View: 26713|Reply: 146
|
KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov
[Copy link]
|
|
Edited by cheesysauce at 11-11-2018 06:33 PM
satu kisah yang berlaku pada aku sekitar lebih 10 tahun yang lalu.
masa tu aku menuntut di sebuah ipt. tahun akhir. member roommate aku merangkap bestfriend aku nana. dia lain course dengan aku. tapi memang dari first sem kami di takdrkan duduk 1 bilik. ada la 2 3 kali tak dapat duduk satu bilik. merayu rayu Kami kat bilik pengurusan hostel. hasilnya, sepanjang pangajian, kami duduk satu bilik.
satu hari si nana ni ada kerja kat studio. antara subjek dia ambik masa tu. fotografi. aku rela hati temankan dia. masa tu studio aka bilik gelap untuk dorang cuci gambar tu kecik je. so kena gilir gilir masuk.
aku dengan nana turun lewat sikit. sebab dah agak mesti ramai budak tgh siapkan projek. so dalam jam 11 baru kami sampai kat studio. malangnya masih ramai student. maklumkan masing2 tengah siapkan final project. sanggup ulang snap n cuci banyak kali untuk dpt hasil terbaik. aku dengan nana ni cool je tunggu. nana study subjek lain. aku study gak kat area luar studio sementara tunggu kosong sikit. kami bersila di kaki lima sambil bersandar di dinding fakulti.
tengah study, ada sorang uncle ni.. aku tak pasti bangsa dia. tapi yang pasti bukan melayu. masih jelas di mata aku uncle ni pakai kemeja tangan pendek berkolar jenis butang dari atas sampai bawah warna putih jalur hitam menegak. dan seluar pendek hitam paras peha. di tangannya ada sekaki payung warna hitam. dan pakai selipar jepun warna gelap. muka dia pucat lesi mcm disapu bedak pun ada.
dia tegur aku. "u ada nampak saya punya anak? aku bangun dari kaki lima tempat aku lepak. "sapa nama u punya anak uncle? aku ingat nak tolong cari kat dlm studio. dia mengumam nama. aku tak dengar clear. aku minta dia ulang. dia menggumam lagi. aku masoh tak jelas nama anak dia. "tadi dia masuk itu bilik. tapi aku tak boleh masuk itu bilik" beliau mnunjukkan pintu studio.
aku ni positif la kan. mungkin anak dia tgh buat final project jugak. so aku cakap, uncle cuba masuk cari uncle punya anak. aku bawak dia ke depan studooio. tolong bukakan pintu. dia pun masuk. aku ni terus sambung study. lama lepas tu, aku teeingat. eh.. uncle tadi tak keluar lagi la nana. entah2 dia tak jumpa anak dia. nana pun macam iyekan aje. so aku ajak nana ikut aku masuk studio. cari punya cari, uncle tu takde..
aku pun sibuk tanya sorang2 student dalam studio tu ada tak jumpa uncle ni cari anak dia. masing2 cakap takde. korang tau la kan studio tempat cuci gambar tu memang gelap. kena bersuara baru boleh tau orang tu kat mana hatta kawan dok sebelah pun. cahaya sipi sipi je. tiba2 nana tarik tangan aku.
apasal tanya aku.. nana kata "tu..." aku dapat rasa tgn nana sejuk. samar2 tu aku pandang ke luar. lat dinding studio tu ada 1 cermin besar bertinted yang transparent so kita boleh nampak samar2 kat luar. lampu luar pulak jenis lampu kalimantang merah yang suram tu. aku nampak uncle ni mcm pandang tepat kat muka aku sambil senyum. senyum dia menakutkan. dan dia pegang tangan anak perempuan dia. tapi budak tu takde gaya student pun. nampak macam baru 15 16 tahun je.
aku dengan nana jalan keluar. ingat nak jumpa uncle tu tanya dah jumpa ke anak dia. saja je la basa basi kan. tapi bila buka je pintu, ehhh dia dah hilang la.
sampai sekarang aku masih terfikir2. siapa uncle tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2018 05:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kisah ketakutan 2
kisah ni berlaku masa aku final year gak. masa ni aku duduk kat block a. antar blosk a dengan blosk b ada lapangan yang berturap simen. so memang best la lepak2 tengok bintang. ada juga ampaian yang disediakan kat bahagian tepi. so memang sambil2 ampai baju, boleh sambung lepak membawang. boleh main badminton jugak petang2.
untuk pengetahuan korang, aku ni macam mak mak sikit. aku caring pasal budak2 dorm aku. so kalau ada apa2 masalah, tak sihat, atau nak sampai kan pesan ke, kawan2 aku memang akan cari aku. agaknya sebab aku ni asal kampung, jadi sikap ambil berat pada orang lain tu masih tebal dlm diri aku. so aku ni kira senior yang disenangi la kot. depan aku la. belakang aku tak tau.
satu hari aku dengan budak2 lain plan nak celebrate birthday kawan kami aida. celebrate ringan2 je. takde la kek bagai. saja seronok2. dalam kul 11.45 kami semua 7 orang teemasuk aku berkumpul kat lantai simen sebelah ampaian. ada meja dengan kerusi panjang. sebelum tu salah seorang geng kami atul call aku bgtau dia tak dapat joint sbb kene siapkan final project. dia tido kat bilik kawan dia.
tepat je kul 12, mula la aktiviti kena mengena. aida kena baling telur. tepung. simbah air coca cola. (jangan kecam.. ni keje zaman budak2 dulu) maka riuh rendah la kami. bergelak ketawa suka. nana menganjing aida cakap aida sebijik cam pontianak la. hantu raya la. kami semua happy betul malam tu. sambil mengenangkan berapa bulan je kami boldh bersama macam tu. beberapa bulan lagi masing2 dah habis belajar. kami akn berpisah bawa haluan masing masing.
dalam happy happy tu, jam dekat pukul 1 kot. atul jalan dari arah jalan besar ke lorong blok kami. dari samar lampu, kami nampak atul menggalas sesuatu yang besar di atas tengkuk nya. bau semerbak wangi tiba tiba. tiba tiba masing2 senyap. tak ada seorang pun bersuara. atul melintasi kami. tapi tak menegur kami. aku perasan ada yang menggosok lengan. bahkan aku sendiri mengosok lengan dan leher kerana bulu roma tiba tiba meremang. bau atul wangi betul. bukan wangi perfume atau bedak. bukan juga bunga. aku tak tau nak describe bau tu.
ngam je atul sampai kat kami, dia berenti. sengih sikit. "nak balik lah. letih" satu ayat dari atul. dan kami tak menjawab. sunyi. atul berjalan menuju tangga naik ke bilik nya. kami masing2 bertempiaran lari ke bilik masing2. aida tak mandi malam tu dan tumpang tidur di bilik aku dan nana. azie roommate dia ikut sekali.
esok nya aku awal2 selepas subuh turun ke bawah menjemur baju. baju aida kesan tepung, telur dan cocacola pun aku basuh sekali.
tiba2 aku nampak atul berjalan balik dari jalan besar. mata atul merah tanda tak cukup tido.
"eh kau dri mana atul. awal awal pagi ni"
"la..kau ni. kan aku dan call kau semalam bgtau aku stay bilik kawan aku. siapkan project"
aku garu kepala. sahih. bukan atul yang aku nampak semalam. sebab sebelum naik tangga, atul pandang kami sambil tersegih. di atas belakang nya ada lembaga berambut panjang, mata merah, baju lusuh barwarna putih. bertaring!!!
lepas tu kami tobat tak melepak bisibg kat luar lagi lepas tengah malam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menarik cerita ko ni dik...mengimbau sungguh zaman study..masa siapkan final assignment...siap xtdo malam..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau adq cerita lagi..lehla share...abg ni zaman study dulu xbanyak kisah kisah mistik ni..sbb abg pun dah mcm hantu..
bhahaha
u mana dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2018 09:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awaynepian replied at 24-9-2018 07:07 PM
menarik cerita ko ni dik...mengimbau sungguh zaman study..masa siapkan final assignment...siap xtdo ...
kan.. rindu zaman study dulu. walaupun banyak keseraman, tapi tetap banyak kenangan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2018 09:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awaynepian replied at 24-9-2018 07:09 PM
kalau adq cerita lagi..lehla share...abg ni zaman study dulu xbanyak kisah kisah mistik ni..sbb abg ...
u di tengah hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2018 10:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
aku nak cerita kisah yang paling aku tak boleh luupa. kisah masa first year, first semester. masa ni aku tak duduk satu bilik dengan nana. tapi dah 1 rumah dengan dia. masa tu aku dgn nana je junior dlm rumah tu. so kulu kilir makan, keluar town mmg sama2 lah. masa tu kami dapat hostel yang jauh sikit dari kampus. tapi hostel tu memang selesa la.
hostel ni bentuk 4 segi sama. masuk dari pintu utama, ada living hall masuk dari pi ada ruang sebelah kiri ada ruang tamu letak sofa, opposite ruang tamu, dapur, complete sinki kat sinki ada sliding window. dan kitchen cabinet pun ada. beralih ke kiri, ada dinding memisahkan living hall dengan deretan 2 bath room n 2 toilet. di hujung kiri dan kanan masing masing ada 2 bilik menjadikan hostel tu ada 4 bilik beetentangan 2 orang duduk 1 bilik. sebelah deretan bilik air tu ada 1 bilik single.
masa ni aku duduk satu bilik dengan budak tempatan. kak as. masa kejadian ni, budak second intake baru masuk.
tiba 1 hari tu, fellow kami cik mas panggil aku. kan aku ada bgtau sblm ni yg karekter aku ni mcm mak mak sikit. aku suka ambil berat hal org. kalau kwn2 1 level demam, aku akn lawat. bawak makanan, belikan apa dorg kirim. camtu la. smapai fellow pun kenal aku.
aku pun p jumpa cik mas. cikmas kata dia nak minta tlg aku. aku punbtanya nak minta tlg apa. cikmas kata ada budak second intake ni asal 1 bandar dgn aku. dia homesick teruk. so cikmas kata mgkn dialek yg sama boleh bantu budak tu. nama dia aku lupa. kita namakan ayu.
cikmas bwk aku g jumpa ayu. first impression aku kat ayu, bdk ni jiwa dia kosong. mata dia kosong. masa kami masuk bilik dia, dia mcm tak endah. dia duduk atas katil tepi tingkap. mata merenung keluar. tingkap bilik dia pula di hujung blok. sebelah blok tu hutan. so mata dia kesitu je..langsung tak hirau kami ni.
sampai lah cikmas kata "ayu, ni saya kenalkan kawan baru awak. wani." aku hulur tangan nak bsalaman. sambil senyum paling mesra dan manis. dengan harapan lembut hati ayu ni.
ayu pandang muka aku. tp dia tak sambut pun tgn aku. aku mantain hulur tgn nak tengok dia resppon. lamaaa baru dia sambut. tapi sebelah tgn je. mata mantain pandang keluar tingkap. sebenarnya aku mula rasa annoying dengan ayu ni.
aku tarik kerusi di meja studi sebelah katil ayu. aku duduk depan dia. dia buat bodoh. cikmas masih berdiri memandang kami.
aku tanya dia "kenapa dengan ayu ni. kenapa ayu sedih sgt" aku cakap dalam dialek daerah aku
dia dengar je aku cakap dialek daerah aku, terus dia betulkan sila mngadap aku. mata dia berchaya. muka berseri seri. naik risau aku. "waniiii.. wani kena tolong ayu.. wani je boleh tolong ayu" dia bersuara sayu. tangan dia mengenggam erat tangan aku. suara dan perbuatan dia penuh harapan. hati aku lembut. cair. aku bagi signal mata kat cikmas utk keluar tinggalkan aku berdua dgn ayu. cikmas akur
nanti sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Haishhhh seram plak baca cite dlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2018 11:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sambung kisah ayu.
ayu pegang tangan aku. aku tenung muka ayu kulit muka dia halus. mulus. putih. langsung tak ada jerawat. orang nya tinggi. lebih tinggi dari aku yang 162" ni. muka ayu sejuk mata memandang. jari jemari ayu putih merah. ada sebentuk cincin emas di jari manis ayu. ayu jadi leka. leka menatap wajah ayu. renungan mata ayu redup lembut.
aku tanya ayu. apa yang aku boleh tolong. "wani, ayu nak balik. ayu taknak duduk sini. ayu taknak sambung belajar."
ayu genggam tangan aku erat. aku masih boleh bayangkan wajah ayu. mata ayu sentiasa bergenang air mata. setiap kali dia habis kan percakapan, dia akan senyum tercebik2 menahan tangis.
jangan macam ni ayu. kita datang jauh. bukan sikit kos nak balik. (cikmas dah cerita kat aku yang ayu ni asal keluarga miskin. dia anak sulung. ayah dia kerja kilang papan je)
beriya aku pujuk ayu. tapi dia ni keras hati.
sejak haritu aku rapatkan diri dengan ayu. aku ni dah macam kakak si ayu. aku hantar dia pegi dewan kuliah. kalau aku clash class dgn jadual ayu, aku akan carikan coursemate ayu utk bawa dia sama ke sana. ayu jadi budak2 sekolah rendah yg tak tau urus jadual sendiri.
serius aku ikhlas tolong dia. muka dia mmg akan buat kita kesian gila. aku n nana selalu la keluar makan apa semua dgn dia. temankan dia kat bilik apa semua sbb kebetulan roommate dia budk tempatan yg selalu balik rumah.
cikmas pun selalu bagi aku duit untuk tlg ayu esp bab makan. sbb cikmas tau ayu ni anak org susah.
sebenarnya kan ayu ni takde perubahan sgt pun. aku tanya apa dia belajar, 1 benda pun dia tak tau. balik bilik, nangis, menung kat tingkap. makan pun tak selera. ayu makin kurus. mata dia cengkung. hilang ayu yang cantik aku jumpa mula2 dulu. serius aku kesian.
sampai lah satu hari, kawan2 1 level dtg ketuk pintu bilik aku. lepas asar. kebetulan hari minggu. dorang bagitau ayu lari nak masuk hutan. ahhh sudah. apa hal lak ayu ni..
nasib baik ada yang nampak dia jalan kaki tak pakai selipar nak masuk hutan sebelah hostel tu. lagi dorang panggil, lagi laju dia lari. mujur lah dorg sempat tangkap dia masa dia nak panjat pagar yang memisahkan hostel dgn hutan. |
|
|
|
|
|
|
|
cheesysauce replied at 24-9-2018 09:40 PM
u di tengah hutan
uum? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape jd dgn ayu? Smbung please |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 07:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
masa aku sampai bilik dia, aku dengar dia meraung. menjerit. aku buka pintu bilik, tengok kawan2 tengah pegang dia. bila dia nampak aku masuk terus dia jerit nama aku "waniiiii tolong ayu..ayu nak balikkkkk"
aku suruh kawan2 lain keluar. aku slowtalk. apasal ayu nak balik sangat. ayu tak kesian ke mak ayah ayu. susah payah dirg hntr ayu belajar. bukan sikit kos.
"ayu rindu kat rizal. ayu mati kalau rizal tak ada. baru kejap tadi rizal call ayu. rizal cakap kalau ayu tak balik, rizal nak cari orang lain.."
aku ternganga. sebelum ni aku hairan mana ayu dpt duit beli handphone. rupanya hphone tu hadiah dari boyfren dia.
aku tak pernah tau pasal rizal. aku sangka dia nak balik sgt sebab homesick. rupanya aku, cikmas, salah. telahan kami salah.. ayu nak balik sangat sebab rindukan boyrfen dia.!!
ayu bagi aku baca sms dari rizal (masa tu belum ada wasap)
aku baca pujuk rayu rizal dan jawapan balas ayu. rindu, dendam, semua ada. bila ayu cakap mak ayah dia tak bagi dia berhenti belajar, tiba2 rizal maki hamun ayu dalam sms.
aku baca semua. aduh. haruuu.. aku suruh ayu istighfar.. baca ayat qursi.. ayu menangis. mula hantuk2 kepala kat dinding. kemudian hempas badan kat lantai. tarik tarik rambut. mulut dia tak habis berzikir nama rizal.rizallll.. rizal... rizall...
kawan kawan aku dah masuk bilik semula. tolong pegamgkan ayu.
cikmas dah panggil ustaz musa. perawat yang selalu mwrawat bila ada budak hostel kena hysteria.
ustaz musa sampai je hembus2 lebih kurang, ayu pun diam.
esok nya ayu demam. aduh penat aku urus ayu. dengan kelas lagi. assignment lagi.
sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Wah...sila sambung..jgn patah hati tinggal tanah nanti ye..lama dah bod MPS ni sendu jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 10:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sejak aku tau pasal rizal, ayu tak selindung lagi. selalu lah aku kena tadah dengar cerita pasal rizal. pagi pagi sebelum g kelas, aku singgah jenguk ayu. muka dia berseri seri. senyum senyum. katanya semalam rizal datang. rizal peluk dia. cium dia. bla bla bla.. #sorryforcensorpart
aku yang dengar ni naik menyampah. dalam sebelah pagi dia happy happy, petang dia boleh sawan mengamuk amuk pulak. cakap rizal paksa dia balik. siap pakej maki mak ayah dia sebab diaorang tak bagi dia balik.
kemuncak nya, satu hari, ayu mengamuk lagi. dia berbogel. sibuk panggil rizal. menitik air mata aku tengok ayu. kurus kering. muka tak ada seri.
cikmas panggil ustaz musa lagi. kali ni ustaz musa datang dengan kawannya. lebih berumur. ustaz musa kata, kes ayu ni bukan kepakaran dia. kawan nya tu lebih mahir. nama kawan ustaz musa ni haji soleh. asal indonesia
rupanya ayu dah bukan ayu lagi. masa ustaz musa sampai dengan haji soleh, mereka di luar bilik. ayu dengan bertelanjang bulat, melompat lompat macam monyet. siap bergayut kat kipas siling. tubuh cengkung ayu menakutkan. ada kawan kawan yang menangis ketakutan.
kami ramai ramai kepung dan tangkat ayu. susah payah kami pakaikan ayu pakaian. cikmas bagi kami tali untuk ikat tangan ayu dan tambat dekat katil double decker. habis di seret katil double decker tu. mujur katil tu duduk di sudut dan di apit dengan deretan 2 meja study dan almari pakaian. kalau tak mesti katil tu tumbang.
tangan ayu berdarah darah melecet kesan tali.
ustaz musa dan haji soleh masuk. ayu menjerit jerit panggil rizal minta tolong lepaskan dia.
tiba tiba haji soleh menengking "diam..!!!!"
magik. ayu diam. menikus. macam anak kecil di tengking. ayu mencangkung. kepalanya di tundukkan. sesekali dia mencuri pandang wajah haji soleh.
haji soleh tenang. ayu tenang. tapi sesekali dengar bunyi ayu merengus macam kucing nak bergaduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 01:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Haji soleh bangun berdiri. Tiba tiba ayu jadi agresif semula. Ustaz soleh campak sejadah menutup kaki ayu. Ayu jadi lemah terduduk semula seperti tadi. Ustaz soleh letak tapak tangan di atas sejadah. Memegang kaki ayu. Picit sikit sambil mulut baca baca. Ayu menangis.
Ustaz soleh Tanya Mana asal usul ayu.. ayu ketawa. Nyaring. Dia cakap Bahasa satu kaum yang aku tak faham. Semua orang Tak faham.
Cikmas panggil seorang budak dari kaum tu. Lelaki. Mujur hostel nya cuma bersebelahan. Dia yang jadi translator.
Hj soleh : dari Mana kau datang?
Ayu : aku bukan dari sungai. Bukan dari gunung. Bukan dari hutan. Bukan dari laut.
Hahahahahahaaaaaaaa.. ayu ketawa. Nyaring.
Hj soleh : aku tau kau takut. Lepas Kan dia Dan aku lepas Kan kau.
Ayu : aku tak takut. Aku tak takut. Ayat kau takkan boleh apa apakan aku. Aku Sayang dia. dia pun Sayang aku. Kenapa kamu Semua nak kacau kami berdua?
Aduhhh lamaaa.. lama hj soleh bincang dengan menatang dalam badan ayu. Dekat Dua jam.
Penghujungnya, hj soleh keluar Kan menatang tu. Kata hj soleh, ayu Akan rasabsangatt sakit sbb benda tu dikeluarkan menyongsang. Yang Ni aku tak paham apa maksudnya.
Masa proses keluarkan tu, ayu muntah. hitam. Sangat busuk. Kami yang dalam bilik tu memang kembang kempis tahan bau. Hampir penuh separuh baldi kecik.
Muntah ayu ditanam bersama baldi tu sekali oleh hj soleh dan ustaz Musa.
Kata hj soleh, benda tu datang dari hutan sebelah hostel tu. benda tu dah jatuh suka dan kesian kat ayu. tambah ayu ni lemah semangat. asyik nangiss je. lagi benda tu suka.
Lega. Ayu lemah. Lembik. Kami bawa dia ke rumah cikmas. Bergilir lah aku Dan beberapa orang kawan yg rapat dengan cikmas, menemankan cikmas jaga ayu. dalam seminggu jugak baru ayu boleh urus diri sendiri semula. lega aku, cikmas dan kawan2 lain.
aku sangka kan ayu akan pulih lepas kejadian tu. sekurangnya dia nak pegi kelas apa semua. tapi keadaan tak berubah. ayu masih sama mcam dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 01:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sekali lagi, cikmas jemput ustaz musa dan hj soleh datang. cikmas kata ni ikhtiar terakhir dia. kalau tak menjadi jugak, dia mengalah. dia akan lepaskan ayu balik. biar lah ayu tamatkan pengajian dia.
malam tu haji soleh dan ustaz musa datang. semua orang tenang. ayu pun tenang. tak agresif. hj soleh dan ayu berinteraksi dalam bahasa yang kami semua faham.
hj musa : kenapa dengan kamu ni?
ayu : aku nak balik. aku tak nak apa apa. aku takkan apa apa kanndia. aku cuma nak balik.
hj soleh : kamu nak balik ke mana?
ayu : aku nak balik ke asal usul aku. aku dan dia takkan boleh tinggal disini.
hj soleh mula baca ayat Quran. mungkin cuba nak keluarkan penghuni dalam tubuh ayu. ayu langsung tak bertindak balas.
lama hj soleh mencuba. akhir sekali
hj soleh tanya perihal ayu dengan cikmas. asal usulnya. akhirnya hj soleh mengalah. hj soleh kata ayu kena balik ke tempat asalnya. keluarga nya kena cuba berubat di sana.
untuk pengethuan korang, ayu ni tempat asal nya di seberang laut dari tempat kami belajar.
akhir sekali, cikmas hantar ayu balik. aku tak dapat bayang kan perasaan mak ayah ayu. anak yang di hantar sempurna serba serbi. cantik. manis. diterima balik tak seperti dulu. ayu 90 peratus tak sama macam dulu. kurus, cengkung, kulit nya jadi kering bersisik.
cikmas sesekali berhubung dengan keluarga ayu. kata cikmas mereka berusaha ubatkan ayu.
perawat2 yang cuba rawat ayu kata, rizal hantar pendamping untuk jaga ayu. sebab dia cemburu. dia buat kan pengasih supaya ayu sayang dia seorang. teringat2 kan dia seorang. dan tergila gilakan dia seorang.
sebab tu ayu tak senang duduk kat sana. rindu separuh mati kat rizal.
yang menyedihkan, bila ayu balik dalam keadaan mental dan fizikal nya berubah, rizal langsung taknak kan ayu lagi. puas lah family ayu merayu nak kahwinkan dorang. tapi rizal tak nak.
tu cerita terakhir aku terima dari cikmas. kesibulan kami buat kami makin lupa kat ayu. dan lebih 10 tahun pun. entah lah apa keadaan ayu skrg. sihat ke sakit aku tak tau.
ps : rizal ni cikgu sekolah ayu. umur 20an. ayu lepasan stpm. dorang bercinta sejak ayu masih kat sekolah dan rizal mengajar kat sekolah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh best2.. TT sila sambung lagi. senang nak baca and hadam gaya penulisan camnie..good job TT |
|
|
|
|
|
|
|
betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya la hai rizal tu ...semoga dia dpt balasan yg setimpal atas perbuatan dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|