberapa isu kesihatan termasuk keletihan melampau dan dia memutuskan untuk pulihkan fizikal serta mentalnya.

"Walaupun kami sendiri sangat teruja untuk menunjukkan sisi berbeza lakonan So Hee menerusi filem itu, kami mohon peminat faham dengan keputusan terbabit. Masanya masih panjang untuk berbuat demikian.

"Buat masa ini, dia akan fokus bagi memulihkan semula tahap kesihatannya. Dia akan kembali rancak dengan projek baharu sebaik kesihatannya kembali seperti sedia kala demi peminat,

" kata agensinya.

Terdahulu, So Hee dilaporkan akan bergandingan dengan Joo Ji Hoon untuk membintangi Gentleman. Selepas pengundurannya, pelakon Park Sung Woong disahkan bakal menyertai barisan pelakonnya.

Sung Woong akan menggalas watak ketua syarikat dari latar belakang keluarga kaya-raya. Pertaruhan untuknya menggantikan So Hee jelas dikira bijak mengambil kira corak lakonannya sangat cemerlang.

Filem itu mengisahkan penyiasat peribadi Ji Hyun Soo (Ji Hoo) yang menjadi mangsa perangkap untuk sebuah kes bunuh. Demi membela dirinya serta membuktikan dia tidak bersalah, dia perlu bergandingan dengan Kim Hwa Jin untuk misi itu.

Menurut produksi, barisan pelakon yang sah membintangi filem itu sudah hampir ditetapkan secara rasmi. Filem terbabit memulakan penggambaran dalam masa terdekat dan dijadualkan tayangannya dibuat pada tahun depan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.230775 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list