CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27472|Reply: 82

Legasi Mak Andam Saleha

[Copy link]
Post time 6-6-2018 08:14 AM | Show all posts |Read mode
RESEPI MAK ANDAM SALEHA.
Nota kaki- Ini adalah himpunan cerita benar tentang seorang Mak Andam yang aku terjumpa tahun 2017.
Kisah ini benar cuma ada beberapa fakta aku ubah dan aku tambah demi melindungi individu itu.

Fyi, MAS aktif giat mengandam lewat 80s


==================


Hai.Nama aku Saleha.Panggil aku Mak Andam Saleha. Aku berumur 32 tahun dan berasal dari Klang.Sudah 5 tahun aku di dalam arena bidang perkahwinan.Tapi,kejayaan yang aku kecapi sangat-sangat luarbiasa.


Dengan bangga aku boleh cakap,aku mampu kalahkan semua Bridal House dan Mak Andam yang lain.Mana taknya, genap setahun aku mengandam,aku dah mengumpul RM200 Ribu dalam simpanan! Hebat bukan? Kau orang iri hati tak? Aku bagitahu awal-awal,buruk padahnya kalau kau iri hati dengan aku !


Oh ya,aku perlu berjumpa client aku hari ini.Anak VVIP dari Perak!


Persiapan sebelum pergi. Aku menghias  wajah aku yang di tanam susuk emas ini , dengan Foundation Nars Code Stromboly. Kemudian dengan menggunakan Brush From MakeUpForever,aku oleskan bedak tabur khas dari Benye Banana.Sesudah itu,mata aku di lekapi kanta lekap berwarna hazelnut.  Kelopak mataku dipakaikan pembayang mata dari pilihan warna dari Huda Beauty Rose Gold Pallet.


Kemudian, aku lebihkan solekan di mata, menggunakan Mascara More Than Sex dari TooFaced dan Celak Viva yang aku beli dari Indonesia. Ya, celak ini telah aku perasapkan dengan kemenyan.Kemenyan yang aku peroleh khas dari Dukun di Bali. Last but not least,bibir mungil aku di calitkan dengan sebatang lipstik dari Mac Code Please Me. Wajah ku di sembur dengan Urban Decay Mist- Long Lasting Make Up sebagai penutup. Done!


Aku bangun dari meja solek,menuju ke bilik hujung di rumah.Di situ aku nyalakan lilin dan aku bakar kemenyan.Lalu aku tanggalkan pakaian dan aku biarkan tubuh ku di jamah asap kemenyan.Ritual ini harus aku lakukan setiap kali aku hendak berurusan.Akhir sekali, aku mesti lah meminum secangkir air yang di ambil dari tempayan yang berisi tembuni bayi. Nyummm!!


Tiba di kereta. Sebelum berjumpa anak VVIP itu,aku semburkan wangian kegemaranku, Chanel Coco Mademoiselle pada baju dan leherku. Harum! Perjumpaan aku dengan anak VVIP yang mesra dipanggil Amira,berjalan dengan lancar.Dia bersetuju dengan pakej yang aku cadangkan.Cuma, dia risau dengan perangai tunangnya. Erkkk... masalah peribadi ni. Tak apa, mak Andam Saleha sudi mendengar.


Kata Amira, tunangannya sangat sosial. Gemar berlibur di kelab malam dan berpeleseran dengan gadis gadis lain. Dia tahu akan hakikatnya, namun dia sudah terlalu sayang dengan tunangnya. Kata Amira, dia terpaksa terima. Tetapi aku tidak! Emosi.


Dua hari berlalu. Aku mula cucuk jarum. Meracun fikiran Amira yang polos. Aku perihalkan tentang ilmu untuk mengikat hati tunangnya.Pada mulanya, aku sangkakan Amira akan menolak. Tetapi , sangkaanku jauh meleset. Amira setuju! Malah dia terlebih teruja dan rela hati menerima tunjuk ajar dari aku.


Tanpa berlengah, aku ajarkan Amira cara -cara hendak menyediakan 'Nasi Tangas'.Aku turut menitipkannya sebotol kecil minyak pengasih. Power ke? Ehh, haruslah! Ramuannya sahaja dari leluhurku. Kepala bayi aku sendiri yang telah aku gugurkan! Kata Pak Dukun tempohari, untuk mendapat minyak pengasih yang ampuh, maka itu adalah syarat ramuannya.


Dek kerana taksub,maka aku rela akan diriku disetubuhi oleh Pak Dukun itu. Dan terbentuklah janin dari hasil senggama aku bersamanya.Setelah itu,aku gugurkan bayiku dan menyerahkannya pada Pak Dukun untuk dibuat minyak pengasih. Sesudah minyak ampuh itu terhasil dan dimiliki, nyawa Pak Dukun aku ragut.Aku bunuh dia saat kami sedang bermadu kasih. Mampus orang tua itu!


Aku tidak mahu wujudnya lagi minyak pengasih yang setanding dengan empunya aku.


Mujarab. Minyak pengasih ni bagi aku sangat-sangathebat penangannya. Dalam simpanan aku, ada 3 balang besar . Botol kecil yang aku titipkan pada Amira hanya sebanyak 50ml. Percuma? Tidak mungkin. Aku jual dengan harga RM2,000. Cash only! Ahhhh.... apalah sangat pada nilai RM2,000 berbanding dengan kebahagiannya bukan?


Sebulan selepas perkahwinan Amira dan suaminya,dia ada menghubungi aku. Kata Amira, dia sangat berpuas hati.Suaminya bagai lembu di cucuk hidung! Mengikut apa sahaja kemahuannya. Dia bahagia. Dan dia mohon, jika ada ilmu lain yang perlu dia pelajari dari aku.Buat tambahan.


Nah, kau tengok. Sebab itulah aku berjaya. Perniagaan aku hebat. Akutetap  memberi layanan pada client aku walaupun majlis mereka sudah selesai . Oh ya. Bila kita berjaya, pasti ada yang iri hati. Risau? Tidak sama sekali. Mana-mana manusia puaka yang dengkikan aku, aku balas!


Aku santau diorang secara berjemaah.Nak lagi thrill, mana yang dah berkahwin tu aku ikat suami diorang dengan minyak pengasih. Ada yang tak perlu aku gunakan minyak pengasih pun, dah terlentok awal. Nak tambah perasa, aku hantar semua gambar-gambar intim aku dengan suami diorang ke butik masing masing. Panas hati? Ada aku kisah. Inilah cara aku menundukkan pesaing.


Kes baru. Ada seorang bakal pengantin, Athirah namanya. Dia tidak mahu bekas tunangnya hadir dan menganggu di hari pernikahannya kelak. Huh, Senang je. Aku minta Athirah carikan anak kucing hitam dan beri pada aku. Apa aku buat? Aku belah perut anak kucing hitamitu. Aku masukkan gambar bekas tunangnya, paku,lipan ,lintah dan miang rebung di dalamnya. Kemudian aku jahit semula. Aku bacakan mantera yang berkait dan tanam bangkai kucing itu di depan rumah bekas tunangnya.


Apa yang aku tahu semasa di hari pernikahan Athirah, bekas tunangnya mati.Gantung diri!Mayatnya mati tergantung dengan keadaan perut terburai. Isi perutnya penuh dengan lintah dan lipan. Huh,mesti sakitkan?Dasar bodoh punya manusia. Orang dah tak nak, move on lah.  Tak pasal-pasal mati cara macam tu. Athirah? Dia gembira dengar berita ini.Aku hanyalah Mak Andam yang cuba memenuhi kehendak pelanggan.


Razif. Bakal pengantin lelaki ini adalah seorang peguam. Dia kaya tetapi penakut! Pelik juga aku.Profession dengan personalitinya tidak seiring.Dia kata dia takut masa berarak,masa nak akad,masa bersanding.Entah apa punya peguam la.Gelak aku. Maka, penyelesaiannya aku titipkan dia taring harimau mati berangan.


Aku suruh dia selitkan ia pada sampin yang akan disarungnya nanti. Masa hari perkahwinan,bukan main garang lagi lagaknya.Macho dan sado. Hilang kecut perut.Seminggu selepas nikah,diadatang cari aku memulangkan taring harimau tersebut. Dia tanyakan bayaran yang perlu dia jelaskan. Aku? Duitnya aku tak mahu, tapi tubuhnya lebih menggiurkan.Nampak tak? Aku punya after sales hebat kan? Itu sebab banyak Mak Andam lain bengang dengan aku.


Semua set berus A Goodku,sudah aku perasapkan.Aku sanggup gali kubur tengah malam. Dek kerana kemaruk nak hebat,aku cari mayat wanita mati beranak.Jenuh.Tapi akhirnya berhasil.Aku puja.Aku seru. Akhirnya,aku dapat apa yanag aku nak.Oh ya. Ada satu berus yang aku reka khas.Bulu berusnya aku hasilkan dari rambut mayat wanita mati beranak tu.


Alahh...aku guna sebagai final touch selepas aku solekkan si pengantin.Sekadar lalu lalu kan di wajahje. Kata nak pemanis muka,seri wajahkan? Itulah caranya. Dan aku ketawa bila baca akhbar. Hingga ke hari ini, pihak berkuasa masih mencari ke mana hilangnya mayat wanita itu. Padahal, ada je dalam bilik hujung rumah aku ni.Nanti rambutnya dah botak,aku pulangkan balik ya?


Pernah juga beberapa kali aku dapat pelanggan yang culas nak buat bayaran.Sedia maklum, pelanggan aku semuanya VVIP.Tapi ada juga yang kedekut nak mampus! Ada sekali tu,aku ingat lagi nama pelanggan ni. Nama dia ,Zakiah. Jumlah bayaran serba siap cuma RM40k. Tapi dia minta tempoh.Kahwin nak grand, tapi duit tak mahu bayar. Dalam media sosial bukan main lagi dia upload gambar honeymoon pergi London.


Senang je, bukan susah pun. Aku cari mayat orang mati di bunuh.Walaupun ambil masa, tapi aku dapat juga.Aku puja mayat tu.Dan aku hantar puaka buat kacau pada pasangan tu. Kesudahannya,si suami jadi mental. Dia terjun dari banglo kediaman dengan adegan 'head first'. Pecah. Bersepai.Ngeri tak? Tak pun.


Itu pengajaran untuk orang yang liat nak bayar hutang.Lepas suami dia mati,barulah dia terhegeh-hegeh nak bayar.Aku tak terima.Malah aku upah orang simbah cuka getah pada wajah cantiknya.Mampos la kau menjanda sampai ketua. Siapa suruh. Hutang tak nak bayar !


Sebenarnya,untuk jadi macam akubukan mudah.Nantilah, ada masa akan aku perihalkan bagaimana dan apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum bergelar 'Mak Andam Terhebat' ni. Bagi sesiapa yang hendak berkahwin, ambillah aku sebagai Mak Andam korang ya. Akan aku cadangkan pakej-pakej menarik yang buat korang takkan menyesal pilih aku. Yang penting, servis aku tip top!


Ingat tau,korang akan baca kisah aku lagi. Hati hati pilih Mak Andam,mana tahu terpilih aku. Ehh..janganlah takut . Korang juga yang akan gembira sampai ke tua nanti.


=================





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ADUH SI SALEHA


Sambungan dari RESEPI MAK ANDAM SALEHA.


===================================

Nota kaki - Cerita ini adalah kisah benar.70% dari isi adalah benar. Ini adalah lanjutan dari Kisah Resepi Mak Andam Saleha, kisah mengapa dan kenapa Saleha menjadi sebegitu. Nama adalah rekaan semata dan tempat boleh jadi ada yang betul, ada yang tidak. Aku harap jangan jangan lah ada Mak Andam (atau sesiapa yang beragama Islam) yang perangai macam Saleha. Oh ya, Mak Andam Saleha masih wujud dan hidup.

“ Tolong saya emak,saya tak tahan dengan sikap Abang Lan..,” rayu Saleha di kaki tangga rumah ibu mertuanya, Habibah.

  “ Saya minta maaf sebab datang tengah malam macam ni, saya lari dari rumah, Abang Lan nak lacurkan saya! Tolong saya mak!” Pinta Saleha.

   Mendengar rintihan anak menantunya itu, Habibah cepat cepat menuruni tangga dan memimpin Saleha masuk, risau kalau didengari jiran.

  “ Apa dia buat dengan kau Leha.. Mak tak sangka perangai Lan jadi macam ni, tak ubah macam perangai bapak dia!” Bentak Habibah. Terkenangkan kisah hidupnya dulu bersama Mansor, bapak kepada Roslan. Hidupnya dulu umpama neraka dunia. Disepak terajang dah menjadi adat resam dalam hidupnya. Bayangkan, bangun pagi Mansor terus menyepak kaki Habibah.

   “ Buruk macam lapik kaki la kau pagi buta macam ni, pergi mandi la bangsat!” Maki si Mansor. Caci maki Mansor masih lagi terngiang di telinga Habibah.

   Rupanya sewaktu dia tengah terkenang kisah pahitnya, Saleha telah memulakan bicara. Satu persatu Saleha luahkan pada mak mentuanya malam tu.

  “ Mak. mak. oo mak. Dengar tak saya cakap ni?” Ujar Saleha yang melihat Habibah dari tadi memandang lantai. Tersentak dengan panggilan Saleha, cepat cepat Habibah meminta maaf. Mohon diceritakan semula.

   “ Dah lama saya pendam Abang Lan tak sayang saya, habis semua barang kemas saya dia pajak, habis badan saya dipukul hari hari. Saya tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Entah apa yang merasuknya. Saya nak minta cerai, tapi dia tak kasi. Saya nak ke pejabat kadi, dia kurung saya 3 hari tak bagi makan! Dia bagi saya minum air kosong selama saya dikurung!” Teresak esak Saleha menangis .

   Dada Habibah berombak menahan marah mendengar cerita Saleha.

“ Dah, kau jangan menangis. Esok pagi kau ikut aku balik ke kampung aku. Kita akan ke Rungkup esok!” Ujar Habibah dengan matanya yang merah menyala.

   Keesokkan harinya, aku dan emak mertua aku tiba di pekan Telok Intan. Di sana kami menaiki teksi untuk ke Rungkup, daerah kecil di Bagan Datoh. Di sana, aku duduk di rumah pusaka peninggalan mak mertua aku. Rumahnya masih utuh. Laman rumahnya bersih.

   “ Saleha, kau satu-satunya menantu aku. Akan aku ajarkan kau apa yang aku tahu nanti Saleha... kau tunggu. Kau terima dan patuh saja. Jangan soal macam macam.” Ujar Habibah pada Saleha. Percakapan mak mertuanya itu menyebabkan dia menelan air liur kerisauan.

   Malam itu, aku didatangi oleh seorang lelaki. Mak mentua aku memanggilnya Pawang Sidik. Aku dah mula tak sedap hati, bila mendengar apa yang mak mentua aku akan perturunkan pada aku. Susuk! Ilmu Penggerun! Ilmu Santau dan banyak lagi. Bulu roma aku mulai tegak takala Pawang Sidik membakar kemenyan. Aku dipujuk dengan kekerasan oleh mak mertua aku. Katanya, kalau tak hendak disepak terajang, ikut cakapnya.

   Malam itu, Pawang Sidik menanam susuk emas di muka dan sekitar badan aku. Tubuh badan aku dilumur dengan tanah kubur, dan direnjis dengan air dari kuala Sungai Perak. Ujar Pawang Sidik, air ini adalah dari kumuhan penunggu hutan di tepi Sungai Perak. Sewaktu air direnjis, aku dapat saksikan badan aku berasap. Aku terasa sesak nafas. Leher aku seakan dicekek. Tetapi Pawang Sidik dan mak mertua aku tidak hiraukan aku. Mereka berdua tak berhenti mengucapkan jampi serapah. Menyeru nama itu dan ini. Adakala dalam bahasa Melayu, ada kala dalam bahasa yang aku sendiri tidak faham!

Selepas dilumur, aku dikehendaki menoreh ibu jari kaki dengan keris kecil. Sewaktu darah aku menitik di atas mayat bayi yang masih berkafan, aku terasa hendak pengsan . Gila! Mana mereka dapat mayat bayi berkafan! Sewaktu titisan darah aku yang terakhir menitik pada mayat bayi yang tidak berdosa itu, bumbung rumah seakan dilempar batu.

Dan dari hujung rumah berhampiran dapur, aku dapat lihat ada makhluk serupa beruk, bersaiz dua kali ganda dari manusia. Cumanya mukanya seakan ditoreh pisau dan bertaring, merangkak perlahan lahan menuju ke arah aku. Badan aku menjadi keras. Aku tak dapat nak bergerak. Perlahan lahan makhluk itu menjamah mayat bayi itu, disaat itu mak mertua aku dan Pawang Sidik semakin galak dan kuat membaca mantera. Makhluk itu menghisap ibu jari aku yang ditoreh dengan keris itu selepas melapah lazat bayi yang tidak bersalah itu!

Aku melolong kesakitan! Lama-kelamaan, aku yang seperti kekejangan meliha perlahan tangan dan kaki ku ditumbuhi bulu. Sama seperti mahkluk itu! Makhluk itu menghisap ibu jari aku. Keluar asap dari badan makhluk itu, perlahan seperti meresapi ke tubuhku. Aku dah mula terasa mabuk. Kepala aku seakan mahu pecah. Penyudahnya, aku pengsan.

Keesokkan paginya, baru aku sedar. Hairan, badan aku tidak terasa sakit sakit. Mak mertua aku tersenyum melihat aku.

“ Sekarang..kau bukan Saleha yang dulu. Semua lelaki dan perempuan akan tunduk pada kau. Takda sapa berani ganggu hidup kau lagi.”

Kata Habibah, badan Saleha sudah ada pendampingnya. Dan malam itu lagi, Pawang Sidik dan Habibah mengajar ilmu ilmu khurafat pada Saleha. Segala ilmu syaitan nirojim diajar padanya. Sebutkan saja, ilmu penunduk, Ilmu Nasi Kangkang, ramuan santau, Ilmu Busung, Ilmu Penggerun semua telah diajar oleh mereka.
Lengkap seminggu Saleha dan Habibah berkampung di Rungkup. Esok malamnya, Pawang Sidik datang ke rumah mereka.

“ Nak, ini duit yang aku janjikan.” Ujar Habibah. Sejurus sahaja duit bertukar tangan, sepantas kilat Habibah menusuk leher Pawang Sidik dengan kerambit kecil yang disorokkan di belakang lipatan baju kebaya nya!

“Arghhhh.celaka kau betina!” Saat Pawang Sidik menghabiskan nafasnya yang terakhir, Habibah menendang muka Pawang Sidik ke bawah. Kemudian ditusuk bertalu-talu badan Pawang Sidik dengan kerambit itu.

Saleha yang dari tadi hanya menjadi saksi. Dia sudah diberitahu oleh mak mertuanya akan kejadian itu. Malam itu, dua beranak itu kekenyangan. Mana tak nya, syaitan pendamping mereka berdua itu kenyang menjamah tubuh kejung Pawang Sidik.

“ Aku tak nak siapa tahu dan mewarisi ilmu yang dia bagi. HAHAHAHAHA” Hilaian Habibah memecah kesunyian malam. Hilai tawanya itu, disambut dengan dengan gelak-tawa dari Saleha yang sedang asyik menghirup darah yang meleleh dari tembolok Pawang Sidik. Benarlah kata mak mertuanya, Saleha sudah berubah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Setibanya mereka di rumah Habibah yang terletak di Ipoh, Habibah memimpin tangan Saleha ke bilik belakang rumah. Pintu bilik itu berkunci rapi. Pintu dibuka. Bau busuk menerpa. Perlahan mereka melangkah masuk. Kelihatan di hujung bilik yang gelap dan busuk itu, ada susuk tubuh yang terbaring di lantai. Berambut panjang dan kurus melidi. Saleha yakin, itu adalah manusia.

“ Hoi bedebah, bangun! Ini aku bawakan makanan” Sambil itu Habibah melemparkan sebuku roti ke lantai. Perlahan lahan figura misteri itu merangkak mengutip roti itu.Perlahan lahan wajahnya di angkat. Saleha kenal benar dengan wajah itu! Mansor! Bapa mertuanya! Menurut Roslan, mak bapaknya sudah bercerai.

   “ Aku nak air sayang... lepaskan aku... tolong aku.. maafkan aku.. Sepanjang kau tak jenguk aku, air aku dah habis, aku minum air kencing sendiri..,” ujar Mansor lemah.

   Habibah hanya ketawa lalu dia menarik tangan Saleha keluar dari neraka mini ciptaannya itu.

“ Mansor tu dulu perangai memang umpama syaitan. Aku tak tahan dipukul, diherdik. Aku menuntut amalan dengan Pawang Sidik. Lelaki bedebah dalam kurungan tu aku gunakan untuk beri makan saka aku. Hahahaha. Aku tak payah bagi ibu jari aku lagi. Lelaki celaka itu dah jalankan tugas! Kau patut buat dekat Roslan macam tu. Kau kurung dan ikat dia! Hahahaha” Ujar Habibah yang mukanya puas. Selama ini dia sembunyikan kesesatan dirinya dari Saleha dan Roslan.

  “ Tapi, tapi Roslan kan anak emak. Takpe ke saya buat?” Tanya Saleha.

  “ Memang anak aku, anak haram si Mansor! Roslan tu anak luar nikah si Mansor. Aku bela dan terima perbuatan Mansor. Dah aku buat baik, Mansor buat aku macam macam. Lepas tu anak haram dia buat kau macam apa yang aku kena! Ah, dasar bangsat! Hahahah! Biar mampus mereka berdua tu! “ Terang Habibah.

   Saleha menguntum senyuman puas. Hatinya lega dan gembira. Dia merasakan dirinya hebat. Ilmu yang dia ada ,dia rasakan dapat menundukkan Roslan.

   Malam itu juga dia pulang ke rumah Roslan. Belum sempat Roslan hendak menyepak dirinya, dek kerana bengang Saleha hilang selama seminggu kaki Roslan seakan ditarik sesuatu. Jatuh terjelepuk. Mulut Saleha tersenyum. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera penunduk. Malam itu Roslan dijinakkan.
Esok paginya, Roslan dijamu dengan nasi kangkang. Roslan tidak dikurung sepertimana Mansor. Kerana Saleha takut, nanti kawan pejabatnya akan perasan pula.  

   Satu malam, Saleha mengarahkan Roslan supaya berhenti kerja. Roslan mengiyakan sahaja permintaan Saleha. Bab duit, Saleha tidak perlu risau. Ini kerana Habibah telah berjanji, akan menolongnya. Akhirnya ,Roslan dikurung dan dipasung. Kadang kala Saleha sengaja memberi Roslan memakan najisnya. Rasa puas hati melihat Roslan yang kelaparan tiada pilihan terpaksa menjamah najis isterinya.

   Untuk pengetahuan, Habibah merupakan pengusaha katering yang besar dan terkenal. Dan hampir banyak kantin sekolah dan kerajaan di dalam tender syarikat Habibah. Semua pesaing rapatnya disantau dan dihantar pelesit. Habibah mengajak Saleha untuk bersama sama memajukan syarikatnya.

Sejak itu, Saleha tidak lagi gusar berkenaan duit. Lewat tahun 90an, dia mengambil langkah pro-aktif menjadi Mak Andam. Perniagaan katering diteruskan oleh Habibah. Perkhidmatan andaman Saleha dan katering Habibah seiring. Ramai VVIP mengambil perkhidmatan mereka berdua untuk perkahwinan.

  Sejak dari itulah, Mak Andam Saleha memacu namanya sebagai yang terunggul di dalam bidangnya, dan engkau yang membaca kisah ini, jangan gusar dan khuatir kalau kalau takut terambil perkhidmatan bedebah itu, kerana Mak Andam Saleha hanya mengambil pelanggan yang kaya dan VVIP!

Ha, sekarang kau dah tahu kisah Mak Andam Saleha, dan ingat, ini hanya permulaan kisah Puaka Mak Andam Saleha. Hahahaha!

-

.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
HIKAYAT SI PENJUAL TEMPE



==========================

Petang ini, hujan lebat di kawasan kampung. Aku dah bosan. Sudah sebulan Roslan aku biarkan mati mereput di bawah. Yang seronoknya, bau busuk langsung tiada. Syaitan suruhan aku dah jalankan tugas. Jangan-jangan dah dilahap. Aku ketawa keseorangan. Mak mertua aku, Habibah dah pulang ke rumahnya. Entah dengan jantan mana kali ini yang jadi mangsanya.
     
Aku bercadang untuk pulang ke kampung berjumpa ibu kandung aku, di Batak Rabit, Teluk Intan. Aku dapat tahu, ibu ada di rumah makcik aku di situ. Lagipun perjalanan rumah aku ke sana hanya memakan masa satu jam.
   
Esoknya, kampung aku masih hujan. Aku menyarung kebaya merah dan kain batik lepas. Kemudian aku pasangkan dengan tali pinggang ke badanku. Aku duduk mengadap wajahku di cermin. Sayang, lawa begini pun menjanda!
     
Aku oleskan wajahku dengan Dior Skin Airflash Spray Foundation, kod Cameo. Walau wajah aku di tanam susuk emas sekalipun, aku harus bersolek dan berhias. Barulah gah! Sesudah itu mata aku di hias dengan Tom Ford Eye Color Quad. Kata orang, dari mata turun ke hati, jadinya solekan mata haruslah menonjol. Kemudian bulu mata aku dicalit dengan maskara dari Kevyn Aucoin The Expert Mascara In Bloodroses. Sebagai pelengkap tata rias, aku oleskan lipstik Lip Maestro Intense Velvet Color by Giorgio Armani. Aku teramat sukakan pemerah bibir berwarna merah. Terasa berahi dan ghairah. Juga aku dapat rasakan sang pria juga geram melihat aku.
     
Aku tiba di bandar (naik prebet sapu), dan niat aku hendak menaiki teksi untuk ke rumah makcik. Aku bertemu dengan Rashid, pemandu teksi yang akan menjadi mangsa aku kali ini. Sudah lama dia cuba hendak memikat aku dan kali ini aku benarkan.

Sejurus masuk dalam teksinya, segera aku hembuskan mantera pukau pada cuping telinganya. Sepantas kilat, Rashid mengangguk dan melihat aku. Mujarab betul ilmu pukau aku ajaran Pawang Sidik. Rashid pun satu, jenis malas solat, kaki judi, kaki todi! Memang cepat lah ilmu aku menjadi.
      
Sepanjang perjalanan aku tidur. Malas aku nak melayan Rashid. Lagipun dia semacam bodoh tak bersuara. Kadang-kadang aku dengar dia ketawa seorang diri. Menjadi sungguh ilmu Ganti Bayang aku. Yang dia nampak, yang dia berbual bukan aku, tapi pendamping aku. Boraklah korang sepuas hati. Bodoh punya manusia. Senang tertipu.

Tiba di perkarangan rumah, aku arahkan Rashid bawa turun segala beg pakaian aku.
"Aik. Tadi bukan main layan kita elok. Ini marah marah pula. Hehehe..." ujar Rashid.

Ah kau ni Rashid. Benda khayalan pun tak boleh beza. Sesudah itu aku terus menyuruh dia membawanya ke dalam rumah. Rashid berlalu pergi. Sekupang duit pun dia tak minta. Simpanlah kau duit daun kering tu yang aku beri awal-awal lagi. Ada duit kau pergi berjudi, pergi night club!
  
Emak dan makcik aku menyambut aku. Terasa lama tak berjumpa keluarga aku. Aku bercadang untuk habiskan masa sebulan dua di rumah emak. Memandangkan aku dan Roslan dah berpisah. Eh.Berpisah ke? Dia dah mampus! Aku yang buat dia jadi macam tu.

Hampir 3 minggu aku di Batak Rabit. Satu hari aku memutuskan untuk ke pasar Teluk Intan. Niat aku nak beli kemenyan putih dan hitam, bunga bunga untuk dibuat pemujaan bajang peliharaan aku. Tiba di sana, Emak memberitahu aku, nanti jumpa di depan kedai menjual santan.

Sewaktu aku berjalan sekitar pasar, mata aku tertancap pada gerai menjual sayuran ulam. Tiba-tiba aku disapa seseorang. Aku berpaling,

"Ini anak si Kamisah? Saleha kan?" Aku angguk, perlahan aku mendekati gerai tersebut.

"Kamu siapa?" Aku soal.

"Aku Hamdan, anak Pak Hamid Sungai Sumun. Bapak aku berkawan dengan arwah bapak kau, belajar silat sama sama," ujarnya. Aku senyum.

Sejak hari itu, kami berdua selalu berhubung. Hamdan selalu juga datang ke rumah menghantar sayur ulam dan tempe. Ya, aku sangat gemarkan tempe. Sudah hampir 10 hari berturut dia datang ke rumah aku. Aku tak lakukan apa apa pun. Entah kenapa dia menurut kata aku. Emak aku sebenarnya tahu apa yang aku buat pada Roslan, tapi Emak tak pernah melarang.

Hendak dipendekkan cerita, aku terima Hamdan sebagai kekasih aku. Aku langsung tak kisah. Aku selidik latar belakang Hamdan, rupanya dia mewarisi harta peninggalan bapaknya. Tanah sawah miliknya hampir 10 hektar, kebun kelapa, rumah sewa ada dua tiga buah. Aku mula mengatur starategi. Ada peluang begini jangan disiakan.
   
Malam itu, aku ramukan sihir penunduk. Aku pindahkan ramuan itu ke dalam lepat pisang. Hamdan memang tersangat suka kuih yang satu ini. Esoknya aku jamu padanya. Selang beberapa hari, Hamdan seperti orang bodoh. Mengikut sepenuhnya cakap aku. Bayangkan, sebelum aku meramu sihir pun dia dah dengar cakap aku.

Perlahan-lahan aku mengorek rahsia tentang harta pusakanya. Aku dah mula gelap mata. Langkah pertama, aku menyuruh Hamdan menjual tanah kebun kelapanya kepada aku. Aku langsung tak keluar satu sen, Hamdan yang ke pejabat tanah untuk uruskan segala dokumen. Mudah betul. Semudah A B C. Tanah kebun kelapanya menjadi milik aku.

Kemudian, terdengar cakap cakap orang kampung tentang hubungan aku dan Hamdan. Kata Hamdan, heboh di pasar berbual hal kami. Hal yang buruk buruk katanya.

Aku mengetap bibir. Aku arahkan Hamdan, beritahu siapa yang bermulut lancang! Hamdan mengadu pada aku banyak perkara. Tentang dia selalu dibuli oleh kawannya di pasar.

Untuk pengetahuan, Hamdan bila bercakap dia gagap! Hal ini memang menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. Mereka mengelarnya Hamdan Gagap.

Sebagai 'balasan', dek kerana dia beri aku tanah, aku hapuskan satu persatu kawan si Hamdan. Bermula dengan Dahlan, aku datang ke rumahnya malam hari. Aku bacakan mantera, dan aku tiupkan ibu santau busung pada Dahlan dan isterinya. Malam ini saja, hampir 10 buah rumah aku kirimkan santau. Semuanya ' kawan ' si Hamdan.
  
Kelakar sungguh. Malam itu aku umpama mendengar orkestra. Sana sini suara orang menjerit. Padan muka. Masing-masing perutnya pecah terburai. Mulut kurang ajar memang itu 'ubatnya'.

Kampung Sungai Sumun ketika itu gempar dengan peristiwa orang mati perut pecah terburai. Hamdan menanyakan aku tentang hal ini tapi aku menidakkannya. Kata Hamdan, dia ngeri melihat mayat Dahlan. Mata putih kelihatan, perut terbelah dua dan isi perut ditarik keluar.

Sejak hari itu, kehidupan Hamdan bertambah ceria. Perniagaannya laris. Tempe masyhur serata Perak. Saingan perniagaannya semua aku cantas. Aku santau, aku hantar pelesit dan aku hantar bajang peliharaan aku untuk buat kacau bilau. Hamdan ada bertanyakan aku, tentang beberapa ilmu iblis kepada aku, jadi aku wariskan Ilmu Gerun Rimau.

Si pengamal akan digeruni musuh, kawan dan selagi makhluk bergelar manusia. Oleh itu, aku perturunkan taring harimau jantan mati beragan kepada Hamdan. Tetapi, dia perlu mengikut beberapa pantang larang.

Pertama, tak boleh ambil wuduk. Kedua, tidak boleh jejak kaki ke masjid atau surau. Ketiga tidak boleh makan pulut. Keempat tidak boleh berkawan dengan keturunan Laksamana Bentan (manusia bernama dengan pangkal Megat) dan terakhir, perlu mandi sebelum Subuh.

Aku dah takutkan Hamdan supaya jangan dilanggar pantang ini. Selama sebulan aku lihat dia mengamal amalan Gerun Rimau. Memang semua orang tunduk dengannya, cuma satu yang aku tak boleh perbaiki, gagapnya! Aduh, malu benar kalau keluar berdua dengan Hamdan, aku rela dia diam dari berbicara.
   
Sebagai balasan, aku meminta 5 buah rumah sewanya yang terletak di Kampung Gajah. Aku mohon supaya nama aku di dalam geran. Semuanya diturutkan oleh Hamdan. Aku tak mahu wang tunai, kerana nanti mudah habis. Aku mahu aset. Aset boleh di 'biak' menjadi pelaburan yang menguntungkan.

Bila dikira, hampir 3 bulan aku di Batak Rabit. Rumah Roslan entah apa cerita. Ah biarlah, rumah itu gerannya nama aku. Kalau aku nak jual bila bila masa pun tak kisah.

Emak ada memberitahu kepada aku supaya berguru dengan beberapa Guru Santau. Aku angguk tanda setuju. Disebabkan itu, aku berkelana ke Pantai Remis dan Gopeng. Emak yang beritahu, tempat yang dua ini ada orang yang hebat meramu santau. Aku masih muda dan aku masih tidak ampuh meramu santau, kadang kala santau yang aku ramu, tidak jitu dan padu. Sekadar perut meletup, perut terburai. Aku hendak yang lagi dahsyat dari itu. Mungkin lintah keluar, lipan bara yang merangkak keluar.
  
Aku berkelana di dua tempat itu hampir seminggu. Selepas berguru, hendak saja aku bunuh kedua dua guru santau ini, tapi syaratnya aku kena 'masak ilmu santau tu, bermaksud aku kena mahirkan cara meramu dan ilmu aku itu semakin lama akan semakin 'matang'. Agak tidak berbaloi kalau aku bunuh mereka berdua. Nanti-nantilah akan kubunuh kedua keparat ini

Sedar tak sedar, lengkaplah 5 bulan aku di Batak Rabit. Emak aku sibuk berniaga dengan makcik aku di bandar Teluk Intan. Aku bercadang untuk segera pulang ke Klang, rumahnya Roslan, tapi hajat aku terbantut.

Hamdan meminta tolong aku supaya mengandam anak saudaranya. Hamdan ini duda anak 5, tetapi semua anaknya sudah berumah tangga. Isterinya mati bersalin. Aku pada mulanya malas, tapi bila aku lihat lambaian sawah padi, membuatkan aku tertarik. Teringin rasanya hendak mempunyai relong sawah!

Aku setuju. Walaupun anak saudaranya sudah mempunyai pelamin dari butik yang lain, tugas mengandam dan menyolek urusan aku. Dari pada tepak sirih, hiasan hantaran serta solekan ada bidang kerja aku ketika itu.

Aku sebenarnya tertarik dengan bakal suami anak saudara Hamdan. Segaknya orangnya, berkerja di Pejabat Menteri Besar. Aku mainkan peranan, aku sihirkan pandangannya. Satu malam, aku mengoda bakal suami anak saudara Hamdan di rumahnya, natijahnya kami berdua terlanjur.

Perkara itu disembunyikan. Malu besar nanti kalau bakal pengantin buat hal. Sehari selepas mereka bernikah, aku menghasut anak saudara Hamdan.
  
"Adik, orang lelaki zaman sekarang, kena 'diikat'. Takkan nak harap cinta dan sayang je. Suami awak tu ada rupa, kerjanya baik. Awak tu suri rumah, duduk rumah sahaja. Nanti dah beranak pinak, silap-silap dia tak tengok kau..." hasut aku. Tapi macam biasa, dia takkan terus termakan umpan. Selang beberapa hari, anak saudara Hamdan datang kepadaku. Dia mohon supaya diberi tunjuk ajar untuk mengawal 'laki'.
   
Aku senyum. Pelanduk sudah terkena jerat. Mudah sahaja, aku ajarkan anak saudara Hamdan itu ilmu Nasi Tangas. Ilmu yang sangat mudah dah ampuh untuk menundukkan sang pria! Cumanya, salah satu syaratnya agak berat, dapatkan aku kepala orang lelaki yang meninggal .Tak kisahlah cara matinya itu macam mana. Apa agama sekalipun aku tak kisah.Yang penting kau sendiri kena gali dan penggal kepala mayat itu. Seperti yang aku jangkakan, dia setuju.

Setelah aku ajar, dan diberi makan nasi tangas hingga cukup kitaran 10 kali, ternyata, suaminya hanya melihat isterinya sahaja.

Oh ya, Hamdan. Aku dah puas mengikis harta pusakanya, jadinya untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, perlahan-lahan aku menghembus sihir pembenci kepadanya. Biar dia benci dan lupa akan aku. (Hamdan mati kemalangan, keretanya terbabas masuk tali air beberapa bulan selepas ini).

Sudah tiba waktunya aku ke tempat lain. Aku kurang berbual dengan Emak dan Makcik. Sudah puas kami berborak sewaktu awal aku datang. Emak dan makcik sibuk mencari duit. Cumanya, emak ada berkata pada aku, carilah ilmu yang lain pula. Aku tersenyum. Makcik memberitahu, supaya aku menghala ke Johor.

Aku sedikit terkejut. Jauh. Tapi macam ada hasil yang lumayan. Ibu santau ini aku kena lepaskan juga, tak boleh aku kemam lama-lama. Nanti badan aku juga yang naik bisa. Mungkin aku boleh lepaskan di sana?

Sebelum berangkat, sempat juga aku mengambil kereta Proton Saga berwarna biru kepunyaan Hamdan. Hamdan oh Hamdan, aku takkan lupakan kau. Riwayat kau sebagai penjual tempe pun tak lama dah lagi. Aku akan pastikan. Aku akan pastikan kau juga akan menderita.
  
Makcik memberikan aku secebis kertas, tertulis alamat tempat yang perlu aku tuju.

"Laki bini tukang urut, kau takda ilmu urut kan. Takkan la mengandam je? Ilmu Bidan dan Penanggal kau tak kuasai lagi. Lagipun aku dah telefon mereka, mereka tahu kau nak datang," senda Makcik. Aku tersenyum

Di kertas itu tertulis alamatnya, di kawasan Benut, Pontian.
Perjalanan selama 8 Jam amat memenatkan. Sepanjang itu sempat juga aku melepaskan beberapa santau angin di beberapa buah gerai.

Akhirnya aku tiba di perkarangan rumah Ali dan Ani. Setelah aku bertanyakan beberapa orang kampung lokasi rumah mereka berdua ini. Aku ada berhubung dengan telefon sebelum ketibaan aku, tetapi ketika itu aku bercakap dengan Erni, katanya ipar si Ali.
  
Aku turun dari kereta. Kebaya ketat disarung pada badan aku perkemaskan. Dari atas beranda, ada dua susuk tubuh, seorang lelaki dan seorang wanita. Dan aku dapat rasakan, yang itu Erni.

Aku dipelawa naik dan disambut mesra. Aku hanya tersenyum dan diam. Aku perkenalkan diri aku. Aku sempat mengerling ke arah lelaki itu. Dia semacam membeliakkan matanya pada aku. Belakang tengkuk aku juga terasa panas. Ah, ini bukan sebarang orang!

Aku dijemput masuk. Benar telahan aku, ini Erni. Di dalam aku diperkenalkan kepada Ani, isteri kepada tuan rumah iaitu Ali.

"Yang di luar tu suami saya, Ali..." ujar Ani.

"Dia datang nak berurut kak, kemudian nak belajar sikit-sikit..." terang Erni pada Ani

Aku senyum. Sejurus itu dari luar daun pintu, aku lihat Ali berdiri memandang aku dengan mata yang buntang.

Tangannya digenggam. Melihat aku tak berkelip. Marah mungkin.
Marilah Ali! Kau tunggu, selepas mereka berdua ini aku habiskan riwayat, giliran kau!

Kau silap orang Ali, kau ingat aku ini siapa?! Siapa kau nak tenung dan tengok sedemikian rupa?!

Aku Mak Andam Saleha !!!
-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
MAKCIK BAWANG
Karya S Faizal

===========================
Nota kaki- Cerita ini separuh fiksi,separuh benar dan nyata.
Nama dan tempat secara kebetulan.
===========================

Kampung Selabak , Teluk Intan. 1989.

Hari ini adalah hari di mana kawan baik aku, si Hashim akan bersanding dan dalam erti kata lain, hari ini adalah kenduri kahwinnya. Semalam aku baru sahaja melihat teman rapat aku itu duduk di hadapan Tok Kadi. Walaupun Hashim terpaksa lapan kali lafaz nikah, akhirnya dia berjaya pabila lafaz yang ke sembilan.

Aku faham, gemuruh campur takut mungkin. Aku memanglah tak berkahwin lagi, tapi selalu juga aku dengar cerita hal sewaktu akad nikah. Pengantin lelaki gagaplah, ada yang pengsan dan ada juga yang diserang sawan!

Jujur, aku kasihan melihat Hashim semalam. Berpeluh dan tergagap gagap menjawab pertanyaan Tok Kadi. Walaupun soalan yang ditanya tidaklah begitu susah, tapi kalau dah diri dirundung kegelisahan, tanyalah soalan mudah, mesti sukar! Jenuh juga aku cuba tenangkan Hashim. Tergelak sendiri aku bila teringat hal semalam.
      
Baju melayu berwarna biru aku sarungkan. Hari ini aku bertindak sebagai pengapit. Ikutkan hati aku malas, tapi aku dan Hashim dah macam abang dan adik. Mana sahaja aku pergi, mesti ada dia.

Sesudah itu, aku menyarungkan sampin berwarna emas dan aku simpulkan ikatan bunga di sisi pinggang kanan. Ilmu mengikat sampin mujurlah kakak aku yang ajar. Kalau tidak, memang aku tak pakai sampin. Semua set persalinan aku hari itu, kakak aku yang beri. Memandangkan, dia juga terlibat secara langsung dengan acara kahwin dan kenduri Hashim.
      
Aku tiba awal di kenduri Hashim. Ketika itu aku lihat, sudah ramai yang mula memenuhi ruang legar rumahnya, tapi kebanyakkan orang yang datang, merewang di situ. Aku terus ke pintu belakang rumah. Aku beri salam, dan mata aku disajikan dengan pemandangan para ibu dan anak dara sedang memasukkan telur rebus di dalam sarung, ada yang sedang menyusun pinggan dan ada juga yang sedang asyik menceduk lauk ke dalam pinggan hidangan.

“Kau tercegat tu dah kenapa? Tak tahu nak menolong dah ke?” Telinga aku menangkap suara nyaring dari belakang. Aku toleh, ada figura wanita berusia lewat 50-an sedap menjinjing periuk di atas kepalanya. Mukanya masam melihat aku.

Sumpah, aku tak kenal pun makcik tu. Kenapa nak marah aku depan orang ramai?! Selepas itu pulak, hampir semua wanita yang sedang sibuk menguruskan hal kenduri, semua mula bercakap sesama sendiri. Mengutuk aku! Ah, aku rasa seperti dibuli. Ikutkan hati aku, mahu sahaja aku carutkan makcik semua tu!

‘Pemalas,datang nak makan je...’

‘Apa ingat dia pengapit, boleh datang sesuka hati.’

‘Muka tak lawa mana pun, nak datang lewat sebegini.’

Aku masih di depan mereka dan mengutuk aku! Bangsat! Aku menjerit dalam hati. Cepat-cepat aku berlalu. Ikut pintu hadapan. Lewat? Sekarang jam 9 pagi. Apa yang aku lewat? Malam tadi aku dah bersengkang mata siapkan kelengkapan lain di dalam rumah, mereka bukan tahu pun.

Lagipun aku bukan tiada kerja lain yang mahu dibuat, kerja di pejabat itu pun aku terkejar kejar nak selesaikan sebelum cuti. Ya, aku cuti semata mata nak teman Hashim!
     
“Man! Sini kau. Hahahaha. Pengapit merangkap sahabat sejati aku!”
     
Hashim, terpacul depan pintu.

Aku senyum.Lega juga bila melihat Hashim. Sekurang-kurangnya orang ramai situ tahu, kehadiran aku bukan sengaja. Bukan datang nak makan, bukan datang nak buat semak! Aku ini pengapit! Bodoh betul makcik semua itu. Ikutkan hati, aku nak ludah muka mereka semua!

Rupanya, sedang aku mengelamun hal makcik itu, Hashim dah berbuih mulut menerangkan itu dan ini kepada aku. Aku tersedar dari lamunan, itupun bila Hashim mencuit bahu aku.

“Ya,ya. Aku dah bawa kipas dan payung kau. Ada dalam kereta,” ujar aku. Tersenyum.

Hashim ketawa melihat. Dia minta izin untuk bersiap. Lagipun kakak aku dah menunggu dari tadi di dalam. Aku masuk dan aku kagum melihat pelamin yang dihias indah. Malam tadi seingat aku, aku hanya susun bunga dan gantung kain sebagai latar belakang, pagi ini aku lihat. Dah siap semuanya!
   
“Man, dah sarapan ke ni? Kalau belum, pergi la dekat bawah dapur tu. Ada mee goreng, ada kuih. “ Sapa kakak aku. Aku hanya tersenyum. Aku geleng. Kakak tanya kenapa. Aku gumam. Aku lihat dia hanya tersenyum melihat aku.
      
Kakak mengarahkan aku supaya menyusun bunga pahar dan tepak sirih yang ada di tepi pelamin itu mengikut lakaran yang dah diminta oleh pihak pengantin. Aku angguk,dan kakak hilang dari pandangan.

Aku segera selesaikan tugas aku. Dah jadi kebiasaan, menolong kakak aku bila ada kenduri kahwin. Dia suka menata rias dan mengubah pelamin. Jarang juga sebenarnya dia menata rias majlis kahwin di kampung, selalunya kakak hanya mengambil urusan tatarias jika majlis itu di bandar. Lagipun, butik pengantinnya di Ipoh. Bila aku tanya kakak, kenapa tolong Hashim, dia hanya menjawab, Hashim kan jiran pada mak.
      
Sedang asyik aku menarik dan menolak kerusi mengikut susunan lakaran, kakak tetiba menghulurkan aku sepinggan nasi lemak berlaukkan ayam dan sambal kerang! Terliur aku, mata aku segera buntang!

“Man kan tak boleh kalau tak bersarapan. Kakak tahu lah peel adik kakak yang seorang ini...” ujar kakak sambil mukanya menguntum senyuman.
   
Aku capai pinggan nasi lemak itu dan terus aku menjamahnya di tepi pelamin. Betul juga kata kakak, aku nanti nak jadi pengapit, selepas itu kena tanggalkan segala set pelamin, kalau aku tak makan, silap silap aku yang pengsan!
        
Jam 1 petang. Majlis berlangsung. Aku bertugas sebagai pengapit. Seronok betul bila duduk di sebelah pengantin. Terasa diri menjadi tumpuan.
     
Kira-kira jam 3 petang, orang ramai beransur susut. Aku duduk di tepi khemah, membetulkan sampin. Penat betul jadi pengapit ni. Mata aku memandang hidangan lauk pengantin. Sedap. Ada udang, ada siakap dan ada juga ayam golek!

Hashim dah suruh aku jamah tadi, cumanya tadi aku penat. Usai solat Zohor, barulah perut terasa lapar. Aku toleh kiri dan kanan, rasanya khidmat aku sebagai si pengapit dah tak diperlukan lagi kot. Aku tengok si Hashim sedang sibuk melayan tetamu dan saudara maranya di khemah satu lagi.
   
Aku ceduk nasi, tuang air sirap dan menatang pinggan. Ambil lauk udang, aku cubit ikan siakap dan aku kilas peha ayam golek. Aku ketawa sebelum makan. Rasanya kerja aku hari ini asyik makan dan makan. Sekejap-sekejap aku rasa nak terkencing sahaja sewaktu di atas pelamin. Mana taknya, aku asyik minum air manis! Hashim hidang 5 jenis air. Aku memang tak lepas peluang.
   
Aku makan dengan penuh etika. Takut nanti aku akan kotor alas meja, kasihan nanti pihak katering nak basuh semula. Memanglah alas meja itu dicipta untuk dikotorkan, tapi aku serba salah melihat alas itu kotor! Sebabkan hal itu, aku telan dan kunyah kepala udang! Biarlah orang kata, makan kepala udang nanti jadi bodoh dan bebal, yang penting alas tak kotor dan tak membazir.
     
“Kau ni memang mendatangkan masalahkan. Sesuka hati ambil lauk pengantin! Dasar budak bodoh!” Aku terdengar suara dari belakang dan diikuti rasa sakit di tepi lengan! Aduh, lengan aku dicubit makcik pagi tadi yang menjinjing periuk! Matanya merah menyala, melihat aku! Marah betul dia dapat tahu aku makan lauk pengantin. Bukan duit dia pun, bukan mak si Hashim pun!
   
“Aduh, sakit! Jangan! Saya lapar ni...” pinta aku belas kasihan.
Makcik tadi itu tak habis habis membebel, dan dari jauh, aku lihat susuk tubuh berkebaya hijau dan bersanggul bunga ros. Syukur! Kakak dah sampai!
        
“Hoi Saodah, budak yang lembam macam ini pun kau nak buat lawan?! Nak mampus ke kau tengahari ni?” Bentak kakak.

Aku rasa, kalau tiada bunyi orang berkaraoke, mesti seluruh majlis gempar dengan suara kakak. Kakak bertegang urat, sambil aku teruskan makan nasi lauk yang enak itu. Itupun sebab makcik dah lepaskan cubitan, aku lihat mata kakak terbeliak. Tangan kanannya diangkat dan ditarik sanggul bunga rosnya itu ke mulut! Kakak nak makan bunga ros ke?
     
Aku lihat mulut kakak terkumat-kamit, sambil sanggul ros itu sesekali ditiup! Makcik itu tak berhenti memaki-hamun aku dan kakak.

“Kau jangan nak berlagaklah. Datang kampung pun setahun sekali. Adik kau ni menyemak! Sakit mata aku dengan budak lembam macam ini. Umur dah 30 lebih tapi perangai macam budak tadika! Bodoh! Anak haram aku rasa si Man ni!" Bentak si Saodah.
   
Sejurus perkataan ‘anak haram’ dilafazkan Saodah, serta merta kakak mencucukkan sanggul rosnya tepat di atas meja aku makan! Terpacak! Aku perati macam ada percikan api! Aku kagum.
   
Cepat-cepat mata aku melihat makcik Saodah. Dia terbatuk batuk dan memuntahkan sesuatu! Pisau! Pisau cukur! Bercampur darah! Kagum betul aku lihat perbuatan kakak! Sudah lama aku tak lihat kakak buat silap mata sebegini.
   
Aku lihat makcik Soadah kelu, tidak berkata-kata.Terbatuk-batuk. Makin dia batuk, makin banyak pisau cukur yang keluar dari mulutnya. Aku lihat muka kakak ketika itu, ngeri! Mulutnya tak berhenti terkumat-kamit!
   
Makcik Saodah cepat-cepat berpaling dan berlari anak meninggalkan kami berdua. Mujur keadaan ketika itu hiruk-pikuk, kalau tidak, mesti ramai yang menerpa melihat silap mata kakak!
   
“Dah, makan ya! Nanti dah habis pergilah rehat dulu. Tunggu kakak panggil” Ujar kakak sambil tangannya mencapai sanggul ros lalu disematkan semula pada rambutnya. Gila! Ada kesan terbakar dekat alas meja. Mengamuklah tauke katering nanti!
     
Jam 6 petang aku baru tiba di rumah. Seronok. Selepas selesai menanggalkan segala perhiasan pelamin, aku diberi Hashim upah RM50. Dapat duit dan dapat bekal lauk lauk lagi! Ada udang, bolehlah aku buat bekal ke kebun esok pagi.
      
Selepas Isyak, jalan kecil di depan rumah aku agak sibuk. Jarang sibuk sebenarnya. Ada kenderaan lalu lalang, ada motorsikal, kereta dan yang paling pelik, ada kereta polis dan van dari hospital! Aku keluar menjengah, lalu disapa oleh orang yang lalu lalang, dia kata, makcik Saodah sudah meninggal dunia.

Aku terkejut.

Terus aku membonceng orang itu untuk ke rumah makcik Saodah. Sewaktu aku naik membonceng, kakak hanya tersenyum melihat aku berlalu.
      
Perkarangan rumah makcik Saodah ramai. Penuh. Macam konsert pun ada. Aku tercengang. Kemudian terdengar cakap cakap dari orang sekeliling , makcik Saodah mati dalam situasi yang mengerikan. Lehernya patah terkulai mengadap belakang dan isi perutnya di tarik keluar.

Aku jenguk dari celah tingkap, aku lihat ada percikan darah merata dinding! Belum sempat aku tengok dengan puas, ada seorang pegawai polis tiba dan segera menutup tingkap! Aku tersenyum. Sedang kami orang kampung memenuhi perkarangan rumah makcik Saodah, tiba-tiba kami digemparkan suara orang menjerit! Rupanya anak si makcik Saodah, Amin. Berlari keliling rumah sambil memegang sabit! Seriau aku. Amin ketika itu menjerit dan seperti ketakutan!
   
"Jauh! Jangan ikut aku! Kau bunuh mak aku!" Bentak Amin.

Pihak polis ketika itu cuba menenangkan Amin yang kerasukkan. Amin beritahu pada polis, bukan dia yang bunuh emaknya. Emaknya mengadu padanya dia kurang sihat sejak balik dari kenduri siang tadi. Berkali-kali pihak polis mengarahkan Amin meletakkan sabit ke bawah! Dia degil!
   
“Tak nak! Kalau aku letak dia terkam aku. Aku nampak apa dia buat pada emak aku! Korang tak nampak ke? Tak nampak ke perempuan berbaju hitam tepi polis tu?! Korang buta? Berpakat nak kenakan aku?” Jerit Amin.

Aku lihat pihak polis ada yang memandang kiri dan kanan. Aku dan yang lain tak nampak apa apa pun. Sah. Amin gila. Hari itu bukan main cakap aku ni sewel.
      
“Kau takkan dapat aku, biar aku bunuh diri!” Tempik Amin dan sepantas kilat, Amin mencabut nyawanya sendiri. Sabit diletakkan di leher dan zasssss! Amin menghiris lehernya. Darah memancut keluar sebelum dia menyembah tanah.
      
Perbuatan Amin mengundang histeria. Ada makcik dan anak kecil yang pengsan dan meracau dek kerana terkejut. Aku segera pulang. Malas aku nak rasa histeria. Orang dah mati tu, sudahlah. Lagipun Amin gila kan, orang gila kalau mati masuk syurgakan?

Keesokkan harinya, sewaktu aku hendak ke kebun untuk menuai hasil tanaman jagung, aku disapa kakak. Pelik, kakak langsung tak tanya hal Amin dan makcik Saodah. Aku pun tak ingat nak tanya.
      
“Masa kenduri Hashim, ada sesiapa ganggu tak?” Tanya kakak. Aku angguk. Aku mengadu pada kakak sewaktu peristiwa aku tiba di pintu dapur. Aku ini memanglah lembam, agak payah untuk aku mengingati nama orang, tapi aku ingat raut wajah dan tempat tinggal orang itu.
  
“Ada makcik tu cakap, saya macam badut. Macam orang bodoh pakai sampin waktu pagi, saya kan pengapit. Mestilah. Lepas itu ada dua tiga orang ketawa kutuk saya. Diaorang cakap saya ni bangsat, bodoh, anak haramlah. Saya diamkan je kak.” Aku mula rasa sedih bila mengadu pada kakak. Kakak menjawab aduan aku dengan soalan ,
     
“Siapa?”

“Makcik duduk kawasan jambatan warna biru, depan rumah dia ada balairaya, lepas tu makcik yang tinggal dekat selekoh masuk ke dalam kampung ni, rumah warna kuning tu.” Ujar aku. Aku dah mula hendak meraung sedih. Tapi aku tahan.
   
Kakak tersenyum melihat aku. Sambil itu aku lihat kakak menyisir rambutnya yang panjang ke pinggang. Hari itu aku lihat tidaklah panjang sebegitu. Ah lantaklah. Rambut dia, bukan aku yang kena belai dan jaga.
        
Malam itu, sekitar jam 11 malam, kakak keluar. Dia kata, hendak berjumpa kawan. Aku ketika itu sudah mamai di sofa.Aku anggukkan sahaja.

********

Ini adalah cerita dari pandangan kakak.

Aku tiba hadapan rumah Fatimah, makcik yang tinggal di jambatan biru. Aku tersenyum. Berani betul si bangsat ini mengutuk keluarga aku. Apa salah si Herman? Kenapa nak hina dia sampai begitu? Aku betulkan galasan beg. Ah, berat pula barang yang aku bawa malam ini.
   
Aku duduk bersila lama di rumah Fatimah. Aku keluarkan bangkai kucing hitam yang sudah aku belah isi perutnya. Kemudian aku keluarkan sampul kecil, di dalamnya ada gumpalan rambut. Rambut si Fatimah. Mana aku dapat? Aku tadah di takung bilik air dia, aku letak jaring di penghujung paip PVC. Aku tersenyum. Bodoh. Dia ingat aku nak biarkan dia lepas begitu?
      
Aku sumbat gumpalan rambut di dalam perut kucing hitam itu, bersama dengan katak puru mati, serbuk kaca dan jari peniti. Sebelum aku jahit, aku ludah ke dalam perut kucing itu.

Maafkan kakak ya Comot, susah nak cari kucing berbulu hitam semua, kau seekor sajalah yang warna sebegini di rumah.
      
Aku bacakan mantera. Selang 5 minit aku gali lubang kecil di tepi rumah Fatimah. Mereka yang di dalam takkan sedar kehadiran aku, awal-awal lagi aku dah pukau seisi rumah. Mereka tidur mati. Ikutkan hati, boleh sahaja aku masuk dan kerat kepala mereka satu per satu. Tapi itu bukan cara aku. Aku nak mereka menderita dahulu.
   
Usai menanam bangkai kucing, aku beredar dari situ. Aku ke rumah makcik yang tinggal di selekoh simpang pula, si bedebah Saodah. Aku ulang benda yang sama, cumanya aku tak gunakan bangkai kucing, aku gunakan bangkai anak kera. Biar mereka mengelupur. Kerja aku selesai. Tunggu sahajalah malam esok.

Malam esoknya aku ke rumah Fatimah. Aku kepalkan tanah di tangan kemudian aku lempar ke atas bumbung rumah Fatimah. Aku duduk bersila sambil membaca beberapa potong mantera. Aku bingkas bangun bila mendengar suara orang terbatuk-batuk. Aku intai dari luar rumah, aku lihat Fatimah dan suaminya sedang berkipas kepanasan. Sihir aku menggunakan bangkai kucing hitam menjadi. Sejak dari malam semalam, mereka sudah kepanasan.Aku ketawa kecil.
   
Aku ke depan rumah Fatimah dan aku berdiri di hadapan pintu dan dengan sekali penendang, pintu rumah Fatimah terbuka! Nyata sekali kehadiran aku mengejutkan mereka berdua. Aku terus membaca mantera.

Selesai sahaja, aku lihat Fatimah dan suaminya terduduk, mulutnya mereka berbuih. Aku ketawa. Makin lama perut mereka berdua main membuak ke depan. Padan muka. Semacam mana perut si Comot yang aku tanam semalam. Tak sia-sia aku menuntut ilmu Busung Perut dengan si Pawang Sidik.

Aku duduk bercangkung mengadap Fatimah. Aku pandang matanya, sengsara betul matanya. Dia tak bersuara langsung! Cuma mengeluh kesah mengurut perutnya.

“Mampuslah kau Fatimah. Aku akan pastikan anak cucu kau terima nasib yang sama. Mulut macam kau ini dengan cara ini sahaja baru kau sedar, tapi sayang, dah terlambat.” Bentak aku.
   
Aku lihat suami si Fatimah dah terbeliak matanya tersembul dari soketnya. Perutnya terburai separuh, terkeluar isi perutnya,darah hitam pekat mengalir keluar.

“Aduh, liat betul nyawa kau ya Fatimah. Kenapa kau tak mampus lagi? Bila perut kau nak meledak?” Bisik aku pada telinga Fatimah.
   
Aku bangun dari cangkungan, dan terus aku menendang perut Fatimah! Popppp! Puas hati aku! Selepas terkena penyepak aku, baru pecah perut si Fatimah! Terburai isi perutnya! Percikan darah dari kesan sepakan aku memercik hingga ke dinding. Selesai. Fatimah sudah mati.

Giliran Saodah esok malamnya. Aku balik ke rumah dengan hati yang berbunga. Puas hati aku.
   
Keesokkan pagi, riuh Kampung Selabak dengan kematian ngeri Fatimah dan suaminya. Aku hanya tersenyum mendengar berita ini. Tapi yang aku geram, belum sempat melunaskan dendam aku pada Saodah, petangnya itu, Saodah mencabut nyawanya sendiri dengan menelan racun rumpai. Aku ketawa besar mendengar cerita itu dari Herman.Tak tahan rasanya dengan sihir Anak Kerak aku. Saodah oh Saodah, siapa suruh cari hal dengan aku?
      
Herman ada tanyakan pada aku, dia tanya kenapa aku buat silap mata lagi? Kasihan Herman. Asyik dikeji. Aku pantang keturunan aku dikeji. Walaupun Herman adik tiri aku, tapi dek kerana kecacatan fizikalnya, aku simpati.
      
Cukuplah kematian Saodah dan Fatimah menjadi tanda aras kepada orang kampung yang suka bercakap buruk tentang hal orang lain. Apa mereka ini rasa seronok dengan bercakap fitnah tentang orang lain?
      
Keesokkan paginya, sewaktu aku dan Herman hendak ke pasar, kami di datangi Hashim dan isterinya. Berseri-seri muka si isterinya, masakan tidak, aku tanam susuk berlian! Isterinya kepingin sangat nak bersusuk. Aku ini mudah kesian pada orang, tambahan pengantin baru!

“Kakak, ini nak bagi duit bayaran pelamin hari tu, kan ada bakinya lagi RM200.”Ujar Hashim.
      
Herman tersipu sipu malu berjumpa dengan Hashim, begitulah Herman. Perangainya memang seperti budak tadika.
      
“Kak, nanti hujung bulan sepupu saya nak berkahwin, dan dia nak gunakan khidmat kakak. Dia tinggal di Bukit Mertajam.” Ujar isteri Hashim.
   
“Eh, kenapa jauh sangat!?” Ujar aku kehairanan. Ketika itu Hashim dan adik aku dah jauh berjalan menuju ke gerai makan di tepi pasar.

“Kak, siapa yang tak kenal Mak Andam Saleha! Nama kakak dah tersohor, saya berterima kasih dengan kakak sebab ada bagi saya ‘isi’ untuk jaga suami!” Kata isteri Hashim. Matanya berkaca-kaca, seakan akan terharu dengan ilmu syaitan yang aku perturunkan padanya.

“Tak mengapa, kau sabar. Nanti aku ajar kau Ilmu Damping Bulan Mengambang." Balas aku sambil mata aku tepat memandang muka si isteri Hashim.
        
“Nah, terimalah sanggul ros kakak ni. Hadiah pengantin baru!” Ujar aku sambil menyelitkan sanggul itu sisipan rambut isteri si Hashim, dan ternyata dia terkejut dengan pemberian spontan aku.
      
Hashim oh Hashim, kacak juga kau ya!

TAMAT

===================================

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 08:40 AM | Show all posts
kaka tunggu novel je ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 09:04 AM | Show all posts
wah the flash kembali. terima kasih kerana sudi berkongsi kisah-kisah awesome
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 6-6-2018 08:40 AM
kaka tunggu novel je ni

insyaAllah tahun ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
lagendahidup replied at 6-6-2018 09:04 AM
wah the flash kembali. terima kasih kerana sudi berkongsi kisah-kisah awesome

tq sapot ya.
terharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2018 12:41 PM | Show all posts
walaupun dah baca kat FB, tetap nak baca lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 12:48 PM | Show all posts
fuh..bace sambil terbayang
ngeri betul
da abes ke cite mak andam saleha ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 01:12 PM | Show all posts
wuiii seramnya aku baca pasal mak andam saleha ni.. ganas btol!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni pengakhiran dia dekat buku ke nanti?
Mak andam tu hidup lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 01:37 PM | Show all posts
TQ TT.
dah lama xde thread yg best2 kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 01:47 PM | Show all posts
extreme giler kisah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 6-6-2018 12:48 PM
fuh..bace sambil terbayang
ngeri betul
da abes ke cite mak andam saleha ni?

Dah sambung dalam buku nanti
Insya Allah bulan 10-11 tahun ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 6-6-2018 01:18 PM
Cerita ni pengakhiran dia dekat buku ke nanti?
Mak andam tu hidup lagi?

dah berumur 78.

Sudah bertaubat dan insaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2018 02:16 PM | Show all posts
theflash replied at 6-6-2018 01:53 PM
Dah sambung dalam buku nanti
Insya Allah bulan 10-11 tahun ni.

orite
nnt war2kan kat ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 02:18 PM | Show all posts
theflash replied at 6-6-2018 01:54 PM
dah berumur 78.

Sudah bertaubat dan insaf.

dlm buku nnt ada story x mcm mana dia buang semua ilmu2 dia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 03:09 PM | Show all posts
wahhhh ade buku eh. nk beli!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 03:18 PM | Show all posts
Sila bagi tajuk buku nanti. Memang seronok baca kisah dari flash
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069115 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list