View: 8727|Reply: 44
|
Kembar Tak Seiras Versi Rare! Seorang Korea, Seorang Jepun Kelate
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAL at 26-6-2021 05:03 PM
Lebih empat tahun Noor Azlinee A.Kadir dan pasangannya menunggu untuk menimang cahaya mata mereka sendiri.
Pelbagai usaha dilakukan termasuk menjalani rawatan kesuburan menggunakan laser di sebuah pusat perubatan di Kelantan.
Berkat kesabaran, mereka akhirnya dikurniakan sepasang kembar tak seiras yang cukup istimewa apabila salah seorang daripada bayinya memiliki kulit dan rambut berwarna cerah.
Mendapat jolokan Mat Salleh-Korea, Che Muhammad Sollehin Che Azmi yang kini berusia enam tahun mula menjadi perhatian ramai sebaik dia dilahirkan.
Berkongsi pengalaman lucu sewaktu melahirkan Che Muhammad Sollehin, Noor Azlinee berkata anaknya itu selamat dilahirkan secara normal manakala adiknya, Che Muhammad Asyraf Che Azmi dilahirkan melalui pembedahan cesarean lebih kurang sejam kemudian.
"Masa dia keluar memang saya terkejut sikit sebab nampak macam putih tapi doktor terus bawa ke bilik sebelah kemudian panggil suami. Jururawat semua hilang pergi bilik sebelah sebab masing-masing excited nak tengok mata dia, mereka kata hanya satu dalam sejuta je baby albino yang bermata merah tapi mata dia normal je.
"Suami saya pula lepas azankan anak dia keluar tanya mak saya kita ni ada keturunan orang putih ke? Mak saya terkejut, pelik la bila dia tanya macam tu tapi bila dia tengok anak saya dia sendiri pun terkejut.
"Suami saya cakap setiap kali dia pergi tengok anak, penuh doktor tengah tengok anak saya, masing-masing semua teruja," ujarnya lucu.
Menurut Noor Azlinee atau lebih senang disapa Azlinee, dia hanya dapat melihat anaknya itu pada keesokan hari selepas melahirkannya.
"Bila saya sedar, memang mak dengan suami dah beritahu pasal anak saya tapi saya tak boleh nak bayangkan, putih macam mana? Rupa dia macam mana? Memang tak sabar-sabar nak tengok.
"Bila tengok dia memang saya rasa teruja jugalah sebab Allah nak bagi kita sesuatu yang istimewa ni mesti ada sebab, saya memang tak ada sekelumit pun rasa kecewa, lebih kepada tak sangka dengan apa yang saya dapat," katanya.
Tambah Azlinee dia pada mulanya tidak menyangka hamil anak kembar kerana Che Muhammad Sollehin hanya 'menonjolkan diri' ketika dia menjalani pemeriksaan sewaktu usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.
"Sollihin sepatutnya adik sebab masa scan enam minggu nampak adik dia je, bila scan tiga bulan baru nampak dia... itu pun doktor tak bagi maklum pada keluarga lagi sebab jantung tak fully developed, bila dah nak masuk bulan ke empat baru doktor check semula dan sahkan yang dia hidup," katanya.
Menurut Azlinee anaknya itu bagaimanapun tidak sama seperti kanak-kanak albino yang lain.
"Nak cakap albino pun mungkin dia hanya di peringkat awal sebab dia tak macam kanak-kanak albino yang lain, dia boleh keluar main panas, dia tak ada masalah buka mata atau silau.
"Memang dah bawa jumpa pakar kulit dan mata, tak ada masalah cuma dia rabun jauh sedikit itu pun doktor kata tak perlu pakai cermin mata lagi
“Orang kata albino ni biasa ada keturunan, kami kurang pasti. Cuma ayah kepada nenek budak ni memang kahwin dengan mat salih mata biru, dia ni generasi ke lapan, saya dengan suami pula memang ada keturunan Cina, jadi tak pastilah," katanya.
Menurut Azlinee, Sollihin seorang kanak-kanak yang sangat cerdas.
"Otak dia cekap dan dia sangat cepat belajar, dekat sekolah apa yang cikgu ajar sekali je dia dah boleh ingat.
"Bila saya ajar dia baca Al-Quran pun memang dia sangat mudah tangkap," katanya.
Tambahnya, kedua-dua kembar tidak seiras ini bagaimanapun mempunyai perangai yang berbeza bagaikan langit dengan bumi.
"Sollihin suka makan makanan kampung, sayur air sebab dia membesar dekat kampung sampai umur dia setahun setengah baru saya ambil dia tinggal dengan saya dekat Bangi.
"Adik dia pula susah sangat nak makan, Sollihin masa kecil susah makan tapi lepas saya ikhtiar macam-macam bagi makan madu la, sekarang dia sangat berselera makan.
"Dari segi perangai pula adik dia pendiam, cakap bila perlu je tapi Sollihin ni sangat peramah, dia suka pergi jalan ke rumah jiran sebelah. Kadang ajak saya pergi rumah jiran tapi masa tu duduk dekat Bangi, orang tu pagar pun tak buka, macam mana nak pegi main," katanya.
Menurut Azlinee mereka sekeluarga kini pindah dan menetap di Bukit Bunga, Kelantan dan ini secara tidak lansung memberi peluang kepada Sollihin untuk kembali dengan rutinnya melawat rumah jiran tetangga.
Tambah Azlinee sikap anaknya yang peramah ini bagaimanapun memaksa mereka untuk lebih berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat dengan anaknya ini kerana bimbang dia tidak boleh 'simpan rahsia'.
"Mulut dia spontan jadi abah dia cakap bahaya hal-hal penting tak boleh cakap depan dia sebab dia akan pergi kongsi dengan semua orang.
"Dia dekat kampung ni akan jalan sorang-sorang pergi bercakap dengan jiran sebelah rumah, dia cerita habis semua benda, benda yang kami nak rahsia pun dia cerita.
"Kadang bila orang tanya kami jadi terpingga-pingga siapa yang bagitahu semua ni," kata Azlinee.
Menurutnya, anaknya ini turut menjadi perhatian setiap kali mereka sekeluarga keluar ke mana-mana.
"Kami selalu pergi Thailand jadi pernah sekali tu kami nak check-in hotel orang tu tegur, eh datang lagi. Mereka ingat kami disebabkan dia.
"Lepas tu pernah juga kami pergi ada satu event ni, dekat situ penuh dengan mat salih, mereka ajak anak saya ambil gambar sebab rambut sama warna," katanya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak jugak petik keturunan terdahulu
Kalau gen ke 8..habis dah gen2 tu
Dh albino tu ..albino je lah kn
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung gen rambut je albino |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 26-6-2021 05:25 PM
Nak jugak petik keturunan terdahulu
Kalau gen ke 8..habis dah gen2 tu
#dengkike....... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 26-6-2021 05:40 PM
#dengkike.......
Hahahaha tk nahan bngga naa dgn kturnan mat saleh
Nenek aku skg tgh tk sihat umur 90++
Dia dok ckp psl susur galur..dn yg mata2 sepet kulit putih sedara kita lg..
Nenek dn bapak aku tk cuba langsung nk rapat dgn diorg ..wlhal baru gen ke 4 ..syg kan ..tk nk utuhkn silaturahim.kalau nenek aku meninggal ..kira habis mcm tu je..tiba aku tercerita haha |
|
|
|
|
|
|
|
Albino kening pun blond kan? Ni kening tak blond.
Lagipun dah keturunan ke 8 mat saleh, betul lah tu memang rupa macam tu. Bukanlah pelik sangat sebab memang moyang2 dia keturunan mat saleh pun.
Tapi kenapa ditinggalkan yang blond tu kat kampung lepas lahir? Tak cerita pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya adik2 ni. semoga mmbesar jd ank2 yg soleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Pnjg sungguh artikel ni hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kata kembar tak seiras.. tgk macam sama sangat muka.. cuma seorg albino.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kalau mata sepet macam cina, sekarang macam korea plak ya |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 26-6-2021 05:25 PM
Nak jugak petik keturunan terdahulu
Kalau gen ke 8..habis dah gen2 tu
Bahahhahahhaa kannnnnnn.
Nakkk jugak disebut, kawin matsalleh mata biru.
Ohoii kak, tak belajar kat sekolah ke dulu?? Mata biru kawin dgn mata cekelat, takkanle keluar mata biru??? Lagilah gen yg bau2 kentut pun dah takde. Jauh nak mamps. In denial eh? Ngaku jelah anak albino. Seboleh2 nak up2 kan anak nye. Huihhhh kau je yg lebey |
|
|
|
|
|
|
|
Comel sgt2!!! Tp yg albino tu xgaya albino. Untung yach dah besar mesti hensem. Kalau yg albino betul tu mmg nampak mcm xsihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 27-6-2021 12:24 AM
Bahahhahahhaa kannnnnnn.
Nakkk jugak disebut, kawin matsalleh mata biru.
Ohoii kak, tak belajar ...
Mata biru recessive traits ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kemain lagi mak dia excited bercerita psl anak yg sorang tu je..kecik ati anak yg sorang lagi kalu leh baca nanti |
|
|
|
|
|
|
|
macam I, dari zaman sekolah smpi dah remaja purba ni pun, org dok tanya ada mix ke apa..memember dok panggil mat saleh celup,arab..laki iols suka panggil bosnia..rasanya sbb mix rupa ayah i yg macam hindustan,dengan my mom yg putih melepak..tu yg jadi muka iols n my sisters ala2 mix kot..tapiiiii, nampak je muka iols mcm mat saleh celup..tapi versi basic je, x lawa pun |
|
|
|
|
|
|
|
sally03tomato: Kenapa kata kembar tak seiras.. tgk macam sama sangat muka.. cuma seorg albino..
Bukan bab rupa. Bab dalam perut share placenta ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
anak bongsu aku pun putih melepak.. takde le aku nak kaitkan dgn korea... sebetulnya sbb ada darah cina belah2 moyang atas tu.. dan juga turki-siam belah bini aku kat klate tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|