CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 0

[Sarawak] KKM keluar 10 kompaun bernilai RM33,000 di Bintulu

[Copy link]
Post time 3-8-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
KKM keluar 10 kompaun bernilai RM33,000 di Bintulu



Dr Melvin (kiri) bersama-sama pegawai KKM yang lain semasa menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis dalam operasi berkenaan.

BINTULU: Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan sebanyak 10 kompaun bernilai RM33,000 atas pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi pemeriksaan di sekitar bandar ini pada Isnin.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam operasi empat jam bermula jam 2.30 petang itu, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah syarikat perindustrian yang mana mendapati pemiliknya gagal menyediakan alat pengimbas suhu dan cecair pensanitasi tangan di pintu masuk premis.

"Kegagalan berbuat demikian membuatkan syarikat terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan yang dilakukan," ujarnya.

Turut dikenakan kompaun RM1,500 katanya, adalah seorang pekerja syarikat terbabit yang tidak memakai pelitup muka.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kedai perabot turut mengesan lima pekerja dalam premis itu tidak memakai pelitup muka menyebabkan masing-masing dikompaun RM1,500.

Melvin berkata, bagi kesalahan yang dikesan di sebuah salun, pemiliknya dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana didapati menyediakan perkhidmatan meluruskan rambut yang masih belum dibenarkan buat masa ini, melainkan perkhidmatan gunting rambut.

"Dalam masa sama, seorang wanita turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana membawa anaknya yang bawah 12 tahun masuk ke dalam premis sama," jelasnya.

Beliau dalam masa sama berharap agar semua pihak sentiasa mengamalkan pematuhan SOP ketat bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini dapat dicapai sekali gus membebaskan Bintulu dari jangkitan COVID-19 dalam masa terdekat.

Dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan itu, sebanyak 14 premis diperiksa termasuk enam kedai makan, enam kilang, sebuah kedai perabot dan sebuah salun.


utusanborneo.com.my/2021/08/03


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.326904 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list