CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 0

[Sarawak] Purata 25 peratus kes harian baharu Covid-19 jangkiti remaja bawah 18 tahun

[Copy link]
Post time 4-8-2021 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Purata 25 peratus kes harian baharu Covid-19 jangkiti remaja bawah 18 tahun



KUCHING: Purata 25 peratus kes harian baharu Covid-19 dilaporkan pada Julai melibatkan individu berumur di bawah
18 tahun, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.


Dr Mohamed Sapian dalam satu kenyataan berkata, golongan tersebut belum layak menerima imunisasi Covid-19 berdasarkan polisi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika ini dan amat berisiko terdedah kepada jangkitan serta komplikasi penyakit Covid-19.
Malah katanya, kadar liputan imunisasi yang tinggi amat diperlukan bagi melindungi golongan yang tidak layak untuk imunisasi
Covid-19.

“Sehingga 2 Ogos, Sarawak telah mencapai liputan imunisasi Covid-19 yang tinggi dalam kalangan semua populasi dewasa yang layak iaitu sebanyak 87.3 peratus bagi dos pertama dan 69.2 peratus bagi dos kedua.

“Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum menerima dos pertama vaksin atau belum menerima janji temu imunisasi Covid-19 diseru agar segera menghubungi Pejabat Residen, Daerah atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau Klinik Kesihatan berhampiran untuk mendapatkan tarikh janji temu imunisasi atau menerima imunisasi Covid-19 secara hadir terus,” katanya.



https://suarasarawak.my/purata-25-peratus-kes-harian-baharu-covid-19-jangkiti-remaja-bawah-18-tahun/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 1.093386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list